Astro Go

Astro GO adalah komplimentari untuk semua pelanggan Astro bagi menonton secara on demand saluran-saluran kegemaran mereka dengan menggunakan peranti mudah alih dan  serta komputer sahaja.

Dengan mendaftar bersama aplikasi ini anda kini boleh memilih untuk berhibur dan menonton drama atau filem dengan menggunakan smartphone, tablet atau peranti mudah alih, secara percuma khas untuk pelanggan Astro.

Dengan cara macam ni anda tak perlu lagi nak berebut remote control dan anda juga boleh menonton di mana sahaja dan yang paling penting ianya jauh lebih praktikal. Sekarang semuanya mudahkan kita lihat sahaja seperti Netflix, iFlix, Disney Hostar dan macam-macam lagi. Aplikasi yang Astro sediakan ini pun sama cuma khas kepada pelanggannya sahaja.

Alang-alang dah berkongsi tentang Astro GO ni, mari la kita ambil tahu lebih lanjut tentang kelebihan aplikasi ini termasuklah bagaimana cara daftar aplikasi tersebut dalam langkah yang mudah.

Apa yang anda perlu tahu, Astro GO ialah sebuah aplikasi mobile yang boleh diakses melalui apps mahupun laman web yang menawarkan lebih 50,000 rancangan yang boleh ditonton dimana-mana sahaja dengan mudah.

Bukan hanya drama dan filem menarik dalam negara anda juga boleh menonton drama dan filem luar serta , rancangan live hiburan dan sukan, program-program tv yang menarik, dokumentari terkini dan macam-macam lagi. Tidak perlu susah-susah anda hanya buka apps dan pilih semua sudah tersedia untuk anda tonton bila-bila masa sahaja.

Nak daftar aplikasi ini adalah PERCUMA untuk pelanggan Astro, tak kiralah pakej langganan basic atau mana-mana pakej lain sekalipun. Walau bagaimanapun, pakej dan pelanggan Njoi tak termasuk untuk menerima langganan tersebut.

Kalau anda pelanggan Astro yang melanggan saluran Astro berbayar anda boleh menghubungkan akaun anda dengan aplikasi ini untuk menonton secara on demand saluran TV yang anda telah langgan. Secara ringkas aplikasi tersebut disediakan khas hanya untuk Pelanggan Astro sahaja!

Kalau anda pengguna Astro anda patut baca ini sampai habis. Tapi kalau masih belum menggunakan Astro tak mengapa anda juga boleh baca mungkin anda bakal memiliki Astro nanti.

Anda Cuma perlu mempunyai sambungan internet sahaja untuk menonton saluran kegemaran anda. Anda boleh menonton Astro On demand secara langsung seperti apa yang dipertontonkan di TV dirumah anda. Perkara lain yang utama untuk anda sediakan adalah internet yang bersesuaian.

Cara Daftar Astro GO.

Sebelum anda mengakses saluran yang diperkenalkan, anda perlulah mendaftar masuk(Login) AstroGO terlebih dahulu. Jadi macammana cara untuk daftar supaya saya boleh menonton Astrogo terus di SmartPhone saya?

Sebelum pergi lebih lanjut, peringatan Pendaftaran adalah PERCUMA!!!

  1. Anda perlu mendaftar maklumat diri anda di aplikasi tersebut atau boleh pergi terus ke laman web mereka di astrogo.astro.com.my

Muat turun aplikasi tersebut di: Google Store dan App Store

2. Daftar dengan hanya mengklik di bahagian Don’t have an AstroID?Create Now!, anda akan dibawa ke bahagian  yang seterusnya.

3. Isi No akaun atau No Smartkad Astro serta isi no kad pengenalan anda. No IC adalah pemilik no akaun tersebut. Kemudian barulah masukkan butiran peribadi seperti yang berkaitan dan barulah anda boleh mengakses AstroGO

Selesai, mudah saja bukan?

Bilangan Peranti Yang Boleh Disambungkan.

  1. Dengan menggunakan 1 ID (No akaun atau No Smartkad), anda boleh mendaftar sehingga 4 peranti sahaja dan anda boleh menonton dengan peranti-peranti tersebut secara serentak(live).
  2. Jika anda ingin menonton filem di AstroFirst, Best & filem-filem berbayar lain yang terpilih), anda boleh menonton dengan 2 peranti sahaja pada masa yang sama.

Untuk Maklumat lanjut anda boleh layari laman web mereka di https://astrogo.astrro.com.my/ atau hubungi perkhidmatan pelanggan mereka di talian 603 9543 3838.

Kalau anda memiliki Astro dan aplikasi Astro Go anda tidak perlulah menambah langganan aplikasi yang lain. Jimat duit poket anda, faham sahajalah musim sekarang kita perlukan tontonan yang menarik dalam masa yang sama kita juga perlu bijak berbelanja. Tidak begitu?

Dengan langganan aplikasi ini tiada lagi masalah perebutan remote control terjadi. Mereka boleh tengok cerita kesukaan mereka, anda boleh tonton filem kegemaran anda dengan hanya menggunakan satu aplikasi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba!

SUMBER:

http://www.aimanabdullah.com/2019/10/cara-daftar-dan-menggunakan-astro-go.html?m=1

https://ecentral.my/cara-daftar-astro-go/#Maklumat_Lanjut

Summary
Cara Daftar Astro Go
Article Name
Cara Daftar Astro Go
Description
Astro GO adalah komplimentari untuk semua pelanggan Astro bagi menonton secara on demand saluran-saluran kegemaran mereka dengan menggunakan peranti mudah alih dan serta komputer sahaja.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: