bSn instant transfer

BSN instant transfer atau pindahan segera BSN untuk membayar kad kredit dan pinjaman boleh anda lakukan walaupun anda menggunakan bank lain. Perkhidmatan ini boleh dilakukan di ATM.

Untuk makluman anda juga, BSN tidak menawarkan Instant Transfer BSN secara online. BSN hanya menawarkan Interbank GIRO (IBG). IBG BSN adalah di mana anda boleh buat pindahan wang kepada akaun bank lain yang tersenarai. Anda juga boleh membayar kad kredit, insurans dan pinjaman meggunakan perkhidmatan ini.

Alamak, anda bukan pelanggan BSN? Anda tidak jumpa ATM Bank anda yang berdekatan? Jangan risau. Gunakan kad MEPS anda di ATM BSN tanpa sebarang pendaftaran diperlukan.

Anda kini boleh menggunakan kad MEPS anda di mana-mana ATM BSN untuk menyelesaikan pinjaman anda. Transaksi maksimum yang dibenarkan adalah sehingga RM5,000 sehari. Anda boleh melakukan transaksi dari jam 4.00 pagi hingga 2.00 pagi.

Untuk makluman anda, BSN mengenakan caj untuk transaksi pindahan segera. Senarai bank yang dikenakan caj adalah seperti yang berikut.

  • Affin Bank (RM0.50)
  • AgroBank (RM0.50)
  • Alliance Bank (RM0.50)
  • AmBank (RM0.50)
  • Al Rajhi Bank (RM0.50)
  • Bank Islam Malaysia Bhd (RM0.50)
  • Bank Kerjasama Rakyat (RM0.50)
  • Bank Simpanan Nasional (RM0.50)
  • CIMB Bank (RM0.50)
  • Hong Leong Bank (RM0.50)
  • Kuwait Finance House (RM0.50)
  • Maybank (RM0.50)
  • Public Bank (RM0.50)
  • RHB Bank (RM0.50)
  • Citibank (RM0.50)
  • HSBC Bank (RM0.50)
  • UOB Bank (RM0.50)
  • Standard Chartered Bank (RM0.50)
  • OCBC Bank (RM0.50)
  • Bank Muamalat (RM0.50)

Cara Instant Transfer BSN Di Mesin ATM

  1. Sila ke ATM BSN atau mana-mana ATM yang terdapat logo MEPS yang menawarkan kemudahan Instant Transfer.
  2. Kemudian, masukkan kad ATM anda.
BSN Instant Transfer

3. Pilih bahasa anda sama ada Bahasa Malaysia, English atau Mandarin.

BSN Instant Transfer

4. Masukkan pula nombor pin kad BSN.

BSN Instant Transfer

5. Pilih PINDAHAN dan kemudian pilih PINDAHAN SEGERA (WANG).

BSN Instant Transfer

6. Masukkan amaun yang hendak dipindahkan ke bank pilihan anda dan pilih bank penerima.

BSN Instant Transfer

7. Masukkan no akaun penerima.

BSN Instant Transfer

8. Masukkan no rujukan urusan.

BSN Instant Transfer

9. Sila buat pengesahan dengan memastikan nama penerima dan amaun betul dan tekan sekali lagi butang TEKAN JIKA BETUL.

10. Urusan anda berjaya diproses.

Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://therohani.com/cara-instant-transfer-bsn/

https://digicentre.xyz/beza-interbank-giro-dan-instant-transfer/

Summary
Cara Lakukan BSN Instant Trasfer Secara Online Mahupun ATM
Article Name
Cara Lakukan BSN Instant Trasfer Secara Online Mahupun ATM
Description
BSN instant transfer atau pindahan segera BSN untuk membayar kad kredit dan pinjaman boleh anda lakukan walaupun anda menggunakan bank lain. Perkhidmatan ini boleh dilakukan di ATM.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: