Ponstan: Cara Makan, Dos Serta Kesan-Kesan Sampingan

Tablet ponstan akan digunakan apabila perlunya rawatan untuk demam, sakit gigi, keradangan, sakit otot serta sendi, dan sebagainya. Tablet ini mempunyai bahan aktif iaitu Mefenamic Acid.

Kegunaan Ponstan

Tablet ponstan akan digunakan ketika rawatan atau pencegahan keadaan-keadaan, gejala-gejala serta penyakit-penyakit seperti:

  • Mula mengalami sakit sendi
  • Mula mengalami keradangan
  • Mula mengalami sakit otot
  • Mula mengalami sakit haid
  • Mula mengalami sakit selepas pembedahan
  • Mula mengalami sakit gigi
  • Mula mengalami migrain atau sakit kepala
  • Mula mengalami pendarahan dalam tempoh haid
  • Mula mengalami demam

Kesan-Kesan Sampingan Ponstan

Walaupun senarai ini tidak lengkap, ini adalah kesan-kesan sampingan yang boleh dialami kerana kesan sampingan bahan aktif dalam tablet Ponstan.

Kesan-kesan sampingan ini amatlah jarang untuk berlaku, tetapi ia boleh berlaku dan juga boleh berlaku dalam keadaan yang serius.

Jika anda mengalami kesan-kesan sampingan yang tertera di bawah, segera berjumpa dengan doktor untuk memperoleh pandangan mereka.

  • Mula mengalami penyakit keradangan di usus
  • Mula mengalami penyakit muntah darah
  • Mula mengalami penyakit alahan kulit
  • Mula mengalami ulser di dalam perut
  • Mula menglami najis yang tidak normalseperti najis yang berwarna gelap
  • Mula mengalami sembelit
  • Mula mengalami sakit perut
  • Mula mengalami cirit-birit
  • Terdapat kelibat ulser di keliling bibir atau/dan mulut
  • Mula mengalami kekerapan muntah
  • Mula mengalami keradangan atau kepahitan di usus besar
  • Terdapat pendarahan atau penembusan gastrousus
  • Mula mengalami kesenakkan
  • Mula hilang atau kurang selera makan
  • Mula mengalami rasa loya yang kerap

Langkah Untuk Berjaga Dalam Pengambilan Tablet Ponstan

Sentiasa cuba untuk memberitahu doktor yang berdekatan dengan anda berkaitan dengan ubatan semasa anda, termasuklah produk-produk yang boleh dijumpai di pelbagai kaunter-kaunter farmasi ubat-ubatan seperti jenis herba dan vitamin-vitamin, serta lain-lain jenis ubat yang berkaitan dengan penyakit yang wujud, keadaan kesihatan individu semasa seperti mempunyai pembedahan di masa yang terdekat ataupun hamil, alahan, serta lain-lain masalah kesihatan

Ini kerana, terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh menyebabkan seseorang individu menjadi lebih lemah kepada kesan sampingan daripada Ponstan.

Ponstan perlu diambil mengikut arahan yang diberikan doktor dan cara-cara pengambilan akan mengikut keadaan kesihatan seseorang individu. Jika keadaan atau masalah kesihatan menjadi lebih melarat, segera berjuma dengan doktor. Perkara-perkara yang perlu diambil berat adalah seperti:

  • Mengambil perskripsi ubatan mengikut arahan doktor
  • Jika mempunyai atau mengalami kerosakan di hati atau/dan buah pinggang

Kesan-kesan tablet Ponstan boleh berubah jika bercampur dengan produk-produk lain yang boleh diperolehi di farmasi. Perkara ini boleh menyebabkan Ponstan untuk berfungsi dengan kurang elok serta juga boleh meninggikan risiko untuk dapat kesan-kesan sampingan.

Sentiasa memberitahu doktor berdekatan dengan anda mengenai perskripsi ubat anda yang semasa untuk mengawal atau mencegah interaksi ubat-ubatan kerana tablet tersebut boleh berinteraksi dengan produk seperti:

  • Methotrexate
  • Lithium
  • Medikasi antidiabetic
  • Captopril
  • Sulfapyridine
  • Ciclosporin
  • Probenecid
  • Digoxin
  • Enalapril
  • Prednisone

Tablet Ponstan juga tidak dibenarkan untuk diambil jika mempunyai atau mengalami keadaan atau masalah kesihatan seperti:

  • Mengalami penyakit radang di usus
  • Mengalami penyakit epilepsi
  • Mengalami hipersensitiviti
  • Mengalami penyakit buah pinggang yang teruk dan rosak
  • Individu yang mengandung
  • Mengalami penyakit ulser peptik
  • Mengalami kegagalan jantung yang teruk
  • Untuk ibu yang baru mula menyusu anak yang baru lahir
  • Pembedahan pintasan arteri koronari

Maklumat-Maklumat Lain Yang Penting Mengenai Tablet Ponstan

  1. Tablet Ponstan yang telah tamat tempoh.

Jika anda terambil tablet Ponstan yang telah tamat tempohnya (satu dos tunggal), ianya tidak akan memberikan kesan-kesan sampingan yang teruk. Meskipun begitu, anda perlu berjumpa dengan kaunter farmasi atau tempat kesihatan utama di tempat anda untuk memperoleh pandangan yang lebih tepat jika mula berasa sakit atau lemah.

Disyorkan agar tidak mengambil tablet Ponstan yang telah tamat tempohnya walaupun ia masih berkesan untuk digunakan dalam rawatan.

Jika individu yang menghidapi penyakit-penyakit kronik yang perlukan ubatan yang sentiasa sedia ada seperti masalah kesihatan alahan yang boleh mengancam nyawa atau masalah kesihatan jantung, anda disyorkan agar menghubungi kaunter farmasi atau tempat kesihatan utama di tempat anda untuk memperoleh bekalan ubatan yang belum tamat tempohnya.

2. Cara untuk menyimpan tablet Ponstan.

Sentiasa menyimpan tablet Ponstan di tempat-tempat yang mempunyai suhu yang sederhana, jauh dari punca-punca cahaya ataupun haba. Hanya bekukan ubatan jika mesti dibuat mengikut catatan di pek tablet Ponstan. Sentiasa simpan tablet ini jauh dari capaian haiwan-haiwan peliharaan serta kanak-kanak.

3. Terambil dos tablet Ponstan yang lebih.

Hanya ambil dos mengikut kadar yang ditetapkan oleh doktor. Mengambil dos yang berlebihan akan menjadi punca kesan-kesan sampingan yang serius dan juga boleh menjadi punca keracunan. Kalau seseorang individu mengesyaki yang dia atau orang lain telah mengambil dos tablet Ponstan yang lebih dari kadar yang ditetapkan, lawat ke pejabat kesihatan atau hospital yang paling berdekatan.

4. Terkurang satu dos tablet Ponstan.

Kalau seseorang individu mengesyaki dia mengambil kurang tablet Ponstan dari satu dos, ambil satu dos untuk mengganti dos yang kurang tersebut.

Tetapi, kalau individu tersebut hanya menyedari kekurangan dos tersebut ketika pengambilan dos seterusnya telah hampir, abaikan dos yang telah tertinggal dan mula menyambung dos yang seterusnya mengikut jadual dos masing-masing.

Kalau individu tersebut sentiasa lupa untuk mengambil dos mengikut jadual dos yang telah ditetapkan, individu tersebut boleh menimbangkan untuk meminta tolong salah seorang ahli rumah atau ahli keluarga untuk mengingatkannya ataupun memasang penggera waktu mengikut jadual dos.

Jika individu tersebut terlepas jadual dos dengan terlebih banyak, boleh melawat doktor yang paling berdekatan untuk berbincang mengenai perubahan dos dan jadual dos serta meminta jadual baru untuk menggantikan dos-dos yang telah terlepas.

Sumber

https://www.healthline.com/health/mefenamic-acid-oral-capsule#alternatives

https://www.news-medical.net/drugs/Ponstan.aspx#:~:text=PONSTAN%20is%20used%20to%20relieve,pain%20and%20treat%20heavy%20periods.&text=dental%20pain.,by%20relieving%20pain%20and%20inflammation

Summary
Ponstan: Cara Makan, Dos Serta Kesan-Kesan Sampingan
Article Name
Ponstan: Cara Makan, Dos Serta Kesan-Kesan Sampingan
Description
Tablet ponstan akan digunakan apabila perlunya rawatan untuk demam, sakit gigi, keradangan, sakit otot serta sendi, dan sebagainya. Tablet ini mempunyai bahan aktif iaitu Mefenamic Acid.
Author
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: