Cara Buat Roti Jala Yang Cantik

Cara Buat Roti Jala Yang Cantik

Pelbagai cara buat roti jala yang kami akan kongsi kepada anda. Roti Jala merupakan salah satu makanan popular di Malaysia. Ia sangat digemari oleh seluruh rakyat Malaysia dari golongan kanak-kanak sehingga lah dewasa. Tidak  terkecuali jugak kepada pelancong-pelancong dari luar negara. Juadah ini menjadi kegemaran kepada lapasan masyarakat kerana ia merupakan makanan yang simple dan tidak terlalu berat. Rati jala ini juga sering dimakan bersama kari ayam atau daging. Namun pada zaman milliner ini, ia telah dimakan bersama dengan coklat, kaya dan bermacam lagi. Mengikut kegemaran masing-masing.

Roti Jala Bunga Rose

Bahan – bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan (santan pekat + air)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Pewarna Makanan

Cara- cara :

  1. Masukan kesemua bahan kecuali pewarna makanan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga semua bahan menjadi halus dan sekata.
  2. Masukan bancuhan ke dalam beberapa bekas untuk diwarnakan.
  3. Masukan pewarna mengikut pilihan warna roti jala yang diinginkan.
  4. Seterusnya, masukan bancuhan ke dalam bekas acuan roti jala dan ikut corak seperti gambar ini.
  5. Kemudian gulung roti tersebut sehingga membentuk seperti bunga mawar. (bancuhan ini tidak melekat dikuali dan senang diangkat apabila ia masak. tetapi, boleh sapu dengan minyak masak jika ia melekat)

Resepi Roti Jala Warna Warni semulajadi

Cara mendapatkan pewarna secara semulajadi:

Warna Kuning
Boleh masukkan sahaja serbuk kunyit. Kuantitinya ikut suka hati . Namun jangan banyak sangat, nanti roti jala yang kita buat rasa kunyit. Biar seimbang dengan bancuhan.

Warna Hijau Pandan
Kisar daun pandan (lebih kurang lima belas helai) bersama dengan air. Seterusnya, tapis dan ambil airnya sahaja.

 Warna Merah
Blender buah naga dengan cara yang sama macam warna pandan kat atas.

Warna Biru
Rendamkan bunga telang dalam air panas dan tunggu sampai air bertukar menjadi warna biru, kemudian tapis airnya. Jika menggunakan bunga telang yang segar, buang bahagian yang berwarna hijau di bawah bunga tersebut, supaya nant itidak akan rasa pahit. Tetapi, jika menggunakan bunga telang yang sudah kering tiada masalah, anda boleh terus rendam sahaja.

Resepi Roti Jala Paling Mudah Sukatan Cawan

cara buat roti jala

 Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 3 cawan air termasuk air berpewarna
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega cair
  • Setengah sudu teh garam

Cara-cara:

  1. kisar semua bahan dan tepung perlu diayak dahulu sebelum di kisar.
  2. Panaskan kuali non stick atau kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat.
  3. Masukkan adunan roti jala yang dikisar tadi ke dalam acuan roti.
  4. Bentukkan roti jala atas kuali tadi dan buat roti jala ala-ala tikar.
  1. Tak perlu terbalikkan, anda boleh terus lipat roti jala elok elok atau gulung cantik cantik.
  2. Roti jala sedia dimakan bersama kuah kari, kuah durian, kuah manis, sardin, kuah kari ayam, kuah daging atau yang sewaktu dengannya bagi menjadi juadah yang menyelerakan kepada ahli keluarga mahupun kepada para tetamu yang bertandang ke rumah.

 Resepi Roti Jala Warna Warni

cara buat roti jala

Bahan-bahan :

  • 1kg tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 tin air (sukat guna tin susu)
  • 4 sudu makan minyak
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna

Cara-cara :

  1. Gaul sebati atau kisar semua bahan hingga halus.
  2. Tapis dan perap sekejap.
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
  4. Tuang adunan dalam acuan roti jala, dan boleh masak seperti biasa.

 Resepi Roti Jala Sedap dan cantik

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil pewarna

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  3. Tuang adunan dalam acuan roti jala, dan boleh masak seperti biasa.

 Resipi Roti Jala Lembut dan Tak Mudah Putus

Bahan-bahan:

See Also
tiktok

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 2 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar garam
  • Pewarna kuning
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan ke dalam bekas.
  2. Kacau dengan whisk sampai sebati dan kemudian kisar.
  3. Tuang dalam acuan roti jala.
  4. Biarkan dalam 10 minit, kemudian boleh masak seperti biasa.

Roti jala sangat enak jika dicicah bersama kari ayam. Ada juga yang suka jika digandingkan dengan kuah pandan, serawa durian, coklat dan bermacam lagi. Namun, terserah kepada selera anda bak kata pepatah “tepuk dada tanya selera”

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba!

Sumber:

http://malaykitchen.my/roti-jala-bunga-rose-sedap-lembut-sukatan-cawan/

http://cararesepi.blogspot.com/2019/02/resepi-roti-jala-pandan-sukatan-cawan-cara-buat-mudah-simple-warna-warni.html

https://blogmalaysia.com/resepi-roti-jala/

error: Content is protected !!