kelemumur
Masalah kelemumur telah mempengaruhi sehingga 50% orang di seluruh dunia. Kulit kepala yang gatal dan tompokan kering adalah ciri bagi keadaan ini, tetapi ia juga boleh menyebabkan gejala lain seperti tompokan berminyak pada kulit kepala dan denyutan di kepala.

Masalah kelemumur telah mempengaruhi sehingga 50% orang di seluruh dunia. Kulit kepala yang gatal dan tompokan kering adalah ciri bagi keadaan ini, tetapi ia juga boleh menyebabkan gejala lain seperti tompokan berminyak pada kulit kepala dan denyutan di kepala.

Jadi, bagaimana anda boleh menghilangkan kelemumur? Dalam artikel di bawah, terdapat beberapa petua dan cara untuk mengatasi masalah ini agar anda akhirnya boleh kembali memakai pakaian hitam dengan yakin lagi.

Pertama, adakah kita akan merawat masalah kelemumur terlebih dahulu tanpa mengetahui apakah yang menyebabkannya?

Apakah itu kelemumur?

Kelemumur adalah keadaan biasa yang mempengaruhi kulit kepala. Ia menyebabkan kulit kepala menjadi gatal diikuti dengan kepingan kulit mati. Ia biasanya bermula pada usia baligh dan mula reda pada usia 50 tahun, dan ini dinyatakan menurut ‘Journal of Clinical and Investigative Dermatology’.

Penyebab kelemumur biasa termasuklah:

  • dermatitis seborrheik
  • kulit kering
  • reaksi alahan terhadap produk rambut dan kulit
  • keadaan kulit yang lain, seperti ekzema atau psoriasis
  • diet
  • pertumbuhan kulat seperti Malassezia

Biasanya, penyebab kelemumur adalah lebih biasa. Sekiranya anda tidak kerap mencuci rambut, penumpukan minyak boleh menyebabkan perkembangan kelemumur.

Cara untuk merawat masalah kelemumur

1. Ubah diet anda

Pemakanan yang buruk boleh menyebabkan kelemumur. Makanan berkarbohidrat tinggi boleh menyebabkan penumpukan glikogen pada kulit, yang dimakan oleh ragi (yeast). Pakar mempercayai bahawa salah satu cara yang berpotensi untuk merawat kelemumur adalah dengan mengamalkan “diet kelemumur” yang mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat secara sederhana sambil meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sekali lagi, data kajian saintifik yang mengaitkan diet dengan kelemumur adalah kurang, tetapi meningkatkan tabiat makan anda semestinya adalah cara baik untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan anda. Malah, ia juga berpotensi mengurangkan jumlah kelemumur yang menumpuk di kulit kepala anda sepanjang hari.

2. Menggunakan syampu untuk menghilangkan kelemumur

Langkah pertama dan termudah untuk menghilangkan kelemumur adalah beralih daripada syampu biasa kepada syampu anti-kelemumur. Sekiranya kelemumur anda berlaku akibat kerengsaan kulit disebabkan syampu sedia ada, ini biasanya sudah  mencukupi untuk mengatasi masalah tersebut.

Tetapi, jika keadaan anda berkaitan masalah kekeringan dan pengelupasan, syampu dengan kandungan asid salisilik sudah mencukupi. Sekiranya anda mengalami kemerahan dan kerengsaan, cubalah syampu yang mempunyai zink pyrithione, ketoconazole dan selenium sulfide. Pokok teh juga boleh membantu mengatasi keradangan.

3. Mulakan mencuci rambut dengan lebih kerap

Sekarang ini sudah terdapatnya produk rambut yang pelbagai termasuklah syampu kering, yang digunakan jika anda tidak sempat untuk mencuci rambut dengan betul. Ini sebahagiannya boleh menyumbang kepada masalah keputihan di kulit kepala anda. Minyak dan sel-sel kulit mati semakin berkumpul kerana ia tidak dicuci dengan kerap.

Justeru itu, individu atau pesakit yang terdedah kepada masalah kelemumur atau dermatitis seborrheic harus kerap mencuci rambut seperti beberapa kali seminggu sekurang-kurangnya untuk mengurangkan penumpukan di kulit kepala.

4. Rawat masalah dermatitis seborrheik dengan syampu tar arang batu

Sekiranya kelemumur anda terjadi disebabkan dermatitis seborrheik, anda boleh cuba merawatnya dengan menggunakan syampu yang mengandungi tar arang batu. Ini adalah cairan gelap dan likat yang digunakan secara meluas sebagai rawatan yang berkesan untuk psoriasis dan dermatitis seborrheik pada kulit kepala.

Namun, berhati-hatilah ketika menggunakan syampu sebegini kerana syampu dengan kandungan tar boleh mengubah rambut yang berambut perang, kelabu atau putih. Jadi, jika anda mempunyai rambut berwarna terang, anda mungkin ingin memilih syampu kelemumur yang berbeza. Syampu tar juga berpotensi menjadikan kulit kepala anda lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

5. Cuba ‘exfoliate’ kulit kepala anda

Sama seperti pengelupasan kulit anda, ‘exfoliate’ kulit kepala anda dengan lembut dapat mengangkat lapisan atas kulit kering. Ia juga biasanya mampu menghilangkan kulit mati dengan sebilangan kecil asid salisilik atau butiran yang larut.

Seberapa kerap anda boleh ‘exfoliate’ kulit kelapa mungkin berbeza mengikut individu,  tetapi secara amnya anda perlu melakukannya sekali bagi setiap tujuh hingga 10 kali cucian rambut dengan syampu. Untuk memanfaatkan proses ini sepenuhnya, cari produk mesra kulit kepala yang bergantung pada bahan semula jadi.

6. Cuci bahagian kulit kepala anda sahaja

Malangnya, syampu kelemumur boleh mengeringkan rambut anda, selain kulit kepala anda. Untuk memastikan hal ini tidak berlaku, anda harus menggunakan syampu khas tersebut hanya pada bahagian kulit kepala sahaja.

Syampu dan rawatan yang dibuat haruslah disapu terus ke kulit kepala (bukannya rambut) dan diurut secara perlahan di tempat tersebut sekurang-kurangnya lima minit dengan setiap penggunaan. Pastikan anda tidak melakukannya kurang dari lima minit, agar bahan aktif mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan tugasnya.

7. Elakkan menggaru kepala

Ini pastinya menjadi satu masalah, tetapi cuba untuk tidak menggaru kulit kepala. Ia boleh menajdi sangat gatal, tetapi menggaru boleh memperburuk keradangan dan kerengsaan. Ini sangat serius terutama jika anda mempunyai kuku yang panjang dan tajam kerana menggaru boleh menyebabkan luka pada kulit kepala terbuka yang seterusnya menyebabkan jangkitan. Sebaliknya, melakukan urutan lembut membolehkan bahan menembusi kulit kepala anda dengan lebih baik.

KESIMPULANNYA,

Kelemumur adalah keadaan kulit yang menyebabkan kulit gatal dan mengelupas pada kulit kepala. Keadaan ini boleh mempengaruhi harga diri seseorang dan kualiti hidup secara keseluruhan.

Selain menggunakan ubat semula jadi, mengapa anda tidak mencuba langkah-langkah lain untuk menyembuhkan penyebabnya terlebih dahulu? Hanya beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan, anda tidak perlu menghabiskan wang melakukan rawatan rambut di luar lagi selepas ini.  

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/ways-to-treat-dandruff

https://www.thecut.com/article/how-to-get-rid-of-dandruff.html

https://www.today.com/shop/how-get-rid-dandruff-t142428

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324756

https://www.forhims.com/blog/how-to-get-rid-of-dandruff

Summary
Cara hilangkan kelemumur – 7 Langkah mudah yang pastinya berkesan!
Article Name
Cara hilangkan kelemumur – 7 Langkah mudah yang pastinya berkesan!
Description
Masalah kelemumur telah mempengaruhi sehingga 50% orang di seluruh dunia. Kulit kepala yang gatal dan tompokan kering adalah ciri bagi keadaan ini, tetapi ia juga boleh menyebabkan gejala lain seperti tompokan berminyak pada kulit kepala dan denyutan di kepala.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: