hongleong connect

Hong Leong Bank telah meluncurkan perkhidmatan perbankan dalam talian yang dinamakan HongLeong Connect rentetan pandemik yang bermula pada tahun 2019. Situasi ini telah mendesak pelbagai pihak untuk mengubah cara kehidupan daripada berteraskan fizikal kepada dalam talian atau maya. Hal ini untuk mengelakkan dan membataskan perhubungan sosial antara rakyat Malaysia.

Strategi ini bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit yang mampu membawa maut lebih-lebih lagi kepada golongan yang berisiko seperti orang tua dan pesakit kronik. Perubahan perhubungan secara dalam talian telah berlaku secara besar-besaran.

Sekiranya dahulu kita hendak membeli barangan keperluan asas, menghadiri kelas di sekolah atau universiti serta mendaftarkan diri di bank atau perkhidmatan kerajaan, semuanya memerlukan perhubungan secara fizikal.

Namun kini, sekiranya hendak membeli barangan, kita hanya perlu mengakses ke platform dalam talian seperti Foodpanda atau GrabMart. Menghadiri kelas pula hanya perlu akses ke Google Classroom ataupun Zoom. Mendaftarkan diri di bank atau perkhidmatan kerajaan pula boleh mengunakan laman sesawang mahupun aplikasi yang telah direka khas untuk urusan tersebut.

Begitu juga dengan perkhidmatan bank. Segalanya kini mudah untuk dilakukan dan berada di hujung jari. Sekiranya kita ingin melakukan transaksi sama ada mengalihkan wang ke pihak ketiga mahupun membeli barangan secara dalam talian, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Kita sudah tidak perlu beratur di bank untuk melakukan urusan tersebut. Kadar efisiensi dan prestasi seseorang juga boleh ditingkatkan kerana ada beberapa perkara yang telah dipermudahkan dan senang diurus.

hongleong connect

Sekiranya anda masih belum mengetahui cara-cara untuk mendaftarkan diri bagi menggunakan HongLeong Connect, artikel ini sangat berguna kepada anda kerana saya akan memberi garis panduan bagi mendaftarkan diri sebagai penggunanya.

Daftar Pengguna HongLeong Connect

Pertama sekali, anda perlu memiliki atau mempunyai salah satu daripada 4 perkara di bawah iaitu;

  • Kad Debit
  • Kad Kredit Principal
  • Akaun Simpanan atau Semasa
  • Akaun Pinjaman
hongleong connect

Terdapat beberapa jenis Kad Debit antaranya, Kad Debit HongLeong dan Kad Debit Junior (Boleh Ditambah Nilai).

Antara kebaikan dan ciri Kad Debit HongLeong adalah berfungsi tanpa perlu memasukkan pin keselamatan debit. Hal ini berfungsi untuk transaksi yang tidak melebihi RM 250. Tetapi, sekiranya jumlah transaksi yang dilakukan sudah mencapai RM 800, anda perlu memasukkan semula pin keselamatan untuk menetapkan semula had transaksi.

Selain itu, boleh memiliki kad debit untuk melakukan transaksi di luar negara, debit secara automatic dan pembelian internet. Tetapi, perlu mengaktifkan servis ini sebelum menggunakannya kerana sejajar dengan garis panduan Bank Negara Malaysia semenjak 30 Disember 2015.

hongleong connect

Kad Debit Junior (Boleh Ditambah Nilai) sangat sesuai kepada ibu bapa yang menginginkan anaknya memegang wang mereka sendiri tanpa perlu risau berkenaan masalah keciciran wang tunai.

Antara kebaikan dan cirinya adalah lebih selamat berbanding membawa wang tunai. Malah, boleh melakukan pengeluaran wang sama ada di dalam atau luar negara. Tetapi, tidak boleh melakukan pemindahan wang kepada pihak lain.

Jenis Kad Kredit

Untuk Kad Kredit Principal, terdapat beberapa jenis merangkumi kad kredit untuk pelancongan, poin ganjaran, ‘Cash Back’ dan ‘No Frill’. Contohnya;

  • Kad Kredit Emirates (Pelancongan)
  • Kad Kredit AirAsia (Pelancongan)
  • Kad Kredit Infinite P (Pelancongan)
  • Kad Kredit Infinite (Pelancongan)
  • Kad Kredit Infinite Edisi Doktor (Pelancongan)
  • Kad Kredit GSC Gold dan Platinum (Poin Ganjaran)
  • Kad Kredit Sutera Platinum (Poin Ganjaran)
  • Kad Kredit Essential (Cash Back)
  • Kad Kredit WISE (Cash Back)
  • Kad Kredit I’m (No Frill)

Kad kredit ini digunakan bagi memperolehi ganjaran daripada pihak tertentu sekiranya berbelanja menggunakan kad kredit tersebut. Contohnya, anda akan mendapatkan ganjaran yang lumayan sekiranya menggunakan Kad KRedit AirAsia untuk kegunaan harian dan menempah tiket penerbangan AirAsia.

Selain itu, sekiranya anda memegang jawatan tertentu atau bekerja dalam bidang tertentu, anda juga boleh mendapatkan kad kredit premium. Contohnya, Kad Kredit Infinite Edisi Doktor yang boleh dimohon oleh doktor dan doktor gigi.

Akaun simpanan atau semasa boleh merangkumi beberapa jenis akaun seperti akaun gaji, simpanan, semasa, deposit tetap dan deposit selamat.

Dengan menggunakan akaun gaji, anda akan memperolehi deposit sebanyak 1.25 peratus per tahun sekiranya jumlah simpanan bulanan adalah sebanyak RM 2,000.00. Antara ciri menarik adalah pembukaan akaun secara digital sepenuhnya. Anda hanya perlu memohon melalui telefon pintar anda dengan memohon ke [email protected] dan kad akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja ke rumah anda.

Malah boleh mengakses secara dalam talian menggunakan Hong Leong Connect. Anda boleh menyemak baki akaun, sifar kos bagi menggunakan DuitNow dan IBG, pengeluaran di mesin ATM tanpa menggunakan kad dan membayar bil.

Terdapat juga beberapa pengkhususan jenis akaun lain. Contohnya, akaun simpanan terdapat beberapa pengkhususan seperti akaun simpanan junior, akaun simpanan premium dan akaun simpanan asas.

Akaun pinjaman pula merangkumi pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kedai, Skim Rumah Pertamaku dan pinjaman rumah khas. Pinjaman ini melibatkan beberapa kebaikan seperti ‘Cash Back’ sebanyak 20 peratus kadar faedah, permohonan yang pantas dalam jangka masa 48 jam dan pembayaran fleksibel sehingga 5 tahun.

Kedua, setelah anda mempunyai salah satu antara empat produk tersebut, anda perlu menyediakan maklumat terperinci berkenaan Kad Debit atau Kredit anda seperti nombor akaun dan nombor pin keselamatan kad.

hongleong connect

Ketiga, pastikan anda telah mendaftarkan nombor telefon peribadi anda di Hong Leong Bank untuk mendapatkan Kod Keselamatan (TAC) melalui mesej (SMS).

Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Debit atau Kredit dan ada kombinasi produk termasuk akaun pinjman, ID sementara akan dibekalkan.

Anda boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar anda. Caranya;

  • Muat turun aplikasi HongLeong Connect menggunakan Playstore atau Appstore
  • Selepas aplikasi siap dimuat turun, buka aplikasi HongLeong Connect
  • Pada tatapan skrin, anda akan lihat pautan ‘Register Here’
  • Sila klik pautan tersebut dan masukkan maklumat yang diperlukan
  • Pastikan anda mengingati ‘Username’ dan ‘Password’ yang anda daftarkan
  • Sekarang, anda sudah bersedia untuk mendaftar dan menggunakan Hong Leong Connect.

Sila layari www.hongleongconnect.my untuk mendaftar dan membuka akaun dalam talian melalui laman sesawang. Langkah yang perlu diikuti sama seperti langkah untuk mendaftar dengan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar anda.

Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Hong Leong Connect sama ada melalui aplikasi mahupun laman sesawang. Selamat mencuba!

SUMBER:

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/hlb-connect.html

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/loans.html

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/deposits.html

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/credit-cards.html

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/debit-cards.html

https://akaunbank.xyz/daftar-akaun-hong-leong-bank-online

Summary
Cara-cara Untuk Membuka Akaun HongLeong Connect
Article Name
Cara-cara Untuk Membuka Akaun HongLeong Connect
Description
Hong Leong Bank telah meluncurkan perkhidmatan perbankan dalam talian yang dinamakan Hong Leong Connect rentetan pandemik yang bermula pada tahun 2019. Situasi ini telah mendesak pelbagai pihak untuk mengubah cara kehidupan daripada berteraskan fizikal kepada dalam talian atau maya. Hal ini untuk mengelakkan dan membataskan perhubungan sosial antara rakyat Malaysia.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: