cara beli barangan tahan lama semasa wabak covid-19
Dengan perintah kawalan pergerakan, pasti ianya susah untuk keluar dari rumah termasuklah untuk beli barangan.

Barang keperluan sangat penting dan pastinya barangan tahan lama menjadi pilihan ketika wabak COVID-19 melanda dan PKP diarahkan berjalan serta merta. Anda perlulah mengetahui cara membeli barangan di kedai runcit dengan selamat semasa wabak COVID-19.

Memandangkan lebih banyak maklumat lanjut mengenai pandemik koronavirus yang berkembang, maklumat dalam artikel ini juga mungkin berubah sejak kali akhir ia dikemas kini. Jadi, pastikan anda sentiasa mendapatkan informasi terkini daripada sumber dalam talian yang disediakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dan jabatan kesihatan awam setempat anda iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikutan pandemik koronavirus, ramai di antara kita mengamalkan jarak sosial bagi menjauhkan diri dan kekal berada di rumah untuk mengelakkan risiko penyebaran penyakit berbahaya ini. Bagi sesetengah orang, ini mungkin bermakna bahawa mereka perlu bekerja dari rumah, menontoh kelas senaman HIIT di ruang tamu sendiri, mengambil kelas dalam talian, dan mengajar anak-anak di rumah.

Walaupun rutin harian anda telah berubah secara drastik dalam beberapa minggu yang lalu, satu perkara yang tidak berubah adalah anda masih perlu makan seperti biasa bukan? Nasib baik kebanyakan pasaraya dan kedai runcit masih dibuka agar kita semua dapat membeli barangan tahan lama untuk rumah dengan sepatutnya. Tetapi, persoalannya ialah: Adakah selamat untuk keluar untuk membeli barangan tahan lama dalam bentuk makanan atau patutkah anda memilih penghantaran barang yang disediakan?

Sebenarnya, ia bergantung kepada sama ada anda berada dalam risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit COVID-19 atau tidak. Individu yang berisiko tinggi ini termasuklah warga tua, individu dengan sistem imun yang terkompromi, individu dengan penyakit pernafasan, atau individu yang menjalani rawatan kanser, dan banyak lagi. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) juga mengatakan bahawa individu yang berisiko termasuklah individu yang mempunyai penyakit jantung atau diabetes.

Kumpulan ini seharusnya mengelak dari pergi ke mana-mana tempat dengan orang ramai dan elakkan pergi ke tempat awam pada masa ini, kecuali jika ada keperluan yang mustahak. Mereka yang tidak berisiko tinggi boleh pergi ke kedai tetapi harus sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik. Untuk membantu melindungi orang tua dan pesakit yang berisiko tinggi, individu yang berisiko rendah mungkin boleh menawarkan diri untuk mendapatkan barangan tahan lama secara runcit atau bekalan lain yang diperlukan untuk mereka.

INGAT: Bersedia tidak bermaksud menyimpan atau membeli barangan tahan lama dalam kuantiti yang melampau.

Jika anda dianggap sebagai individu berisiko tinggi dan tidak mempunyai pembantu yang dipercayai untuk mendapatkan barangan tahan lama runcit anda, pakar mengatakan bahawa ianya adalah paling selamat untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran walaupun ia bukanlah 100% bebas daripada risiko coronavirus. Tetapi, jangan risau, kerana sama ada anda memilih untuk memesan makanan secara dalam talian atau pergi ke pasaraya atau kedai runcit berdekatan, terdapat beberapa langkah berjaga yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan coronavirus.

Berikut adalah amalan terbaik untuk membeli barangan tahan lama sementara masih mengekalkan jarak sosial yang sepatutnya:

  1. Jika anda merancang untuk memesan barangan runcit anda
  • Minta pada individu yang membuat penghantaran tersebut untuk meninggalkan barangan runcit di luar pintu anda. Pilihlah pilihan yang mengurangkan hubungan secara langsung antara anda dan penghantar barangan atau makanan itu. Ini adalah penting kerana ada kemungkinan bahawa anda atau individu tersebut adalah pembawa virus COVID-19, jadi lebih baik untuk kekalkan hubungan yang minimum. Sesetengah perkhidmatan mempunyai bahagian di mana anda boleh menentukan bagaimana anda ingin barangan tahan lama anda dihantarkan jadi, maklumkan pada individu penghantaran tersebut untuk meninggalkan barangan tersebut di luar.
  • Jika anda merancang untuk memberikan tip atau upah kepada individu penghantaran tersebut, lihat jika anda boleh membuat tip secara elektronik dan bukannya dengan cara menyerahkan wang tunai. Malah, sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas mengambil bahan makanan dari pintu depan anda. CDC mengesyorkan semua individu untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat. Walaupun para penyelidik mengatakan risiko menjangkiti virus dari permukaan yang tercemar seperti beg dan pembungkusan adalah rendah, adalah lebih baik untuk kekal selamat daripada menyesal di kemudian hari.
  1. Jika anda merancang untuk pergi ke kedai
  • Pergi hanya apabila keadaan tidak sesak. Memandangkan virus itu terutamanya boleh dihantar melalui hubungan rapat dengan individu lain, ianya adalah penting untuk menjarakkan diri dengan mengelakkan kumpulan individu yang besar. Tetapi, jika ia sukar untuk ditentukan, dan anda terpaksa berada di pasaraya atau kedai runcit dengan ramai orang, dapatkan apa yang anda perlukan dan pergi. Jangan berlengah-lengah. Jika anda melihat rakan atau keluarga anda memberi mereka menyapa atau mengangguk, berbual dengan mereka dari jauh sahaja (pakar mengatakan anda perlu berada sekurang-kurangnya enam kaki daripada mereka) atau hubungi mereka menggunakan aplikasi atas talian seperti FaceTime, Whatssap dan banyak lagi pada masa yang lain. Elakkan juga pelukan dan bersalaman dengan individu lain.
  • Bawa tisu pembersih (sanitizing wipes) dengan anda supaya anda boleh membersihkan sebarang troli atau bakul yang anda gunakan. Sarung tangan tidak begitu bermanfaat bagi keadaan ini kerana jika sarung tangan anda menyentuh produk yang tercemar, mereka akan mencemarkan barang seterusnya yang anda sentuh. Kekal berbelanja dengan berhati-hati, dan elakkan menyentuh wajah, mata, dan hidung anda semasa berjalan di kedai.
  1. Bagaimana untuk menguruskan barangan runcit sebaik sahaja anda mendapatnya
  • Anda harus membasmi semua bekas yang tidak berongga: Ini termasuklah pembungkusan makanan seperti tin, botol, dan kaca serta logam, plastik dan sebagainya. Anda boleh menggunakan kain lap disinfektan harian atau membuat cecair peluntur klorin anda sendiri. CDC mencadangkan anda mencampurkan 1/3 cawan peluntur setiap gelen air atau 4 sudu teh peluntur setiap satu liter air jika anda ingin membuatnya sendiri. Lap bekas anda dengan cecair ini dan biarkan ia dahulu selama satu minit sebelum anda mengeringkannya.
  • Peraturan keselamatan makanan ketika memakan buah-buahan dan sayuran masih sama iaitu basahkan ia di bawah aliran air (air paip) dan gunakan tangan yang bersih untuk menggosok tanah atau kotoran yang melekat. Sabun tidak perlu digunakan kerana kebanyakan sabun adalah berbahaya jika ditelan. Tambahan pula, terdapat sedikit bukti bahawa penyakit pernafasan boleh disebarkan melalui produk sebegini.

Selepas anda meletakkan semua barangan runcit anda, basmi semua permukaan yang telah disentuh oleh beg anda. Secara amnya, amalkan pembersihan yang baik pada permukaan yang terdedah selepas apa-apa penggunaan.

TUNTASNYA,

Dalam tempoh menjauhkan diri daripada sosial, kita semua pastinya perlu membeli barangan runcit pada satu-satu masa. Kuncinya adalah mengetahui dengan betul bagaimana untuk melakukannya sementara meminimumkan risiko penyebaran virus terutama kepada individu-individu yang lebih lemah.

Individu yang sihat dan berisiko rendah tidak semestinya perlu mengelak dari pergi ke kedai, tetapi ianya adalah langkah terbaik untuk mengamalkan kebersihan yang betul dan mengelakkan interaksi rapat dengan individu lain. Jika anda keluar, pertimbangkan untuk membeli barangan daripada kedai runcit tempatan anda. Bekalan di pasaraya besar  mungkin akan berkurangan lebih cepat, jadi anda mungkin masih boleh mencari barangan yang diperlukan di kedai-kedai runcit ini.

Jika anda seorang individu yang berisiko tinggi, cuba hindarkan diri daripada pergi ke kedai sebanyak mungkin. Sebaliknya, gunakan perkhidmatan penghantaran runcit (atau individu yang dapat membantu dan boleh dipercayai) yang ada dan gunakan petua seperti yang dicadangkan di atas.

SUMBER

https://www.fda.gov/food/food-safety-during-emergencies/shopping-food-during-covid-19-pandemic-information-consumers

https://www.businessinsider.com/how-to-stay-safe-while-buying-groceries-during-covid-19-2020-5

https://www.livescience.com/coronavirus-grocery-shopping-guide.html

Summary
Cara membeli barangan tahan lama di kedai runcit dengan selamat semasa wabak COVID-19
Article Name
Cara membeli barangan tahan lama di kedai runcit dengan selamat semasa wabak COVID-19
Description
Barang keperluan sangat penting dan pastinya barangan tahan lama menjadi pilihan ketika wabak COVID-19 melanda dan PKP diarahkan berjalan serta merta.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: