Astro First

Astro First kan ada! Dengan adanya saluran ini, tanpa keluar rumah, pelakon kegemaran anda terus ke kaca tv rumah anda. Kini, anda dapat menonton pelakon kegemaran anda beraksi. Jadi anda tidak perlu risau pawagam masih tutup dan anda tiada halangan untuk menonton pelakon kegemaran.

Bagi yang tidak tahu, ia adalah saluran televisyen yan menawarkan filem dari luar negara. Jika anda melanggan saluran ini, anda dapat menonton filem dua minggu dari siaran sinematik Malaysia atau tajuk eksklusif yang hanya terdapat di saluran ini.

Anda hanya perlu bayar RM15.90 bagi setiap filem, dan rumah anda terus bertukar menjadi pawagam. Anda boleh menonton filem yang tersedia selama 48 jam mengikut keselesaan anda. Dengan penjadualan unik, anda juga dapat menonton sehingga 12 masa tontonan yang berbeza untuk setiap filem.

Perbezaan Astro First Dan Astro Best

Astro Best adalah saluran televisyen yang menawarkan pelbagai filem dari pawagam antarabangsa yang telah dilancarkan di pawagam Malaysia. Saluran ini mengandungi filem-filem dari luar negara dan hollywood mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Astro First pula menawarkan filem-filem tempatan masa kini, yang kebanyakannya tidak dapat masuk ke panggung.

Senarai Channel

  • 478
  • 483
  • 485
  • 488
  • 489
  • 491
  • 492
  • 493

Cara Melanggan Astro First

Bagi pengguna Astro, melanggan saluran ini adalah sangat mudah dan pantas. Cara-caranya boleh didapati di bawah ini.

  1. Pada decoder anda, sila tune ke saluran 480.
  2. Di saluran 480, akan tertera menu yang mengandungi filem-filem yang terbaru yang menarik. Kemudian, anda hanya perlu pilih filem yang anda ingin tonton bersama keluarga anda. Antara filem menarik yang boleh tonton:

4. Setelah selesai membuat pilihan, sila tekan butang OK pada alat kawalan anda untuk memilih filem yang anda ingin tonton.

5. Sekiranya anda inginkan sinopsis pendek tentang filem tersebut, tekan pada butang Info di setiap filem tersebut. Info akan keluar seperti gambar di bawah ini.

6. Kemudian, untuk melanggan filem yang anda mahukan, tekan butang berwarna biru untuk Beli.

7. Apabila anda sudah menekan butang bewarna biru, akan tertera arahan di televisyen yang anda harus ikuti. Ikuti semua arahan dan hantar SMS ke 32999 menggunakan telefon bimbit anda.

8. Akhir sekali, tunggu SMS daripada pihak Astro menandakan pengesahan pembelian anda. Mudahkan?

Selamat mencuba dan menonton! Semoga bermanfaat.

SUMBER:

https://therohani.com/cara-melanggan-astro-first-channel/

https://kekandamemey.com/cara-langgan-astro-best-first-channel-astro-go.html

Summary
Cara Melanggan Astro First Dengan Beberapa Klik Sahaja.
Article Name
Cara Melanggan Astro First Dengan Beberapa Klik Sahaja.
Description
Astro First kan ada! Dengan adanya saluran ini, tanpa keluar rumah, pelakon kegemaran anda terus ke kaca tv rumah anda. Kini, anda dapat menonton pelakon kegemaran anda beraksi. Jadi anda tidak perlu risau pawagam masih tutup dan anda tiada halangan untuk menonton pelakon kegemaran.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: