online banking bank islam

Online Banking Bank Islam adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Islam yang membolehkan anda melakukan transaksi perbankan melalui Internet.

Anda boleh melakukan transaksi perbankan anda pada bila-bila masa, di mana sahaja di dunia dengan akses Internet dan mudah diakses melalui peranti mudah alih, tablet dan desktop anda. Perbankan Internet Bank Islam beroperasi 24 jam sehari.

Kelebihan Online Banking Bank Islam

Anda perlu mendaftar untuk nikmati semua perkhidmatan dan kemudahan perbankan ini:

Dapatkan kemas kini, perincian dan penyata di semua akaun anda melalui:

  • Ringkasan akaun
  • E-penyata
  • Periksa Pengurusan
  • Sejarah Transaksi Perbankan Internet

Deposit & Pelaburan Berjangka

  • Pengeluaran Deposit Jangka Masa & Pelaburan

Buat pemindahan dana

  • Pemindahan dana daripada Bank Islam ke akaun sendiri atau akaun pihak ketiga
  • Pemindahan dana ke bank lain melalui IBG dan DuitNow
  • Penyelenggaraan Pemindahan Dana Masa Depan atau Akaun Kegemaran

Buat pembayaran

  • Ke Kad-i Bank Islam sendiri
  • Untuk pembiayaan sendiri
  • Pengisian Prabayar
  • Buka atau daftar bil
  • Buka JomPAY atau bil berdaftar
  • Debit Auto
  • Pembentangan Bil
  • E-Sadaqah / Wakaf
  • Penyelenggaraan Pembayaran Bil Kegemaran atau JomPAY

Tetapan

  • Kemas kini profil
  • Tukar alamat
  • Tukar kata laluan
  • Ubah soalan dan jawapan rahsia
  • Penyelenggaraan perkataan dan imej peribadi
  • Penyelenggaraan had transaksi
  • Pembatalan Kad ATM
  • Permintaan Penyataan

Syarat Pendaftaran Online Banking Bank Islam

Dibawah merupakan beberapa syarat yang mesti dipenuhi sebelum boleh memdaftar online banking Bank Islam

  • Mesti berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki Akaun Semasa atau Simpanan Individu; atau
  • Memiliki Akaun Pemilik Tunggal;
  • Memiliki ATM / Kad Debit Bank Islam;
  • Memiliki PIN ATM.

Cara Daftar Online Banking Bank Islam

Berikut adalah langkah untuk daftar online banking bank islam:

  1. Pergi ke lama web Bank Islam dengan melayari https://www.bankislam.biz/
  2. Selepas berada di laman tersebut, klik pada FIRST TIME USER
  1. Kemudian anda akan dibawa ke lama seterusnya yang dimana terma dan syarat tertera pada ruangan Terms & Conditions. Fahami terma dan syarat, sekiranya bersetuju tandakan pada kotak di sebelah kenyataan tersebut. Klik butang Continue
  1. Seterusnya, masukkan 16 digit nombor pada kad ATM/debit anda di ruangan ATM Card / Debit Card No dan masukkan nombor PIN kad ATM/debit di ruangan ATM PIN. Klik butang Continue
  1. Di laman seterusnya, anda perlu mengisi maklumat diri.
  1. Masukkan nama penuh anda di ruangan Customer Name
  2. Tanpa tanda sempang “-“ ataupun jarak, isikan nombor kad pengenalan di ruangan IC/ID
  3. Isikan sebarang username yang alphanumeric iaitu gabungan nombor, simbol dan abjad di ruangan User ID
  4. Isikan password yang alphanumeric iaitu gabungan nombor, symbol, abjad dan minimum 8 aksara di ruangan Password
  5. Anda perlu memilih password yang kuat agar sukar untuk orang lain mencerobohi akaun anda
  6. Isikan sekali lagi password anda tadi di ruangan Confirm Password
  7. Masukkan alamat emel anda di ruangan E-Mail
  8. Kemudian, isikan nombor telefon anda yang aktif di ruangan Mobile Number. Letakkan 60 pada kotak pertama dan baki nombor lain di kotak yang bersebelahan.
  1. Untuk memastikan anda boleh mengesan akaun anda, anda perlu mengisi perkataan rahsia di bahagian Private Word
  2. Sebagai satu lagi langkah keselamatan untuk mengesan akaun anda, di bahagian Select One Private Image, anda boleh memilih gambar yang anda suka.
  3. Seterusnya, di bahagian Secret Question dan Secret Answer, anda perlu memilih mana-mana 3 soalan dan isikan jawapan bagi setiap soalan. Anda mesti ingat jawapan-jawapan tersebut untuk menjawab soalan keselamatan apabila terjadi sebarang masalah terhadap akaun anda seperti lupa kata laluan.
  4. Klik butang Submit
  5. Segala maklumat yang anda telah isi akan dipaparkan semula. Anda perlu sahkan semula maklumat anda sebelum menekan butang Confirm.
  6. Anda akan menerima SMS daripada bank Islam, oleh itu sila periksa telefon bimbit/pintar anda. SMS itu untuk memaklumkan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC telah berjaya.
  7. Tahniah! Pendaftaran untuk online banking Bank Islam anda telah berjaya dan anda sudah boleh login ke akaun baru anda.

SUMBER:

Internet Banking

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online
Summary
Cara Daftar Online Banking Bank Islam
Article Name
Cara Daftar Online Banking Bank Islam
Description
Online Banking Bank Islam adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Islam yang membolehkan anda melakukan transaksi perbankan melalui Internet.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: