e-Filing

e-Filing merupakan satu kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara online. LHDNM merupakan agensi yang bertugas untuk mengutip cukai sama ada cukai pendapatan dan cukai korporat di Malaysia.

Berikut ialah jenis-jenis borang cukai eFilling:

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa bermula 1 Mac ini pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM. Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.

Sebelum kita pergi ke cara-cara mengisi e-Filing, mari baca mengenai sijil digital terlebih dahulu. Hal ini kerana, cara-cara mengisi eFiling akan di kategorikan mengikut sijil digital.

Kegunaan Sijil Digital Dalam e-Filing

Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian.

Sijil Digital ini adalah digunakan bagi mengesahkan capaian pengguna untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani Borang Nyata Cukai Pendapatan secara digital.

Kami kongsikan cara-cara mengisi e-Filing secara online seperti di bawah.

Cara-cara mengisi sistem e-Filing

Berikut ialah cara-cara untuk mengisi sistem eFiling secara online mengikut jenis pembayar cukai.

Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital:

  1. Sila layari laman web ezHASIL di pautan ini : https://ez.hasil.gov.my. Atau, klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM di pautan ini: http://www.hasil.gov.my
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda untuk log masuk ke sistem web ezHASIL.
  3. Kemudian, klik “Pilih Perkhidmatan”, seterusnya “eFiling” dan “eBorang. Sila pilih e-borang yang dikehendaki.
  4. Anda perlu menandatangi borang terseit dengan menggunakan tandatangan sijil digital.
  5. Seterusnya, hantar borang tersebut secara online.
  6. Akhir sekali, anda perlu mencetak pengesahan penerimaan e-Borang.

Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital:

  1. Dapatkan No.Pin (Individu & Organisasi)

Sekiranya anda belum mendaftar sijil digital, anda perlukan No Rujukan Cukai Pendapatan dan No Pin untuk mengakses sistem ini.

  • Anda boleh mendapatkan No.Pin Individu melalui cawangan LHDNM yang berdekatan anda.
  • Untuk No Pin eFiling Organisasi anda boleh dapatkan melalui saluran berikut: Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH).

Berikut ialah dokumen yang anda perlu sertakan:
i. Borang CP55B yang lengkap diisi.
ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.

2. Setelah anda menghantar e-Filing, anda perlu:
• Cetak dan simpan – e-Borang
• Cetak dan simpan – Pengesahan penerimaan e-borang.

Semakan pengesahan dan cetakan e-Borang

Sekiranya anda telah menghantar borang, untuk melakukan semakan pengesahan dan cetakan e-Borang, anda boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Layari portal rasmi ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my) dan log masuk.
  2. Klik pada Perkhidmatan -> e-filing -> Semakan Pengesahan. Masukkan jenis borang dan tahun taksiran.

Anda juga boleh membuat semakan pantas status e-Borang Individu untuk tahun taksiran terkini dengan megikut langkah-langkah di bawah.

  1. Layari portal rasmi ezHASiL (http://(https://ez.hasil.gov.my) dan log masuk.
  2. Pilih menu “e-Borang” di bawah e-Filing. Klik pada bahagian “Status e-Borang”. Atau, untuk semakan e-Borang dan Tahun Taksiran yang lain, sila pilih menu “Semakan Pengesahan” di bawah e-Filing.

Terlupa Kata Laluan

Sekiranya anda terlupa kata laluan tetapi mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan untuk reset kembali kata laluan anda; atau hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan.

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan bantuan, sila hubungi:

  • HASIL Care Line di talian: 03-8911 1000 atau,
  • Faks ke nombor : 03-4289 3400
  • E-mel: [email protected]
  • Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang memerlukan terutamnya para pekerja dan pemilik syarikat. Tunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan membayar cukai.

Sekian.

Sumber:

https://www.ithmm.com/e-filing-lhdn/

https://ecentral.my/ezhasil-efiling-cukai-pendapatan/

https://ez.hasil.gov.my/CI/FAQ_Anon.aspx?from=03

https://www.iproperty.com.my/guides/lhdn-e-filing-income-tax-malaysia-tax-reliefs-available/

Summary
Cara Isi e-Filing LHDN Secara Online
Article Name
Cara Isi e-Filing LHDN Secara Online
Description
e-Filing merupakan satu kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara online. LHDNM merupakan agensi yang bertugas untuk mengutip cukai sama ada cukai pendapatan dan cukai korporat di Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: