knitwear bundle

Berbanding kedai pakaian biasa, anda boleh dapatkan knitwear bundle kurang RM50 di kedai bundle. Knitwear yang selesa dan besar ialah fesyen.

Kalau anda rasa macam tiada arah tuju semasa mencari knitwear d kedai bundle, ini adalah beberapa tips yang anda boleh gunakan.

Dapatkan Inspirasi

Di Pinterest, taip sahaja basic knitwear nanti keluar lah berates cariaan, jika tidak beribu carian yang anda boleh dapati. Ambil Tangkap layar gambar kegemaran anda dan gunakan ia sebagai rujukan untuk nanti bila anda singgah kedai bundle.

Walaupun setiap wanita di Pinterest membuatkan cara menggayakan knitwear nampak mudah, tapi boleh jadi susah juga tahu. Bergantung kepada gaya apa yang anda cari.

Cuba lah sampai puas hati. Sebab tujuan utama nak pakai knitwear ini adalah: mereka direka untuk dipakai dengan selesa.

Jadi Berani knitwear bundle

Kenapa tidak pilih untuk menjadi kreatif, corak asli untuk knitwear oversized, bukankah semua tu adalah penyebab pakaian anda menjadi lebih cantik? Kedai bundle mempunyai pelbagai tekstur dan cetakan unik yang memberi suasana kasual.

Sesetengah knitwear akan tampak tidak selesa dipakai apabila digantung, tetapi jangan takut untuk cuba! Bila anda sudah menggayakan ia, anda akan terkejut pada perbezaan rasa dan rupa mereka di badan anda.

knitwear bundle

Kekalkan Dengan Konsep Asas knitwear bundle

Laburkan sedikit duit anda kepada knitwear yang besar dan selesa yang berwarna krim dan kelabu. Warna-warna natural sesuai dengan kebanyakan jenis gaya. Anda boleh padankan dengan jeans hitam, thights pun cantik juga.

Cuba Fesyen Boyishknitwear bundle

Belajar lah beberapa fesyen dari ayah anda dan pergi ke seksyen lelaki untuk pilihan knitwear yang lebih banyak. Pilih satu gaya yang kena dengan jiwa anda.

Kedai Bundle Tempatan

Okgo Store

OKGO membuatkan gaya thrifting nampak bergaya sekali dengan pelbagai pilihan etika yang dipilih sendiri. Mereka juga ada sebuah kafe kecil yang menyediakan kopi hitam dan cold brew, tempat yang sesuai untuk dimuatnaik di Instagram.

Lokasi: 17A (First Floor), Jalan SS18/1B, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Waktu beroperasi: Selasa – Sabtu (12:-m – 9:00pm) | Ahad (12:00pm – 5:00pm)

JBR Bundle

JBR Bundle merupakan bundle yang popular di kalangan peminatnya kerana pilihan pakaian yang sangat banyak pada harga yang rendah. Seorang pelanggan ada mengatakan mereka hanya berbelanja sebanyak RM50 untuk 4 helai jeans denim.

Kedai JBR di Bandar Sri Damansara bakal membuka satu seksyen khas untuk pakaian musim sejuk yang murah, alatan trekking dan produk RM2.

Lokasi-lokasi:

  • Jalan Banting Jenjarom, Banting
  • Jalan Sultan Alam Shah, Banting
  • Kanchong Darat, Banting
  • Glenmarie, Shah Alam
  • Hulu Langat, Selangor
  • Balakong, Cheras
  • Bandar Sri Damansara, Kepong
  • Kajang, Selangor

By.Aween

@by.aween merupakan permata tersembunyi yang menjual secara atas talian dan jualan car boot. Pakaian vintaj wanita dengan warna pastel lembut dan motif flora adalah kelebihan di kedai ini.

Satu tip berharga buat peminat barangan bundle: bila anda membeli secara fizikal di kedai berbanding atas talian, jumlahnya hanya mencecah RM3 untuk satu pakaian!

Lokasi-lokasi:

  • Uptown Shah Alam Seksyen 24
  • Uptown Santai Setia Alam

Bandoru Store

Bandoru  Store sangat mudah untuk dijumpai; salah satu daripada lokasi yang dicat dengan warna bendera Jepun dan terletak di Lebuhraya Federal.

Mereka dikenali sebagai pusat konsep yang mengumpulkan pakaian terpakai, unik dan berkualiti tinggi dari Jepun. Bandoru terkenal dengan koleksi pakaian musim sejuk dan outwear.

Lokasi: Selangor PT7, Federal Highway, Batu 3, 40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu beroperasi: Hari berkerja (10:00am -10:00pm) | Hujung minggu (10:00am 10:00pm)

Jalan-Jalan Japan (JJJ)

Jalan-Jalan Japan adalah cawangan bundle Jepun yang mempunyai beberapa lokasi di Malaysia. Mereka dikenali dengan koleksi barangan Jepun yang besar seperti mainan lama, meja dan mereka juga ada menjual pakaian terpakai Jepun.

JJJ banyak mengemas kini info terbaru atau semasa di laman Facebook mereka. Sebagai salah satu daripada kedaia pakaian terbesar di Malaysia, anda pasti akan jumpa sesuatu yang anda suka dan bakal bawa balik.

Walaupun JJJ sering mengenalkan diri mereka sebagai kedai terpakai, jika anda bertuah, anda juga akan jumpa barangan yang tidak pernah digunakan. Baru lah kiranya.

Lokasi-lokasi:

  • One Sky City Park, USJ
  • 1 Shamelin Mall, Cheras
  • M3 Mall, Taman Melati
  • KIP Mall, Bangi
  • Tesco Rawang
  • CentrePoint Seremban
  • Tesco Extra, Seberang Jaya

Doppelgänger Store

Doppelgänger Store terletak secara strategik di UNESCO World Heritage Site, George Town, Pulau Pinang. Sebuah kedai cantik yang menjadikan impian para peminat bundle menjadi kenyataan. Kedai ini mengumpul dan mendapatkan barangan serata Asia Tenggara.

Apabila anda berjalan masuk ke kedai, suasana di sini terasa seperti tahun lewat 90-an dan awal 20-an. Pakaian mereka lebih fokus kepadareka bentuk lelaki, tetapi mereka juga ideal untuk sesiapa yang sukakan fesyen boyfriend.

Kalau anda seorang yang sukakan zaman 90-an dan 20-an, tempat inilah yang sesuai untuk membeli-belah dan mengimbas kembali memori.

Lokasi: 70, Seang Tek Road, George Town 10400, Pulau Pinang.

Waktu beroperasi: 3:00pm – 10:00pm

Bless Shop

Kedai Bless Shop SIBKL mengkhususkan kepada perusahaan sosial yang ingin membantu populasi minoriti. Anda akan jumpa barangan menarik di permata tersembunyi ini. Tambahan pula, 50% dari keuntungan kedai ini akan disalurkan kepada kebajikan terpilih!

Mereka juga memjemout individu untuk berkolaborasi dalam meningkatkan koleksi pakaian terpakai mereka. Program Bless diinspirasikan dengan misi untuk memberi makan kepada 1,000 orang kanak-kanak pelarian Myanmar setiap hari.

Selain itu, mereka juga memberi material belaja kepada 12 Pusar Pembelajaran Kanak-Kanak Pelarian Myanmar.

Lokasi-lokasi:

  • Mid Valley Megamall
  • CITTA Mall
  • Ara Jaya (D’aman Crimson)
  • One Utama Shopping Centre (Old Wing)

Apa sahaja gaya bundle knitwear yang anda akan gayakan di akhir nanti, keselesaan harus dijadikan keutamaan. Padankan dengan warna terang atau monokromatik, sedikit aksesori dan kasut sneker atau but. Confirm outfit of the day!

Sumber:

https://www.dinasdays.com/how-to-shop-for-cozy-oversized-sweaters-at-the-thrift-store/

https://says.com/my/lifestyle/thrift-and-bundle-stores-you-can-shop-for-new-clothes-from-cheap-prices

https://www.iproperty.com.my/lifestyle/best-thrift-shops-in-malaysia/

Tagged: