Ujian kehamilan ataupun Pregnancy Test ialah ujian untuk menguji jika anda hamil dan dikenali sebagai urine pregnancy test (UPT). Ujian hamil ini boleh dibuatkan sendiri di rumah. Ia juga senang didapati di famarsi dan senang digunakan. Adakah kamu tahu cara guna pregnancy test yang betul?
Ujian ini boleh mengesan hormon human chrionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing wanita untuk mengetahui sama ada hamil ataupun tidak. Hormon ini adalah dihasilkan oleh plasenta selepas implantasi embrio berlaku.
hCG akan berada dalam urin seawal 8 hari setelah haid lewat. Ujian kehamilan mempunyai ketepatan sebanyak 97%-99%. Ia boleh dijalankan di klinik kesihatan atau dengan sendiri.
Jenis Ujian Kehamilan
Terdapat 3 ujian kehamilan, iaitu:
- Ujian Kehamilan di Rumah (HPT)
Alat ini boleh digunakan jika didapati haid anda datang lewat. Ujian ini adalah mengesan hCG dalam air kencing anda. Hormon ini boleh mengubah warna stik warna apabila dikesan homon ini di air kencing anda.
- Ujian Kencing Klinikal
Ujian ini dilakukan di mana-man klinik kesihatan ataupun hospital. Anda boleh mendapat keputusan dalam masa seminggu.
- Ujian darah
Ujian ini juga boleh diambil di mana-man klinik kesihatan atau hospital. Ujian lebih tepat daripada 2 ujian itu. Ia menguji darah anda untuk mengesan hCG.
Cara Penggunaannya Pregnancy Test
Tahukah anda sebenarnya terdapat empat jenis cara yang boleh digunakan untuk menguji tanda anda mengandung. Berikut adalah kami sertakan maklumatnya:
1. Cara guna pregnancy test jenis strip
- Sebelum menggunakannya pastikan anda menyemak tarikh tamat tempoh pakej pregnancy test tersebut.
- Pastikan anda faham arahan yang diberi sebelum menggunakannya.
- Waktu yang paling sesuai untuk melakukan test adalah di waktu pagi pada air kencing pertama sejurus anda bangun dari tidur.
- Gunakan cawan plastic untuk mengumpulkan air kencing anda.
- Kemudian anda perlu celupkan strip secara menegak ke dalam sampel kencing anda selama 10-15 saat.
- Pastikan strip anda tidak melebihi line maksimum.
- Selepas itu anda perlu letakkan strip tersebut di tempat yang bersih, rata, kering.
- Keputusan boleh didapati dalam tempoh masa 3 minit.
- Sekiranya ada 2 tanda berwarna bermaksud keputusan anda positif (mengandung).

DIP N TELL Midstream Pregnancy Test
RM 13.50
Dua cara untuk menggunakan produk ini:
1. Kumpulkan air kencing di dalam bekas yang bersih & kering. Celupkan hujung penyerap batang ujian dan tunggu hasilnya.
2. Kencing terus ke hujung batang. Buang air kencing terlebih dahulu dan kemudian lepaskan air kecing (aliran tengah) secara langsung di hujung penyerap batang ujian. Tutup penutup dan letakkan ujian pada permukaan rata.
2. Jenis casette
- Sebelum menggunakannya pastikan anda menyemak tarikh tamat tempoh pakej pregnancy test tersebut.
- Pastikan anda faham arahan yang diberi sebelum menggunakannya.
- Waktu yang paling sesuai untuk melakukan test adalah di waktu pagi pada air kencing pertama sejurus anda bangun dari tidur.
- Gunakan cawan plastic untuk mengumpulkan air kencing anda.
- Selepas itu dengan menggunakan dropper titiskan 3 hingga 5 titik urine pada tempat yang disediakan pada bahagian pregnancy test jenis casette ini.
- Kemudian letakkan indikator tersebut di tempat yang bersih, rata, kering.
- Keputusan anda boleh dibaca dalam tempoh masa beberapa saat sahaja.
- Sekiranya ada 2 tanda berwarna bermaksud keputusan anda positif (mengandung).

OMECO HCG Urine Pregnancy Test Cassette 1’s
RM 4.90
• Ringkas tetapi boleh dipercayai.
• Mudah dibaca.
• Hasil yang pantas.
• Sensitiviti 25 mIU / ml
• Kualiti yang diluluskan oleh ISO 13485.
3. Cara guna pregnancy test jenis Clearblue
- Sebelum menggunakannya pastikan anda menyemak tarikh tamat tempoh pakej pregnancy test tersebut.
- Pastikan anda faham arahan yang diberi sebelum menggunakannya.
- Waktu yang paling sesuai untuk melakukan test adalah di waktu pagi pada air kencing pertama sejurus anda bangun dari tidur.
- Gunakan cawan plastic untuk mengumpulkan air kencing anda atau anda boleh juga terus letakkan bahagian mudah serap menghala ke bawah aliran kencing anda selama 5 saat.
- Kemudian, masukkan kembali penutup indikator pregnancy test tersebut.
- Indikator tersebut hendaklah diletakkan secara mendatar di tempat yang kering.
- Anda perlu memastikan bahagian mudah serap sentiasa hala ke bawah sepanjang ujian diambil.
- Keputusan boleh dibaca dalam tempoh masa 3 minit.
- Sekiranya tanda tambah terpapar bermaksud anda mengandung dan sebaliknya jika tanda tolak yang bermaksud anda tidak mengandung.

Clearblue Easy Pregnancy Test 1S
RM 22.90
- Tepat – lebih daripada 99% tepat dalam mengesan kehamilan
- Boleh dipercayai – menggunakan inovasi berdasarkan teknologi yang mapan.
- Jelas sekali – hasil “+” (hamil) atau “-” (tidak hamil) untuk ketepatan yang lebih tinggi di tangan pengguna.
- Mudah digunakan – senang dan senang ditafsirkan.
- Hujung penyerap berubah warna dari putih menjadi merah jambu untuk menunjukkan ujian berjalan.
- Uji sehingga 4 hari lebih awal.
- Boleh dipercayai – dari Clearblue, jenama penjualan nombor satu di dunia dalam ujian kehamilan dan kesuburan di rumah.
4. Clearblue jenis digital
- Sebelum menggunakannya pastikan anda menyemak tarikh tamat tempoh pakej pregnancy test tersebut.
- Pastikan anda faham arahan yang diberi sebelum menggunakannya.
- Waktu yang paling sesuai untuk melakukan test adalah di waktu pagi pada air kencing pertama sejurus anda bangun dari tidur.
- Gunakan cawan plastic untuk mengumpulkan air kencing anda atau anda boleh juga terus letakkan bahagian mudah serap menghala ke bawah aliran kencing anda selama 5 saat.
- Kemudian, masukkan kembali penutup indikator pregnancy test tersebut.
- Indikator tersebut hendaklah diletakkan secara mendatar di tempat yang kering.
- Anda perlu memastikan bahagian mudah serap sentiasa hala ke bawah sepanjang ujian diambil.
- Keputusan boleh dibaca dalam tempoh masa 3 minit.
- Sekiranya tanda tambah terpapar bermaksud anda mengandung dan sebaliknya jika tanda tolak yang bermaksud anda tidak mengandung.

Clearblue Digital Pregnancy Test
RM 47.40
Paparan digital menggunakan perkataan menyatakan keputusan ujian, mengelakkan kekeliruan menafsirkan garis pada saat-saat genting. Lebih dari 99% tepat dalam mengesan kehamilan sejak hari yang dijangka.
Punca Yang Mempengaruhi Ujian Kehamilan
- Pengambilan ujian kesuburan kerana ia mengandungi hormon hCG yang boleh mengelirukan keputusan ujian
- Pengambilan kontraseptif jenis hormon yang menyebabkan haid tidak teratur
- Kehamilan luar rahim, sista ovari, menopaus juga boleh mengelirukan keputusan ujian
- Ujian terkena air
- Terlalu awal membuat ujian kehamilan setelah mengetahui haid tidak datang 2-3 hari.
UPT hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat ujian keputusan negatif, boleh cuba lagi selepas 2 hari lagi. Ini kerana hormon wanita selalu berubah pada masa ke masa.
Disini anda boleh mendapatkan beberapa pilihan set pregnancy test untuk anda gunakan.
Sumber:
https://my.clearblue.com/ujian-kehamilan/clearblue-plus
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/upt-test
https://www.verywellfamily.com/how-to-use-a-home-pregnancy-test-906662