gkp

Geran Khas Prihatin3.0 (GKP) merupakan bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang belum pernah menerima GKP1.0 dan GKP2.0. Sekiranya anda telah menerima bantuan sebelum ini, GKP tambahan akan diberikan kepada anda.

Apa Perbezaan Antara GKP Tambahan dan GKP3.0

  • GKP Tambahan merupakan inisiatif dibawah PERMAI manakala GKP 3.0 pula program di bawah PEMERKASA dan PEMERKASA+.
  • GKP tambahan merupakan peruntukan kepada semua PKS yang telah lulus pada GKP1.0 dan GKP2.0. Tetapi untuk memohon GKP3.0 anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan.
  • Jumlah bayaran GKP Tambahan adalah RM1,000 untuk negeri PKP dan RM500 untuk negeri bukan berstatus PKP. Bagi GKP 3.0, semua PKS akan menerima pembayaran sebanyak RM1,500 (berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri pada 31 Mei 2021).
  • Tarikh bayaran GKP Tambahan adalah pada 25 Mac – 31 Mac 2021 sementara tarikh bayaran GKP 3.0 akan disalurkan pada Jun 2021 (RM1000) dan Julai (RM500)

Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Jika anda tertanya-tanya berapakah jumlah bayaran untuk GKP tambahan dan GKP3.0, rujuk kotak dibawah

Layak GKP 3.0Nilai Bantuan
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0RM1,500
Lulus permohonan baharu GKP 3.0 

RM1,500

Pengumuman terkini Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, pembayaran GKP 3.0 akan dilakukan secara dua peringkat

  1. Jun 2021 = RM1000
  2. Julai 2021 = RM500

Syarat Kelayakan Untuk Mendapat GKP 3.0?

Bagi yang ingin memohon, pastikan anda memenuhi syarat dibawah

a. Belum pernah menerima GKP1.0 dan GKP2.0

b. Berstatus warganegara Malaysia; dan 

c. Mempunyai Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) seperti berikut: 

i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan 

ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan 

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut; 

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; atau 

ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan 

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Anda boleh merujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi Geran Kkhas Prihatin  untuk maklumat lanjut

Cara Daftar GKP

Berikut adalah cara-cara untuk daftar

  1. Pergi ke laman web Geran Khas Prihatin dengan melayari di https://gkp.hasil.gov.my/Account/Log masuk
  2. Anda akan diberikan paparan bahagian Log Masuk GKP. Ketika ini, anda tidak melihat butang Daftar
  1. Apa yang anda perlu lakukan ialah isikan Nombor Kad Pengenalan atau MyKad di ruangan ID Pengguna
  1. Masukkan nombor 12 digit Kad Pengenalan anda tanpa tanda sempang.
  2. Sebagai contoh sekiranya nombor kad pengenalan anda adalah 950230-13-5559, jadi  masukannya sebagai 950230135559
  3. Klik butang Semak
  4. Jika betul anda belum pernah mendaftar GPK 1.0, maka anda akan diberikan paparan yang memberitahu ralat ini
    • ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  1. Di sini anda melihat pautan Daftar Akaun dan tekan pautan tersebut.
  2. Setelah itu, isikan sekali lagi Nombor Kad Pengenalan anda
  1. Klik pada butang Cari dan akan ada paparan
    • Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
  2. Isikan Captcha seperti yang ditunjukkan dengan betul
  3. Klik pada butang Semak
  4. Pendaftaran anda selesai dan anda sudah boleh log masuk ke akaun GKP 2.0 anda.

Cara Log masuk Geran Khas Prihatin

  1. Pergi ke laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/Account/Log masuk
  2. Pastikan URL yang anda layari adalah betul and tidak tersilap dgn link htps://gpk.hasil.gov.my
  3. Kemudian, isikan ID Pengguna iaitu Nombor MyKad atau Kad Pengenalan
  1. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa tanda sempang
  2. Sebagai contoh sekiranya nombor kad pengenalan anda adalah 950230-13-5559, jadi isikan nya sebagai 950230135559
  3. Seterusnya paparan Frasa Keselamatan akan keluar.
  1. Sekiranya frasa tersebut sama dengan seperti yang telah didaftarkan, klik butang Ya. Sekiranya sebaliknya, iaitu paparan tidak sama seperti  yang didaftarkan, klik Tidak
  2. Sekiranya anda terlupa Kata Laluan, klik pada bahagian Terlupa Kata Laluan
  3. Sekiranya masih ingat, masukkan Kata Laluan anda
  1. Klik butang Log Masuk
  2. Sekiranya anda berjaya log masuk, anda akan masuk ke dalam sistem di mana anda boleh melakukan beberapa perkara seperti
    • Daftar permohonan melalui butang Daftar GKP
    • Menyemak permohonan jika anda sudah atau belum diterima.
    • Menyemak keputusan jika anda lulus atau gagal.

Masalah ketika cuba Log masuk

Pengguna kerap mengalami masalah seperti berikut ketika ingin log masuk

  1. Paparan menyatakan ralat “ID pengenalan belum didaftarkan”
    • Ini disebabkan oleh anda belum medaftar akaun anda. Sila daftar dahulu sebelum membuat permohonan.
  2. Kata Laluan salah
    • Ini pula kerana anda telah salah memasukkan kata laluan. Sekiranya begitu, tekan saja butan ‘Terlupa Kata Laluan’ dan ikut arahan seterusnya hingga selesai.

Maklumat lanjut GKP3.0

Sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan dan pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di talian Hasil Care Line (HCL) 03- 89111000.

Di talian ini anda boleh menanyakan maklumat lanjut mengenai proses log masuk GPK 2.0, permohonan baharu, kemaskini akaun dan juga semakan GPK 3.0. Anda juga boleh bertanyakan tentang masalah pengkreditan ke dalam akaun bank anda.

SUMBER:

  • https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/GKP_2.0_BM.pdf
  • https://wiser.my/permohonan-geran-khas-prihatin-2-0-kini-dibuka-jom-mohon-sekarang
  • https://www.infomalaysiakini.com/2020/11/rasmi-semakan-geran-prihatin-khas-20.html
  • https://debut.press/
  • https://kekandamemey.com/permohonan-gkp-3-0-rm1000.html

Summary
Cara Daftar dan Log Masuk GKP 3.0 (Geran Khas Prihatin)
Article Name
Cara Daftar dan Log Masuk GKP 3.0 (Geran Khas Prihatin)
Description
Geran Khas Prihatin3.0 (GKP) merupakan bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang belum pernah menerima GKP1.0 dan GKP2.0. Sekiranya anda telah menerima bantuan sebelum ini, GKP tambahan akan diberikan kepada anda.
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: