Now Reading
Cara Buat Cendol Yang Sedap Dan Mudah

Cara Buat Cendol Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Cendol Yang Sedap Dan Mudah

Cendol adalah sejenis minuman pencuci mulut yang dimakan bersama gula merah dan santan. Cara buat cendol yang paling asas adalah tepung beras yang dicampur dengan air dan mendapan kapur sirih. Minuman pencuci mulut ini sangat sesuai diminum ketika cuaca panas ataupun waktu tengah hari, untuk melegakan tekak.

Selain itu, minuman pencuci mulut ini juga banyak dijual oleh peniaga-peniaga ketika bulan puasa di bazar ramadan. Sememangnya cendol sangat sedap diminum pada bila-bila masa sahaja.

Resepi 1 (Cendol)

Bahan Air Gula Merah:

  • Gula melaka 200 gm
  • Gula merah 2 sudu besar
  • Daun pandan 2 helai
  • Air 1 cawan

Bahan Air Santan:

  • Santan 200 ml
  • Air 1 cawan
  • Daun pandan 1 helai
  • Garam 1/4 sudu kecil

Bahan Sampingan

  • Cendol segera
  • Kacang merah
  • Jagung manis
  • Ais batu secukupnya – kisar

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk dengan api sederhana dan larutkan gula melaka, gula merah, dan daun pandan.
  2. Untuk membuat air santan, pansakan periuk dengan api sederhana kemudian masukkan santan, daun pandan, dan garam ke dalam periuk.
  3. Kacau sehingga mendidih dan ketepikan sehingga sejuk.
  4. Untuk membuat cendol, ais batu perlu dikisar terlebih dahulu dengan menggunakan pengisar ais.
  5. Masukkan ais yang telah hancur ke dalam mangkuk, dan tuangkan dengan air santan dan air gula merah.
  6. Tambahkan cendol, jagung, dan kacang.
  7. Cendol siap untuk dihidang!

Resepi 2 (Cendol)

Bahan-bahan:

  • Cendol yang telah dicuci dan di toskan 1 cawan
  • Gula melaka 1/2 hiris
  • Santan segar 1 cawan
  • Garam secukupnya
  • Daun pandan 1 helai
  • Air secukupnya
  • Ketulan/ais sagat

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak gula melaka bersama air sehingga larut dan campurkan daun pandan untuk aroma yang wangi.
  2. Santan juga perlu dimasak bersama setengah cawan air dan setengah cawan santan. Kemudian campurkan secubit garam dan kacau sehingga mendidih.
  3. Biarkan air gula melaka dan air santan sejuk dahulu.
  4. Setelah itu, masukkan ais kisar ke dalam mangkuk, dan campurkan air gula dan air santan.
  5. Terakhir sekali, tambahkan pulut, kacang merah, jagung, atau durian ke atas cendol tadi. Siap!

Resepi 3 (Cendol)

Bahan cendol:

Bahan santan:

  • Santan pekat 1/2 cawan
  • Air panas 1/3 cawan
  • Sedikit garam

Bahan air gula:

  • Gula melaka 1 keping
  • Gula merah 1 cawan
  • Daun pandan

Cara-cara penyediaan:

See Also

  1. Daun pandan perlu dikisar terlebih dahulu bersama air, kemudian tapiskan.
  2. Tuangkan air daun pandan tadi ke dalam periuk, kemudian masukkan tepung beras dan tepung jagung dan kacau rata.
  3. Air kapur dan pewarna makanan hijau dimasukkan setelah itu, kemudian buka api dan kacau rata.
  4. Masak cendol dengan api sederhana dan kacau sehingga ia likat dan kental.
  5. Isikan bancuhan cendol ke dalam acuan untuk membentuk cendol.
  6. Setelah itu, masak air gula dan air santan di periuk yang berbeza sehingga larut dan pekat dna kacau sebati.
  7. Masukkan ais batu yang dikisar, gula merah, santan, dan cendol ke dalam mangkuk. Siap!

Dengan resepi ini, anda bolehlah mencuba membuat cendol sendiri di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Bahan-bahan dan cara menyediakannya juga sangat ringkas dan mudah.  Cendol yang dimasak sendiri pastinya lebih sedap dan menepati cita rasa anda. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.qaseyhoney.com/2019/05/resepi-cendol-yang-sedap-dan-mudah.html

https://cookpad.com/my/recipes/8705886-cendol-santan-gula-melaka-maratonraya-minuman-minggu2

https://www.infoawam.com/2020/12/resepi-cendol-gula-melaka-mudah-dan.html

error: Content is protected !!