cara memakai topeng muka yang betul
Sebenarnya, individu yang sihat perlu memakai topeng muka apabila menjaga seseorang yang dijangkiti COVID-19

Cara memakai topeng muka juga mempunyai tatacaranya yang tersendiri bagi menjamin diri anda bebas daripada risiko jangkitan yang berbahaya seperti Coronavirus.

Bilakah anda perlu memakai topeng muka?

  • Sekiranya anda seorang yang sihat, anda hanya perlu pakai topeng muka apabila anda menjaga individu yang disyaki menghidap COVID-19 sahaja.
  • Pakai topeng muka jika anda batuk atau bersin.
  • Pemakaian topeng muka hanya berkesan untuk mencegah Coronavirus jika anda menggabungkannya dengan membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer beralkohol atau mencuci tangan dengan air dan sabun.
  • Jika anda memakai topeng muka, anda perlu mengetahui langkah-langkah penggunaan dan pembuangannya yang betul.

Cara menggunakan topeng muka

Berikut adalah cara memakai, menanggalkan dan membuang topeng muka dengan betul:

  1. Sebelum memakai topeng muka, basuh tangan menggunakan hand sanitizer beralkohol atau sabun dan air.
  2. Tutup mulut dan hidung dengan topeng muka dan pastikan tiada ruang yang terdedah antara muka dan topeng anda.
  3. Elakkan dari menyentuh topeng muka sewaktu memakainya. Sekiranya anda menyentuhnya, basuh tangan anda menggunakan hand sanitizer beralkohol atau sabun dan air.
  4. Gantikan topeng muka dengan topeng yang baru setelah ia basah secepat mungkin dan jangan gunakannya semula (topeng muka sekali guna).
  5. Untuk menanggalkan topeng muka, tanggalkan dari bahagian belakang (jangan sentuh bahagian hadapan topeng muka), buang segera dalam tong yang tertutup dan basuh tangan menggunakan hand sanitizer beralkohol atau sabun dan air.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/how-to-wear-a-face-mask

https://www.nationaljewish.org/patients-visitors/patient-info/important-updates/coronavirus-information-and-resources/health-tips/self-care-tips/how-to-put-on-a-surgical-mask

https://www.sfcdcp.org/communicable-disease/healthy-habits/how-to-put-on-and-remove-a-face-mask/

Summary
Tatacara Pemakaian Topeng Muka Yang Betul
Article Name
Tatacara Pemakaian Topeng Muka Yang Betul
Description
Cara memakai topeng muka juga mempunyai tatacaranya yang tersendiri bagi menjamin diri anda bebas daripada risiko jangkitan yang berbahaya seperti Coronavirus.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: