Cara Buat Ais Krim Versi Sihat
Walaupun ais krim mudah dibeli di kedai, namun apa kata kita sediakannya sendiri di rumah?

Dapat makan ais krim terutama ketika musim panas pastinya satu adalah satu nikmat. Dengan pelbagai perisa, jenama dan hiasan atas yang boleh didapati di kedai, ais krim menjadi antara makanan kegemaran semua orang yang gemarkan makanan sejuk. Kanak-kanak, remaja mahupun dewasa semuanya menyukainya kecuali mereka yang mempunyai masalah gigi yang sensitif terhadap makanan sejuk.

Jom lihat beberapa cara buat ais krim versi sihat.

1. Gantikan hiasan atas yang tidak sihat dengan pilihan lain seperti buah-buahan, kacang dan madu.

2. Gunakan susu atau santan rendah lemak yang boleh dijumpai di kedai runcit bagi mengurangkan kadar kalori dalam keseluruhan resipi ais krim anda.

3. Kurangkan bahan-bahan dengan kandungan gula atau garam yang tinggi sekiranya boleh seperti penggunaan susu pekat, susu, gula, keju dan sebagainya.

4. “Bereksperimen” dengan bahan-bahan lebih menyihatkan yang boleh menggantikan bahan dalam resipi asal. Contohnya, serbuk koko bagi menggantikan coklat, stevia atau lakanto sebagai pengganti gula putih, pisang menggantikan krim dan lain-lain lagi.

Baiklah, mari kita cuba beberapa resipi ais krim versi sihat seperti di bawah.

1. Ais krim bersama kismis

Kismis sememangnya adalah makanan berkhasiat yang baik untuk minda serta banyak manfaat kesihatan yang lain. Jadi, tambahkan kismis ke dalam ais krim anda untuk mendapatkan ais krim versi sihat.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu segar (rendah lemak)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 biji telur
  • Segenggam badam
  • Segenggam kismis (pilihan)
  • Sedikit susu pekat (kurangkan atau tambahkan ikut cita rasa anda)
  • Coklat atau perisa lain (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Jika anda menggunakan kismis, rendamkannya dulu selama sejam sehingga ia sedikit lembut.
  2. Kemudian, sangai badam sehingga ia agak masak dan keperangan sebelum anda mengisarnya hingga halus.
  3. Satukan semua bahan tadi dan kisar semua bahan sekejap.
  4. Apabila kismis sudah hancur, ambil bancuhan dan letakkan ke dalam pemutar kek atau ‘mixer’.
  5. Putarkan semuanya sehingga gebu dalam tempoh 15 hingga 20 minit.
  6. Pukul sebiji telur bersama ovalette hingga gebu.
  7. Masukkan susu dan bahan-bahan lain.
  8. Setelah semuanya digaul dengan baik, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan di bahagian beku di peti ais.
  9. Biarkan ia mengeras buat beberapa jam dan sedia untuk dihidangkan.

2. Ais krim coklat bersama mentega kacang

Walaupun anda tidak menggunakan coklat betul dalam resipi ini, namun penggunaan serbuk koko bersama mentega kacang adalah gabungan yang menakjubkan. Jom cuba resipi ais krim ini terutama jika anda adalah penggemar coklat dan mentega kacang!

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang yang sudah mazak dan dibekukan
  • 1/2 cawan mentega kacang
  • 1/3 serbuk koko
  • 1/2 sudu ekstrak vanila
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Potong pisang dan bekukan mereka dalam peti ais.
  2. Kemudian, satukan semua bahan-bahan dalam pengisar atau pemproses makanan.
  3. Kisar hingga ia betul-betul halus.
  4. Bekukan seketika selama sejam sebelum mencedoknya dalam bentuk ais krim untuk dimakan.
  5. Anda boleh bekukan lebihannya sehingga beberapa minggu untuk hidangan seterusnya.

3. Ais krim kelapa

Ini adalah resipi ais krim yang bebas produk tenusu dan semestinya sangat sedap untuk dicuba.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/2 pemanis (gunakan stevia, lakanto atau bahan pengganti gula yang lain)
  • 1 1/2 sudu ekstrak vanila
  • Sedikit garam
  • Bahan tambahan mengikut perasa yang diingini (serbuk koko, strawberi dan sebagainya)

Cara penyediaan:

  1. Kacau semua bahan dalam satu mangkuk besar.
  2. Sekiranya anda mempunyai pembuat ais krim, anda hanya perlu memindahkan campuran tersebut dan tetapkan mesin tersebut mengikut tetapan spesifik yang ada.
  3. Jika tidak mempunyai pembuat ais krim, anda boleh bekukan campuran dalam dulang ais kiub.
  4. Kisar ais kiub beku itu menggunakan pengisar dengan tetapan laju.
  5. Ia sudah boleh dimakan terus selepas dikeluarkan daripada pengisar atau anda juga boleh sejukkannya lagi selama beberapa jam.
  6. Lebihan adunan juga boleh dibekukan dan tahan selama beberapa minggu selepas hari anda membuatnya.

Resipi-resipi di atas adalah antara resipi ais krim sihat yang ada di Internet. Jadi, sekiranya anda ingin menukar bahan-bahannya bersama bahan lain, lakukannya mengikut cita rasa anda.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.countryliving.com/uk/create/food-and-drink/how-to/a775/how-to-make-ice-cream-healthy/

https://chocolatecoveredkatie.com/healthy-ice-cream-recipes/

Resipi Aiskrim Homemade Yang Mudah, Sihat Dan Sedap

Summary
Cara Buat Ais Krim Versi Sihat
Article Name
Cara Buat Ais Krim Versi Sihat
Description
Sekarang anda sudah boleh buat ais krim versi sihat untuk mengurangkan kandungan kalori dalam resipi ais krim biasa. Jadi, jom lihat cara-caranya sekarang!
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: