lencana sekolah

Setelah sekian lama anak-anak telah belajar secara atas talian, akhirnya bermulalah minggu untuk mereka semua kembali ke sekolah untuk belajar bersemuka di dalam kelas. Ada mak ayah yang berusaha untuk menyempurnakan kelengkapan dan persediaan untuk anak-anak ke sekolah di mana antaranya termasuklah menyediakan baju seragam sekolah. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya amatlah remeh. Sebab itu ada ramai yang rela menghantar untuk kedai jahit tetapi pada modal yang tinggi.

Berikut adalah cara-cara untuk menampal lencana sekolah. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada yang memerlukannya pada kos yang rendah, mudah dan ringkas.

Bahan yang diperlukan :

  • Lencana sekolah
  • Gam UHU yang jenis melekit
  • Kain Kecil / sapu tangan yang dibasahkan
  • Kertas tebal / cardboard / kad manila
  • Seterika

Langkah-langkahnya :

  1. Mula-mula, letakkan kertas tebal ke dalam poket atau belakang tempat nak tampal lencana tu. Ingat untuk lapik supaya gam tak meresap ke bawah.
  2. Kemudian, letakkan gam UHU di belakang lencana. Jangan banyak sangat nanti comot merata-rata.
  3. Seterusnya, tampalkan lencana ditempat yang dikehendaki pada baju seragam sekolah.
  4. Letakkan kain basah tadi diatas lencana dan seterika atas kain sampai lencana itu melekat.
  5. Akhir sekali, keluarkan kertas keras tadi. Siap semudah begitu!

Tips penting untuk menampal lencana adalah ;

  • Pemikiran kesesuaian jenis kain pakaian dan kain lencana
  • Barang-barang yang sedia ada dan menjimatkan kos
  • Tempoh masa yang anda perlukan untuk siap tampal lencana
  • Kepakaran atau kemudahan yang memudahkan anda
  • Posisi atau kedudukan lencara yang tepat dan diperlukan
  • Kos dan tenaga yang diperlukan

Dengan langkah-langkah seperti di atas, pasti urusan anda menjadi lebih lancar dan mudah. Terdapat banyak cara tampal lencana boleh anda pilih dan aplikasikan. Pasti ada cara yang lebih senang, mudah dan sesuai untuk anda. Semoga bermanfaat.

Source:

Tagged: