eoperasi

eOperasi ialah suatu laman yang digunakan oleh para guru untuk pelbagai urusan pentadbiran sehinggalah urusan peribadi. Sistem pendidikan di negara kita kian maju dan kearah transformasi yang bertaraf dunia. Bukan sekadar cekap dan efisien, bahkan mampu bergerak seiring dengan arus modenisasi yang pesat.

Sistem ini dilihat sebagai suatu strategi yang efektif. Untuk para guru yang masih belum mendaftar untuk eOperasi, kami kongsikan dahulu cara untuk mendaftar.

Cara Daftar eOperasi

Anda perlu mengisi segala butiran dengan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah ketika anda ingin log masuk, terutama sekali Nama, No. KP, No. Gaji , emel, dan menjawab soalan keselamatan. Jangan lupa jawapan kepada soalan keselamatan anda, kerana ia diperlukan ketika anda ingin menukar kata laluan.

Butiran pendaftaran akan dihantar ke-emel, dan pengguna boleh terus ke ruangan Log Masuk untuk menggunakan sistem.

Jika anda maemerlukan manual pengguna, anda boleh klik “Muat Turun Manual Pengguna” seperti gambar dibawah.

manual pengguna eoperasi

 

Cara login eOperasi KPM (Selepas daftar)

  1. Layari https://eoperasi.moe.gov.my
  2. Lihat bahagian Log Masuk sebelah kiri
  3. Masukkan Login ID
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Masukkan No Kad Pengenalan
  6. Klik Log Masuk

Jika maklumat yang dimasukkan adalah betul, anda akan berjaya untuk megakses sistem Modul Pengurusan Guru eOperasi.

Terlupa & Tukar Kata Laluan

Jangan risau, jika and terlupa kata laluan, anda boleh dapatkannya kembali. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.

  1. Layari https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan Hantar

Anda juga boleh menukar kata laluan. Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih butang Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Pengguna perlu isikan semua ruangan. Pastikan butiran yang diberikan adalah tepat dan maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan haruslah sama seperti membuat pendaftaran.

Login e-Operasi untuk semak & kemaskini Maklumat Guru

Guru perlu membuat semakan dan pengesahan Maklumat Guru dengan melihat menu di sebelah kiri.

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Pasangan
  • Maklumat Sejarah Akademik
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Sijil Kemahiran (SKM)
  • Maklumat Subjek Diajar Semasa
  • Maklumat Sejarah Ikhtisas
  • Maklumat Ikhtisas
  • Maklumat Perkhidmatan
  • Maklumat Tarikh Perkhidmatan
  • Maklumat Sejarah Perkhidmatan
  • Maklumat Sejarah Pengalaman Mengajar
  • Maklumat Elaun
  • Maklumat Kokurikulum
  • Maklumat Isytihar Harga
  • Cetakan Maklumat Keseluruhan

Jika terdapat pembetulan maklumat, sila buat kemaskini dengan memaklumkan kepada Penolong Kanan 1. Setiap guru wajib melaksanakan pengesahan data masing-masing melalui sistem e-Operasi 2020.

Login eOperasi untuk Kemaskini lain-lain (untuk Admin)

Admin dan pentadbir tertentu boleh mengakses dan mengemaskini maklumat maklumat lain seperti:

  • Maklumat Enrolmen
  1. Mengikut kelas
  2. Mengikut subjek
  3. Mengikut elektif
  • Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
  1. Permohonan
  2. Semakan
  3. Kelulusan
  4. Analisis kelulusan / pelaksanaan
  • Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)
  1. Kedudukan guru
  2. Pengisian opsyen kurang / lebih mengikut opsyen
  • Instrumen
  1. Penilaian program orientasi guru baru
  2. Penilaian seminar
  • Maklumat Subjek
  1. Analisis pemantauan
  2. Subjek Elektif
  3. MPV
  4. PAV

SUMBER:

https://therohani.com/login-eoperasi-kpm-guru/

https://www.portalmalaysia.com/eoperasi-kpm-login/

https://www.sistemguruonline.my/2017/03/manual-eoperasi-guru-yang-lengkap.html

Summary
Cara-cara login eOperasi
Article Name
Cara-cara login eOperasi
Description
eOperasi ialah suatu laman yang digunakan oleh para guru untuk pelbagai urusan pentadbiran sehinggalah urusan peribadi. Sistem Pendidikan di negara kita kian maju dan kearah transformasi yang bertaraf dunia. Bukan sekadar cekap dan efisien, bahkan mampu bergerak seiring dengan arus modenisasi yang pesat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: