jobsmalaysia login

JobsMalaysia login merupakan langkah penting yang anda perlu tahu dalam usaha anda untuk mencari kerja. JobsMalaysia mula dilancarkan pada tahun 2002, oleh Kementerian Sumber Manusia yang bertujuan untuk memudahkan proses menawarkan dan mencari pekerjaan.

JobsMalaysia adalah satu platform yang sistematik di mana lambakan kerja kosong dapat diakses oleh semua orang melalui platform ini, sekaligus memudahkan urusan majikan dan pekerja untuk mencari jawatan kosong yang sesuai. Jadi teruskan membaca untuk mengetahui cara menggunakan Jobsmalaysia login.

Cara Untuk Aktifkan Akaun

1. Layari di laman web JobsMalaysia http://www.jobsmalaysia.gov.my/.

2. Klik anak panah pada tab ‘Pencari Kerja’ dan pilih ‘Daftar Akaun Baru’.

3. Setelah itu masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang ‘Hantar’.

4. Klik butang ‘Pendaftaran Online’.

5. Kemudian lengkapkan profil dan maklumat anda dengan sahih.

6. Di akhir halaman, pilih Tahap Pendidikan dan Sektor Pekerjaan.

7. Setelah selesai mengisi maklumat dikehendaki, tekan butang berikut untuk halaman seterusnya.

8. Lengkapkan maklumat Pendaftaran Pencari Kerja – Jawatan Dipohon. Anda perlu mengisi maklumat untuk setiap sektor pekerjaaan yang telah anda pilih.

9. Lengkapkan maklumat tentang Maklumat Fizikal, Maklumat Akademik, Pengalaman Kerja, Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

10. Seterusnya baca pengakuan pemohon. Klik pada kotak setuju.

11. Akhirnya selesai isi di halaman tersebut. Skrin akan dipaparkan maklumat Login ID pencari kerja bersama Nombor Pin.

Cara Login JobsMalaysia

JobsMalaysia kini telah dikemaskini menjadi JobsMalaysia 2.0. Jadi, kepada mereka yang telah mempunyai akaun JobsMalaysia, baik majikan mahupun pencari kerja, anda perlu mengemaskini akaun anda bagi membolehkan anda mengakses JobsMalaysia 2.0.

Berikut adalah cara untuk login ke JobsMalaysia 2.0.

  1. Layari laman web rasmi JobsMalaysia, https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home
  2. Scroll ke bahagian atas, dan klik butang LOG MASUK
  3. Login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI BARU
  4. Klik butang LOG MASUK untuk meneruskan sesi login
  5. Masukkan ID Pengguna pada ruangan LOG MASUK KATA LALUAN
  6. Klik butang SETERUSNYA
  7. Masukkan kata laluan untuk bahagian KATA LALUAN
  8. Login anda telah berjaya dan anda akan diberi akses kepada akaun anda untuk memulakan pencarian kerja kosong sebagai Pencari Kerja.

Berikut pula adalah cara untuk login ke  JobsMalaysia versi lama

  1. Layari laman web rasmi JobsMalaysia, https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home
  2. Scroll ke bahagian atas, dan klik butang LOG MASUK
  3. Login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA
  4. Klik pilihan Pencari Kerja pada LOG MASUK SEBAGAI
  5. Pada ruangan ID PENGGUNA LAMA, masukkan ID akaun anda
  6. Klik butang SEMAK
  7. Setelah selesai ID disemak, anda akan dibawa ke proses untuk mengemas kini akaun anda supaya anda boleh untuk login ke portal JobsMalaysia 2.0

Soalan Lazim JobsMalaysia

1. Macam mana nak guna akaun lama yang dahulu?

Anda hanya perlu klik Log Masuk dan lengkapkan bahagian Pengguna JobsMalaysia Versi Lama. Seterusnya anda akan menerima satu emel pengaktifan dan anda perlu menetapkan semula kata laluan anda. Untuk maklum balas yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

2. Kalau terlupa kata laluan, apa yang perlu dilakukan?

Sekiranya situasi ini berlaku, anda boleh menetapkan semula kata laluan anda. Login ke JobsMalaysia, klik Log Masuk di Laman Utama dan Klik Login di halaman seterusnya. Anda hanya perlu klik Lupa Kata Laluan? Untuk menetapkan semula kata laluan anda. Untuk maklum balas yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

3. Bagaimanakah cara untuk memohon pekerjaan selepas mendaftar JobsMalaysia?

Anda kemudian perlu mendaftar sebagai pencari kerja, dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya anda boleh lakukan carian jawatan yang anda kehendaki dan klik butang Mohon di bahagian bawah iklan jawatan tersebut. Untuk maklum balas yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

Hubungi JobsMalaysia

Jika terdapat sebarang masalah berkaitan JobsMalaysia, anda boleh menghubungi pusat panggilan atau call centre seperti di bawah:

  • 03-8320 2713
  • 03-8320 2714
  • 03-8320 2715

SUMBER:

https://therohani.com/login-jobsmalaysia-online-portal/

http://www.spa8i.net/2019/05/cara-daftar-jobsmalaysia-online.html

Summary
Cara-Cara Menggunakan JobsMalaysia Login
Article Name
Cara-Cara Menggunakan JobsMalaysia Login
Description
JobsMalaysia login merupakan langkah penting yang anda perlu tahu dalam usaha anda untuk mencari kerja. JobsMalaysia mula dilancarkan pada tahun 2002, oleh Kementerian Sumber Manusia yang bertujuan untuk memudahkan proses menawarkan dan mencari pekerjaan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: