contoh surat rayuan haji

Bakal haji kini boleh membuat permohonan rayuan haji bagi musim haji 1442H tahun semasa secara online melalui aplikasi THIJARI. Rayuan haji dibuka bermula 22 Disember 2021 sehingga 13 Februari 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, bakal haji tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisional dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH).

Aplikasi ini memudahkan bakal haji untuk membuat rayuan secara dalam talian dan rayuan ini terbuka kepada mereka yang layak. Pihak Tabung Haji (TH) akan perincikan siapa yang layak bergantung kepada syarat dikemukakan.

Panduan Permohonan Rayuan Haji 2021/ 1442H

Pengguna-pengguna yang memiliki akaun tabung haji kini tidak perlu lagi pergi ke kaunter pejabat atau cawangan TH untuk menguruskan rayuan mengerjakan haji kerana TH telah melancarkan THIJARI sebagai rangkaian perkhidmatan TH untuk memudahkan urusan pelanggan.

THIJARI : Daftar Akaun Dan Semakan Tabung Haji

Aplikasi Thijari diperkenalkan pada 5 Februari 2020 dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan kelab taha. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga turut mempunyai perkhidmatan berkaitan haji seperti menyemak status pendaftaran haji, memuat turun slip pendaftaran Haji serta permohonan rayuan haji.

Muat Turun/ Download Borang Rayuan Haji Terkini

Bagi yang layak untuk membuat rayuan, anda boleh memuat turun borang rayuan haji atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan Tabung Haji. Setelah anda mengisi borang dengan lengkap, serahkan borang tersebut ke kaunter-kaunter Tabung Haji berdekatan.

Contoh paparan borang dan maklumat yang terdapat di borang rayuan adalah seperti berikut :-

  1. Isi Maklumat Peribadi :
  1. Nama :
  2. No. KP :
  3. No. Akaun TH :
  4. No. Daftar Haji :
  5. No. Telefon :
  • Tujuan/ alasan rayuan: (Sila sertakan surat rayuan dan dokumen yang berkaitan).
  • Saya memahami bahawa kemampuan (istito’ah) menunaikan haji merujuk kepada kemampuan daripada segi kesihatan, kewangan, keselamatan dan terpilih dalam kuota haji. Bagi memenuhi syarat istito’ah, saya bertanggungjawab membiayai perbelanjaan sebenar mengikut kadar semasa yang ditentukan oleh pihak berkuasa. (Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan tahun 2005, 2008, 2011, 2016, 2018 dan 2019).
  • Saya dengan ini memperakui (sila tandakan X):
  1. Saya bersetuju untuk membayar sepenuhnya Bayaran Haji secara sukarela sebanyak RM22,900 tanpa Bantuan Haji oleh TH. > b) Saya memenuhi kemampuan kesihatan yang baik untuk menunaikan fardu haji.

Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses.

Syarat Sebelum Membuat Rayuan Pergi Haji

  • Pendaftaran haji telah dilakukan

Untuk membuat pendaftaran haji, baki dalam akaun Tabung haji haruslan mempunyai jumlah minima iaitu RM 1,300

  • Mempunyai simpanan minimum untuk kos pergi haji

Anda haruslah sudah mempunyai simpanan sekurang-kurang nya RM10,000 dan RM11,000 bagi menampung kos haji anda. Sila semak kos semasa di laman web rasmi Tabung Haji.

  • Telah menyediakan diri untuk pergi Haji pada tahun tersebut

Pastikan anda telah mempersiapkan diri sebelum membuat surat rayuan Haji.

  • Alasan untuk pergi Haji awal

Jika anda berhasrat untuk menunaikan haji dengan lebih awal, sertakan alasan anda semasa membuat surat rayuan.

Contoh Surat Rayuan

Rogayah binti Mokhtar

Lot 1234, Jalan Sinar

Kampung Sinar 84000 Muar

Johor

18 Disember 2015

Kepada,

Bahagian Operasi Domestik, Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M

NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR

KAD PENGENALAN: 450101-01-0100

No AKAUN TH: 12345678

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini. Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih

Yang Mengharap,

(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)

NP K/P : 450101-01-0100

Sumber:

Summary
Cara-Cara dan Contoh Surat Rayuan Haji
Article Name
Cara-Cara dan Contoh Surat Rayuan Haji
Description
Bakal haji kini boleh membuat permohonan rayuan haji bagi musim haji 1442H tahun semasa secara online melalui aplikasi THIJARI. Rayuan haji dibuka bermula 22 Disember 2021 sehingga 13 Februari 2021.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: