Now Reading
Cara Daftar, Login dan Pembelian Tiket KTMB Secara Online

Cara Daftar, Login dan Pembelian Tiket KTMB Secara Online

KTMB

KTMB ataupun Keretapi Tanah Melayu Berhad sememangnya tidak asing dengan pengguna pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang.  Selain itu juga KTMB merupakan pengangkutan awam darat yang menghubungkan utara semenanjung Malaysia ke selatan semenanjung.

Kemudahan teknologi dan rangkaian internet yang kian menyebarluas ke seluruh pelusuk tempat menyebab pihak KTMB juga tidak ketinggalan untuk menyediakan perkhidmatannya menerusi atas talian. Kemudahan ini sudah pastinya sangat membantu dalam memudahkan urusan pelanggan KTMB.

Dalam keadaan pandemic yang melanda kemudahan ini sudah pastinya mampu mengelakkan kesesakan pengguna di kaunter pembelian tiket. Untuk maklumat anda kaunter pembelian tiket KTMB sememangnya padat setiap hari.

Tambahan lagi, kegunaan KTMB ini tidak terhad kepada kawasan lembah Klang. Perjalanannya melibatkan seluruh semenanjung Malaysia dan antarabangsa seperti Thailand dan Singapura. Lihat sahaja laluannya sudah pasti pengguna keretapi ini ramai bukan?

Maka tindakan pihak KTMB menyediakan perkhidmatan atas talian pastinya membawa khabar gembira kepada penggunanya. Walaubagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar sekiranya anda sebagai pengguna tidak tahu menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jangan risau okay! kami berbesar hati untuk kongsikan dengan anda pengguna ETS, KTM Komuter ataupun KTM yang biasa tentang kaedah atau  penggunaan KTMB atas talian. Ha jadi sila baca artikel ini sehingga habis.

Daftar KTMB Secara Online

CARA DAFTAR KITS KTMB(Beli e-tiket Online di ktmb.com.my) - SemakanStatus
  • Pertama sekali pastikan ada sediakan peranti anda tak kisah la laptop, pc ataupun smartphone anda bagi tujuan pendaftaran. Tapi kalau peranti sahaja internetnya tiada anda tidak boleh lakukan pendaftaran online ini. Pertama sekali anda perlu menaip https://www.ktmb.com.my untuk menuju ke laman web tersebut.
  • Kemudian anda akan dapati portal rasmi KTMB online akan terpapar. Anda seterusnya perlu scroll ke bahagian atas portal di sebelah kanan skrin dan pilih  butang e-Ticket Log In/Register.
  • Setelah laman seterusnya berjaya terpapar, anda perlu tekan link Register New User.
  • Seterusnya anda akan dibawa ke laman untuk membuat pendaftaran akaun online di bawah bahagian User Registration.
  • Anda akan jumpa ruangan Email, anda mestilah memasukkan alamat email anda.
  • Begitu juga pada ruangan IC/Passport Number, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda atau nombor passport anda sekiranya ada dan masih aktif.
  • Seterusnya pada ruangan Username, masukkan username yang anda fikir sesuai digunakan untuk akaun anda.
  • Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Pastikan anda ingat password tersebut bagi memudahkan urusan anda akan datang.
  • Pada ruangan Confirm Password, anda perlu masukkan sekali lagi password pilihan anda pada ruang yang disediakan.
  • Anda seterusnya perlu tekan butang Register.
  • Kini Pendaftaran anda telah berjaya.

Apabila anda sudah berjaya daftar dengan KTMB online sekarang anda boleh la login ke portal tersebut.

Login KTMB Online

  • Langkah pertama adalah anda perlu pergi ke pautan rasmi KTMB Login di https://online.ktmb.com.my/Account/Login
  • Kemudian anda perlu masukkan email & password anda yang anda buat masa pendaftaran tadi. Email dan password ini akan anda guna selagi mana anda tidak membuat sebarang perubahan.
  • Setelah selesai kesemua langkah di atas ada akan berjaya login dan paparan dalam profile ktmb online anda terpapar.

Tips: Sekiranya anda terlupa password anda, klik pada butang Forget Password untuk reset semula password/katalaluan anda.

Eticket KTMB

Apabila anda telah berjaya sampai ke laman ini anda kini boleh la pilih lokasi yang anda mahu pergi dan klik butang search.

Berikut adalah peta atau map perjalanan KTMB untuk rujukan anda

KTMB

Seterusnya adalah langkah-langkah untuk membeli tiket secara online.

  • Setelah anda berjaya login dan klik butang search, anda akan berada di https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
  • Untuk membeli tiket anda boleh membuat pilihan samada untuk membeli One Way atau Return

Untuk makluman anda pilihan One Way adalah perjalanan sehala sahaja dan pilihan Return ialah perjalanan dua hala, pergi dan balik

  • Pilih Origin, kemudian pilih tempat atau stesen kita akan bertolak

Sebagai contoh jika anda mahu menaiki ETS ke Padang Besar dari Kuala Lumpur, masukkan KL Sentral dalam kotak Origin

  • Untuk Destination, ia adalah ruangan untuk tempat yang anda ingin tuju.

Sambungan kepada contoh di atas Padang Besar merupakan pilihan bagi Destination

  • Departure Date adalah pilihan tarikh bertolak manakala Return Date adalah tarikh pulang
  • Anda juga boleh membuat pilihan berapa orang dewasa dan kanak-kanak dan tekan butang Search dan tunggu sehingga selesai carian. Jika tidak fully book, tarikh yang anda inginkan akan tersenarai.
  • Kemudian pilih waktu yang kita mahukan dan jumlah tambang yang perlu dibayar akan dipaparkan
  • Kemudian klik Proceed
  • Langkah terakhir adalah membuat pembayaran online sehingga selesai.

Berikut telah kami kongsikan cara pendaftaran, login dan pembelian tiket KTMB. Diharapkan perkongsian kami memberi kemudahan dan maklumat yang berguna untuk anda!

SUMBER:

https://therohani.com/cara-daftar-ktmb/

https://www.portalmalaysia.com/ktmb/

https://www.ktmb.com.my/

error: Content is protected !!