sso kpm

SSO KPM ini diperkenalkan kerana untuk membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password. Sistem pendidikan di negara kita kian canggih dek transformasi yang telah dilakukan selaras dengan pembangunan modenisasi.

Sistem pendidikan kini kebanyakkan lebih berpandukan sistem atas talian baik untuk kegunaan tenaga pengajar sendiri mahupun pelajar dan ibu bapa pelajar itu sendiri. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor  kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini.

KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Pengguna juga boleh mendaftar masuk SSO KPM melalui eOperasi, eMIS dan APDM. Ia sesuai digunakan menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox  atau Internet Explorer versi 10 dan mempunyai resolusi skrin 1024 x 768 pixels.

Cara Login SSO KPM

Berikut adalah 8 langkah untuk login ke sistem SSO:

  1. Layari laman web rasmi MOE, https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
  2. Klik Log Masuk di bahagian menu sebelah atas
  3. Satu pop-up akan keluar di sebelah kanan
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik butang Log Masuk
  7. Tunggu sebentar
  8. Jika tiada masalah yang berlaku semasa proses login, guru akan berjaya untuk mengakses ke sistem SSO KPM.

Senarai Sistem Yang Ada

Terdapat tiga kategori dalam sistem SSO:

  1. Pengurusan Sekolah
  2. Pengurusan Guru
  3. Pengurusan Murid

Senarai lengkap sistem adalah seperti berikut:

Pengurusan sekolah

  1. eMIS
  2. eBantuan

Pengurusan Guru

  1. eOperasi
  2. eGraduan
  3. ePrestasi
  4. ePangkat
  5. eGTukar
  6. SMPP

Pengurusan Murid

  1. SSDM
  2. S3P Asrama
  3. Sekolah Kawalan
  4. Matrikulasi
  5. eSARANA
  6. ePKHAS
  7. eRPI
  8. PAJSK
  9. SMPK
  10. Daftar UPSR
  11. SPTV untuk daftar Kolej Vokasional dan Teknik

Jika anda menggunakan PC atau komputer yang dikongsi, pastikan anda log out (log keluar) dahulu dari modul-modul tersebut. Juga, jangan lupa untuk log out (log keluar) dari laman utama sps (sso) setelah menggunakan perkhidmatan ini.

SUMBER:

https://ppdkotatinggi.moe.gov.my/2016011007/

https://sistemgurumalaysia.com/sso-single-sign-on-kementerian-pendidikan-malaysia/

Summary
Cara Login SSO KPM (Single SignOn)
Article Name
Cara Login SSO KPM (Single SignOn)
Description
SSO KPM ini diperkenalkan kerana untuk membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password. Sistem pendidikan di negara kita kian canggih dek transformasi yang telah dilakukan selaras dengan pembangunan modenisasi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: