CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA

Sakit kepala seringkali dipandang enteng, tapi siapa yang alami pastinya perlukan cara hilangkan sakit kepala. Lazimnya ianya bukanlah satu petanda penyakit serius, namun impak sakit kepala sangat memberi kesan kepada pesakit tersebut.

Manusia tidak dapat berfikir dengan baik dan kerja akan menjadi tergendala kesan daripada sakit kepala tersebut. Ini kerana pada bahagian kepala terdapat organ paling penting, iaitu otak.

Sakit kepala yang berpunca daripada tekanan merupakan sakit kepala yang paling biasa. Sakit kepala tekanan melibatkan kesakitan yang sederhana hingga yang amat sangat yang merangkumi keseluruhan bahagian kepala sebagai kesakitan yang menyeluruh atau ketegangan pada bahagian dagu atau leher.

Sesetengah orang mengalami kesakitan seperti kepala dihimpit atau ditekan dengan begitu kuat. Kesakitan mungkin akan meningkat secara perlahan dan akhirnya menjadi sangat teruk. Sakit kepala tekanan ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah otot yang tegang pada bahagian bahu, leher, kulit kepala dan dagu, dan juga sering berpunca daripada tekanan, kemurungan dan keresahan.

Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil ubat tahan sakit seperti Panadol apabila sakit kepala menyerang. Di sini, kami sediakan beberapa tips untuk menghilangkan sakit kepala dengan cepat dan berkesan.

  1. Pek Ais

Sekiranya anda sakit kepala disebabkan migrain, cuba letakkan pek ais di atas dahi. Pek ais boleh diperolehi di kedai barangan bayi. Jika tidak ada, ambil ketulan ais dan balutkan di atas tuala bersih. Tuam pek ais tersebut dalam jangka masa 15 minit dan berhenti selama 15 minit. Dan kemudian boleh dituam semula sekiranya masih sakit.

  • Tuam menggunakan air suam

Manakala jika sakit kepala adalah disebabkan oleh ketegangan, letakkan kain suam pada bahagian leher atau belakang kepala. Berlainan pula cara jika sakit kepala disebabkan masalah sinus. Tuamkan kain suam pada bahagian yang sakit. Bagi kedua masalah sakit kepala ini boleh juga mencuba mandi air yang agak suam (warm shower).

  • Kurangkan tekanan di atas kulit kepala atau atas kepala

Tanggalkan sebarang benda yang berada di atas kepala ketika sakit kepala. Contohnya seperti topi, cekak rambut dan tudung kepala (pada tempat yang sesuai). Jika pada waktu sakit kepala anda mempunyai ikatan rambut yang ketat, juga perlu diuraikan bagi mengurangkan kesakitan sakit kepala.

  • Kurangkan Pencahayaan

Cahaya yang terang boleh menyebabkan sakit kepala, walaupun cahaya tersebut datang daripada skrin computer atau handphone. Anda boleh memasang langsir kalis cahaya (Blackout Curtains) pada tingkap. Ianya dapat menghalang cahaya yang tinggi masuk ke dalam tempat tinggal anda. Selain itu, penggunaan kaca mata hitam ketika berada diluar juga membantu mengurangkan kesakitan kepala. Anda juga boleh menambah skrin anti-silau pada computer anda dan menggunakan lampu dari jenis Daylight-Spectrum di kediaman anda yang diistilahkan sebagai ‘healthy lighting solution’.[3]

  • Cuba kurangkan aktiviti mengunyah

Mengunyah gula-gula getah bukan sahaja menyebabkan rahang anda sakit, akan tetapi kepala juga terkesan. Bukan sahaja gula-gula getah, malahan apa-apa sahaja makanan yang rapuh atau rangup atau melekit boleh menambah kesakitan sakit kepala sedia ada. Ketika makan, pastikan anda mengunyah kuantiti yang sedikit.

  • Minum air

Minum banyak air. Kekurangan air dalam badan atau dehidrasi akan mengakibatkan sakit kepala anda bertambah buruk.

  • Ambil kafein pada kuantiti yang sedikit

Sebaik sahaja sakit kepala menyerang, ambil sedikit minuman berkafein seperti teh dan kopi seawal yang mungkin. Ianya membantu mengurangkan kesakitan lebih baik daripada ubat yang dijual di kaunter farmasi seperti acetaminophen. Namun perlu diingatkan jika anda terlebih minum, kekurangan atau ketiadaan kafein boleh menyebabkan anda sakit kepala.

  • Urut

Perkara yang paling mudah dan senang untuk dilakukan ketika sakit kepala adalah urut. Ianya boleh dilakukan sendiri dengan mengurut di tempat seperti dahi, leher beberapa minit.

  • Makan halia

Di dalam satu kajian menunjukkan di samping mengambil ubatan sakit kepala di farmasi, pengambilan halia sebagai suplemen tambahan dapat mengurangkan kesakitan bagi mereka yang mengalami migrain.

Gunakan pil ubatan pada kadar sederhana

  1. Pilih ubat cecair berbanding ubat pil. Ianya menyerap lebih pantas
  2. Elakkan mengambil ibuprofen dan apa-apa ubat yang dikategorikan sebagai nonsteroidal anti-inflammatory drugs sekiranya mempunyai penyakit jantung atau kegagalan fungsi buah pinggang
  3. Ambil ubat penahan sakit (painkiller) dalam kuantiti yang kecil
  4. Sekiranya sakit masih berterusan, rujuk Doktor

Pelbagai lagi petua dari dalam negara dan luar negara bagi mengurangkan sakit kepala. Tips-tips diatas bertujuan bagi mengurangkan simptom kesakitan pesakit. Adalah sebaiknya anda berjumpa dengan doktor dan mendapatkan nasihat kesihatan yang sewajarnya sekiranya sakit kepala sering berlaku. Walaupun sakit kepala lazimnya menyerang dalam keadaan biasa seperti tekanan dan inflamasi pada bahagian badan tertentu, tidak kurang juga simptom sakit kepala menjadi antara tanda awal atau tanda pemula bagi satu-satu penyakit serius.

SUMBER:

https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kesakitan/mengenali-sakit-kepala-anda

https://www.webmd.com/migraines-headaches/5-ways-to-get-rid-of-headache

https://www.lyco.co.uk/advice/full-spectrum-bulbs-and-daylight-bulbs-whats-the-difference/

Summary
CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA DENGAN CEPAT
Article Name
CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA DENGAN CEPAT
Description
Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil ubat tahan sakit seperti Panadol apabila sakit kepala menyerang. Di sini, kami sediakan beberapa tips tambahan untuk menghilangkan sakit kepala dengan cepat dan berkesan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: