Tahukah anda bahawa 80% sistem imun anak anda terletak di usus? Jom lihat bagaimana untuk menguatkan  sistem imun mereka dengan cara menambah jumlah bakteria baik di dalam usus. 


Beri lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Berikan anak-anak anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dengan membuat bento comel. Serat dalam makanan ini dapat membantu menjaga usus agar kekal sihat.

Jadikannya lebih menarik dengan menghias dan menyusun makanan dalam kotak bento! Gunakan kreativiti untuk menarik minat anak-anak menikmati hidangan yang lebih sihat.

Gunakan antibiotik hanya apabila diperlukan

Antibiotik diperlukan untuk merawat jangkitan tertentu yang disebabkan oleh bakteria, terutama keadaan serius dan mengancam nyawa seperti radang paru-paru dan sepsis. 

Tetapi, apabila berlebihan, ia dapat membunuh bakteria usus yang baik. Ia juga boleh menyebabkan bakteria menjadi kebal dan tidak lagi boleh dibunuh dengan antibiotik.

Tambahkan probiotik dalam pemakanan

Makan makanan seperti yogurt, kefir dan sauerkraut, kerana makanan ini mempunyai probiotik. Ini adalah bakteria baik yang membantu memerangi bakteria jahat. Hasilnya? Tentulah ia membantu anak anda merasa lebih sihat!

Minuman susu kultur Yakult Ace dan Ace Light juga adalah makanan tambahan yang baik kepada anak anda. Setiap botol mempunyai lebih 30 bilion bakteria Lactobacillus casei Shirota yang bermanfaat kepada anak anda!

Air yang mencukupi

Pastikan anak mendapat air yang mencukupi sepanjang hari. Air kosong adalah pilihan terbaik, tetapi anda juga boleh cuba air yang mengandungi buah, jus buah segar, air kelapa, atau makanan berair seperti tembikai dan timun.

Air membantu membawa oksigen ke sel-sel badan dan juga membuang toksin dari badan.

Kenal pasti tanda-tanda gangguan usus

Sekiranya anda melihat gejala seperti sakit perut, muntah, cirit-birit, kembung atau gas, bawa anak anda berjumpa doktor.

Bila terdapat gangguan pada usus, ia akan mengelirukan sistem imuniti tubuh dan menyebabkannya menyerang sel tubuh sendiri. 

Galakkan mereka bersenam

Senaman menggalakkan aliran darah ke otot dalam sistem pencernaan, yang menggerakkan makanan di sepanjang saluran pencernaan. Proses ini dikenali sebagai peristalsis. Bukan itu saja, malah senaman juga membantu keseimbangan bakteria dalam usus.

Samada divaksin atau tidak, ianya adalah penting untuk mengekalkan ketahanan sistem imun anak-anak semasa pandemik ini.

Tagged: