Jabatan Akauntan Negara

Menerusi portal Jabatan Akauntan Negara, beberapa perkara perkhidmatan yang telah disediakan antaranya Sistem e-penyata gaji dan laporan, Laman Utama portal rasmi JANM, system e-gumis dan portal perakaunan akruan.

Pada ruangan kali ini kami akan menyediakan anda maklumat berkaitan cara login dan semakan eGUMIS kepada anda. eGUMIS merupakan satu sistem online yang disediakan Jabatan Akauntan Negara bagi membuat semakan wang yang tidak dituntut.

Antara tuntutan oleh individu yang boleh dibuat adalah tuntutan jenis Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Simpanan Tetap, Insurans, Gaji, Dividen, Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu usaha ini adalah bagi memudahkan urusan orang ramai dalam menuntut wang yang tidak dituntut. Jika sebelum ini kaedah konvensional yang menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk beratur Panjang dan membuang masa. Dengan adanya system ini ianya pasti membantu masyarakat melaksanakan perkara yang sewajarnya.

Untuk makluman anda, tiada Tarikh luput yang dikenakan bagi semakan wang yang tidak dituntut ini. Seandainya anda tiada kepentingan yang memaksa, anda tidak perlulah membazir masa dan tenaga anda untuk membuat semakan wang yang tidak dituntut secara serentak pada satu masa yang boleh menyebabkan kesesakan.

Harus anda ingatkan selepas 15 tahun tempoh wang tidak dituntut, wang tersbut akan dimasukkan semula ke Kumpulan Wang di bawah pindahan hasil negara. Tetapi , anda masih boleh menuntut wang tersebut dan pihak kerajaan akan membayar kepada anda.

Permohonan Secara Online

Untuk membuat permohonan semakan wang tidak dituntut secara online, anda harus mengikuti langkah seperti berikut:

  • Langkah yang pertama anda perlukan peranti seperti smartphone, laptop ataupun pc dan internet untuk melayari portal dan klik pada pilihan pendaftaran log masuk ke portal atau seperti dalam pautan ini: https://egumis.anm.gov.my/register/refunduser
  • Disitu anda perlu melengkapkan kesemua butiran maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, no. kad pengenalan, no telefon dan pilihan password. Ingat pastikan password yang anda gunakan mudah untuk anda ingat agar senang urusan anda seterusnya. Kemudian tandakan kotak pengakuan bahawa anda bersetuju serta masukkan captcha lalu klik butang Daftar.
  • Klik butang Daftar dan klik butang Ya untuk selesaikan proses pendaftaran lalu skrin status pendaftaran pengguna egumis akan dipaparkan.

Anda seterusnya akan masuk ke system eGUMIS dengan klik pada Log Masuk atau klik pada pautan ini: https://egumis.anm.gov.my

  • Untuk daftar masuk  anda perlu mengisi nama pengguna dan kata laluan (yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan)

Nota: Untuk pengguna yang tidak menerima sebarang kata laluan ataupun sudah terima kata laluan tetapi gagal untuk log masuk ke sistem, sila buat pendaftaran semula di Portal JANM. Klik pada butang Log Masuk dan skrin tukar kata laluan akan terpapar bagi daftar masuk pertama kali. Di sini anda masukkan kata laluan yang lama dan isikan kata laluan yang baru. Seperti yang telah dipesan pastikan password anda tidak terlalu complicated.

  • Anda seterusnya boleh klik butang Simpan kemudian skrin kemaskini maklumat pengguna akan terpapar.
  • Anda mestilah mengisikan semula semua maklumat pengguna yang diperlukan dan klik butang simpan lalu skrin Dashboard akan terpapar.
  • Untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut klik pada pilihan Carian Wang Tak Dituntut
  • Kemudian masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang Cari lalu skrin hasil carian wang tak dituntut terpapar

Nota: Sebagai pengguna anda boleh mencetak skrin borang tuntutan dengan klik butang Cetak setelah membuat semakan wang tidak dituntut melalui nombor pengenalan. Untuk kemudahan membuat semakan anda amat digalakkan untuk cetak maklumat tersebut.

Perhatian: Portal eGUMIS, masih berada pada peringkat awal maka anda hanya boleh membuat semakan wang tak dituntut sahaja, bagi melakukan permohonan tuntutan wang tak dituntut, pemohon perlulah menghantar dokumen permohonan yang telah lengkap dengan menggunakan perkhidmatan  pos ke Pejabat Pendaftar wang tak dituntut atau anda boleh terus pergi ke Kaunter Pejabat Pendaftar ataupun JANM Negeri/Cawangan yang berhampiran.

Permohonan Secara Manual

Permahohonan secara manual boleh dibuat melalui Kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur, atau Pejabat Cawangan Negeri Jabatan Akauntan Negara

Dokumen Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Tuntutan (Individu)

  • Anda perlu memuat turun Borang UMA-7 kemudian sila lengkapkan dan ditandatangani
  •  Salinan kad pengenalan di kedua-dua belah (hadapan dan belakang) / pasport diperlukan bagi pemohon yang bukan warganegara
  • Dokumen asal (Contoh: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain)
  • Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun

Nota: Untuk makluman, semakan bagi pihak syarikat atau firma juga boleh dilakukan dengan menggunakan nombor pendaftaran syarikat dan dokumen lain yang berkaitan yang boleh menyokong permohonan.

Sebenarnya setelah anda berjaya membuat semakan wang yang tidak dituntut secara online melalui sIstem ataupun secara manual di Jabatan Akauntan Negara hanya dalam tempoh masa satu bulan masa diambil bagi proses bayaran balik.

Anda pun sudah tahu cara membuat semakan wang tidak dituntut. Apa kata anda cuba semak mana tau rupanya ada wang yang banyak tidak dituntut. Boleh la menyimpan ataupun membuat pelaburan. Akhir kata, semoga perkongsian kali ini membawa manfaat kepada anda.

SUMBER:

https://mypt3.com/egumis-anm

https://www.mysumber.com/duit-wtd.html

http://www.anm.gov.my/index.html

Summary
Cara Login eGUMIS Di Portal Jabatan Akauntan Negara
Article Name
Cara Login eGUMIS Di Portal Jabatan Akauntan Negara
Description
Menerusi portal Jabatan Akauntan Negara, beberapa perkara perkhidmatan yang telah disediakan antaranya Sistem e-penyata gaji dan laporan, Laman Utama portal rasmi JANM, system e-gumis dan portal perakaunan akruan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: