niat puasa ganti

Umat Islam sememangnya sinonim dengan melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Sekiranya terbatal puasa atau tidak mampu menunaikannya mereka hendaklah ganti puasa tersebut. Niat puasa ganti tidak sama dengan niat puasa bulan Ramadan.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

1.  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa

2.  Makan dan minum sepanjang hari

3.  Muntah dengan sengaja

4.  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja

5.  Keluar darah haid & nifas

6.  Gila

7.  Pitam atau mabuk sepanjang hari

8.  Murtad

Jenis Keuzuran Yang Mengharuskan Berbuka Puasa

1.  Dalam perjalanan jauh / musafir

2.  Sakit yang tidak dapat dielakkan

3.  Wanita yang sedang mengandung

4.  Ibu yang menyusukan anak

5.  Tua

Hukum Bersetubuh Di Bulan Ramadan

Jika kedua-dua suami dan isteri melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan, mereka hendaklah menggantikan atau qada’ puasa terbabit.

Si suami juga wajib untuk membayar kaffarah (denda) seperti:

  • Memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu;
  • Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus kalau tidak terdaya;
  • Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.
  • Namun sekiranya persetubuhan itu berlaku kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa tidaklah wajib untuk membayar kifarat.

Hukum Ganti Puasa Ramadan

Menggantikan puasa Ramadan adalah wajib hukumnya. Walau apa pun alasan menjadi punca puasa tersebut terbatal hendaklah diganti puasa yang terbatal dan tertinggal tersebut.

Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Cara Ganti Puasa Ramadan

Perbezaan puasa Ramadan dan ganti puasa Ramadan adalah pada niat puasa ganti tersebut.

Lafaz niat puasa ganti

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Bahasa Rumi: Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhana lillahi taala

Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Bilakah waktu yang sesuai untuk menggantikan puasa?

Setelah tamatnya Ramadan terbabit kita boleh menggantikan puasa yang tertinggal pada bila-bila masa sehingga Ramadan berikutnya. Namun terdapat beberapa hari yang dilarang untuk berpuasa.

Antara hari yang diharamkan berpuasa adalah:

  • Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
  • Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah
  • Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Bagaimana Mengganti Puasa Yang Sudah Tertinggal Lama?

Macam-macam sebab yang boleh menyebabkan kita lama meninggalkan puasa yang patutnya diganti.  Puasa yang ditinggalkan itu tetap perlu diganti mengikut bilangan puasa yang ditinggalkan. Namun fidyah juga dikenakan kepada kita sekiranya tidak sempat menggantikan puasa sehingga dating Ramadan seterusnya.

Fidyah yang dinyatakan bermaksud membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun yang ditinggalkan. Ianya tertakluk mengikut negeri. Ada negeri yang menggandakan bayaran denda ada negeri yang tidak menggandakan bayaran.

Hukum Gabung Puasa Ganti Ramadan Dengan Puasa Enam

Berhubung dengan hukum puasa terdapat khilaf dikalangan ulama dan terdapat dua pandangan mengenai hal ini.

Pandangan pertama (lebih afdal), jumhur ulama bersepakat untuk ganti puasa Ramadan didahulukan terlebih dahulu kemudian baru menunaikan puasa enam (pendapat ini lebih afdal)

Pandangan kedua, terdapat sebahagian kecil fuqaha berpendapat puasa ganti boleh digabungkan bersama Puasa Sunat Enam Syawal. Melalui kaedah ini si pelaku akan mendapat pahala bagi menggantikan puasa dan puasa enam.

Jika berlaku khilaf diantara ulamak maka, terpulanglah kepada kita untuk menggunakan pendapat yang mana satu.

Berikut adalah perkongsian berkenaan dengan puasa ganti. Semoga ianya mampu membantu anda memahami ilmu yang baru. Semoga bermanfaat. Wallahu’alam!

SUMBER:

https://siraplimau.com/cara-ganti-puasa-ramadhan/

https://zayan.my/zayan-pit-stop/trending/cara-ganti-puasa-bagi-yang-dah-tertinggal-lama

https://akuislam.com/blog/ibadah/niat-puasa-ganti/

Summary
Cara Dan Niat Puasa Ganti
Article Name
Cara Dan Niat Puasa Ganti
Description
Umat Islam sememangnya sinonim dengan melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Sekiranya terbatal puasa atau tidak mampu menunaikannya mereka hendaklah ganti puasa tersebut. Niat puasa ganti tidak sama dengan niat puasa bulan Ramadan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: