www.pbebank.com.my

Perbankan Internet Public Bank dapat diakses di laman www.pbebank.com.my. Hari ini, seiring dengan perkembangan teknologi semasa, urusan perbankan semakin mudah. Syarikat-syarikat perbankan menyediakan Perbankan Internet yang dapat diakses di mana sahaja pada bila-bila dengan akses internet, termasuklah Public Bank.

Public Bank ditubuhkan pada tahun 1966 oleh Tan Sri Dato ‘Sri Or. Teh Hong Piow dengan visi mengembangkan Public Bank agar menjadi bank bagi masyarakat untuk melayani keperluan perbankan masyarakat. Pada 6 Ogos 1966, Public Bank membuka pintu perniagaannya di cawangan pertamanya yang terletak di Jalan Gereja, Kuala Lumpur dengan 62 kakitangan perintis.

Untuk menikmati kemudahan ini, anda perlu mendafatar akaun PBe. PBe (sebelumnya PBeBank) adalah laman web perbankan dalam talian Public Bank. Ia memudahkan perkhidmatan kewangan dalam talian, pembayaran bil dalam talian dan perkhidmatan maklumat.

Terdapat 2 cara untuk daftar perbankan internet Public Bank iaitu daftar di ATM atau di kaunter Public Bank berdekatan anda.

Daftar Perbankan Internet www.pbebank.com.my melalui ATM

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar akaun Public Bank Online melalui ATM.

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana Automated Teller Machine ataupun ATM untuk mendaftar akaun PBe anda.
  2. Pada ATM tersebut, cari dan pilih OTHER SERVICES.
  1. Pada paparan seterusnya, pilih Register Internet Banking.
  1. Seterusnya, paparan notis akan keluar. Notis tersebut memberitahu anda yang pemegang akaun bersama perlu mendaftarkan akaun PBe di mana-mana cawangan Public Bank dan jika dilakukan melalui ATM, ianya tidak sah.
  2. Notis tersebut juga memaklumkan bahawa user ID anda untuk log masuk ke akaun PBe anda buat yang pertama kalinya akan terpapar di slip yang akan dicetak oleh ATM. Tekan butang PRESS TO CONTINUE.
  1. Masukkan nombor telefon anda untuk mendapatkan PBe Authentication Code (PAC). Nombor telefon anda mestilah tidak melebihi 11 digit.
  1. Seterusnya, isikan kod PIN yang terdiri daripada 6 digit nombor pilihan anda.
  1. Tahniah! Pendaftaran anda telah Berjaya. Jangan lupa ambil semula kad anda dan resit. Akaun anda sedia untuk melog masuk ke www.pbebank.com.my.

Daftar Perbankan Internet Melalui Kaunter Cawangan Public Bank Untuk www.pbebank.com.my.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar akaun Public Bank Online melalui kaunter cawangan Public Bank.

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Public Bank.
  2. Maklumkan kepada staff Public Bank bahawa anda ingin mendaftar akaun PBe.
  3. Kemudian, anda akan diberikan borang pendaftaran PBe untuk anda isi. Ikuti arahan yang diberikan oleh pegawai bank dan lengkapkan borang pendaftaran tersebut.
  4. Setelah siap, berikan borang itu bersama dengan segala dokumen yang diperlukan kepada pegawai bank tersebut.
  5. Proses pendaftaran anda telah siap. Anda akan diberikan ID and password untuk log masuk ke akaun PBe anda di www.pbebank.com.my.

Cara Aktifkan dan Log Masuk Akaun Public Bank Online

Selepas siap mendaftar akaun Public Bank Online sama ada melalui kaunter atau ATM, anda perlu pergi ke portal perbankan internet Public Bank untuk mengaktifkan akaun PBe anda. Ikuti sahaja langkah-langkah di bawah.

  1. Layari web portal rasmi PBe di www.pbebank.com.my.
  2. Kemudian, klik bahagian Login.
  3. Daripada sub menu yang dipaparkan, tekan pada bahagian PBe.
  1. Laman seterusnya memerlukan anda untuk log masuk untuk pertama kalinya. Di ruangan Login to PBe, isikan ID yang anda perolehi semasa melakukan pendaftaran sama ada melalui kaunter Public Bank ataupun ATM. Klik Next.
www.pbebank.com.my
  1. Satu lagi ruangan iaitu ruangan password. Masukkan password yang diberikan semasa pendaftaran tadi.
  2. Tekan Login.
www.pbebank.com.my
  1. Anda akan diperlihatkan terma dan syarat. Baca dan fahami. Setelah selesai, tekan pada butang Accept.
www.pbebank.com.my
  1. Di laman seterusnya, anda diminta untuk memasukkan ID baharu pada ruangan New User ID dan password pada ruangan New Password.
  1. Masukkan ID baharu yang terdiri daripada 6 ke 12 aksara, gabungan nombor dan abjad sahaja tanpa symbol atau ikon.
  2. password pula mestilah kuat, mempunyai 8 ke 12 aksara dengan sekurang-kurangnya satu abjad dan satu nombor.
  3. Masukkan semula kata laluan anda tadi di bahagian Confirm New Password.
  4. Untuk bahagian Memorable Question, pilih soalan anda. Soalan ini anda perlu jawab dengan betul sekiranya berlaku masalah seperti terlupa kata laluan atau ID pengguna.
www.pbebank.com.my
  1. Jawapan kepada soalan tersebut dimasukkan pada bahagian Memorable Answer.
  2. Kemudian, isikan sebarang perkataan atau frasa pilihan anda di ruangan Personal Login Phrase. Ini bertujuan untuk anda mudah mengesan akaun PBe anda. Sekiranya anda cuba melog masuk dan bukan frasa PLP anda yang dipaparkan, ini bermaksud anda mencuba untuk melog masuk di akaun yang salah.
  1. Frasa PLP ini mestilah terdiri daripada 13 ke 20 aksara alpha-numeric. Ianya tidak boleh sama dengan ID pengguna dan kata laluan akaun PBe anda.
  2. Masukkan email anda di bahagian Email Address. Langkah ini adalah tidak wajib
  3. Klik butang Submit.
  1. Tunggu selama 2-10 minit untuk log masuk pertama kali anda diproses. Setelah itu, anda sudah boleh melog masuk ke akaun PBe anda menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang anda telah cipta sendiri sebentar tadi di www.pbebank.com.my.

SUMBER:

  • https://www.pbebank.com/Personal-Banking/FAQs/PBe-Online-Banking/About-PBeBank-com.aspx
  • https://www.publicbankgroup.com/About-Us/Corporate-Profile
  • https://www.pbebank.com/Personal-Banking/FAQs/PBe-Online-Banking/First-time-Login.aspx
  • https://therohani.com/cara-daftar-public-bank-online/

Summary
Cara Daftar Online Public Bank www.pbebank.com.my
Article Name
Cara Daftar Online Public Bank www.pbebank.com.my
Description
Perbankan Internet Public Bank dapat diakses di laman www.pbebank.com.my. Hari ini, seiring dengan perkembangan teknologi semasa, urusan perbankan semakin mudah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: