Calea Zacatechichi
Calea zacatechichi telah digunakan sebagai ubat tradisional selama ribuan tahun sebagai perangsang selera makan, agen pembersih, agen penenang, julap

Calea zacatechichi telah digunakan sebagai ubat tradisional selama ribuan tahun sebagai perangsang selera makan, agen pembersih, agen penenang, julap dan juga sebagai rawatan untuk merawat cirit-birit, berak berdarah, demam, ruam kulit, kulit kepala yang bengkak, “perut sejuk” dan sakit kepala.

Kegunaan Calea Zacatechichi

Ia juga boleh digunakan sebagai rawatan:

  • Cirit-birit
  • Berak berdarah
  • Demam
  • Ruam kulit
  • Kulit kepala bengkak
  • Perut sejuk
  • Sakit kepala
  • Mimpi psikik, membantu mengingati dan meningkatkan kekuatan mimpi
  • Peningkatan mental dan tidur

Langkah berjaga-jaga & Amaran khas Calea Zacatechichi

  • Kehamilan dan penyusuan susu: Tiada maklumat yang mencukupi jika ia selamat digunakan semasa hamil atau menyusukan bayi.
  • Penggunaan alkohol / penenang: Ubat ini boleh melambatkan sistem saraf pusat. Berhati-hati pada pesakit yang menggunakan ubat penenang atau depresi CNS (termasuklah arak).
  • Alergi terhadap tanaman ‘ragweed’ atau yang berkaitan: Ini boleh menyebabkan reaksi alergi pada orang yang sensitif terhadap kumpulan tumbuhan Asteraceae / Compositae. Ia termasuklah ragweed, krisan, marigold, daisies dan banyak lagi.
  • Gangguan pernafasan: Ubat ini boleh mempengaruhi kadar pernafasan anda. Sekiranya anda mengalami gangguan pernafasan seperti asma dan COPD, anda harus menggunakannya dengan berhati-hati atau mengelakkan pengambilannya.
  • Diabetes: Ia boleh menurunkan kadar gula darah. Individu yang menghidap diabetes harus menggunakannya dengan berhati-hati, dan memerhatikan tanda-tanda gula darah rendah (hipoglikemia).
  • Gangguan kardiovaskular: Ia juga boleh menurunkan tekanan darah. Individu yang mengalami masalah jantung atau menggunakan ubat tekanan darah harus berhati-hati dengan pengambilannya.
  • Gangguan mental: Elakkan penggunaannya jika anda mengalami gangguan mental atau anda mengambil ubat psikiatri. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan seseorang berhalusinasi, mendapat gambaran yang tidak jelas dan kesan yang tidak menyenangkan.
  • Gangguan perut: Apabila disedut secara “merokok” atau diminum dalam bentuk teh, ubat ini boleh menyebabkan mual, muntah, dan jeluak.

Kesan Sampingan Calea Zacatechichi

Ubat ini mungkin tidak selamat apabila diminum atau disedut. Keselamatan penggunannya belum dinilai dalam ujian klinikal, namun terdapat laporan bahawa ia boleh menyebabkan halusinasi serta kesan buruk tambahan seperti mual dan muntah.

Kontraindikasi Calea Zacatechichi

Tiada maklumat berkenaan kontraindikasi ubat ini.

Interaksi Calea Zacatechichi

Tiada maklumat mengenai interaksi ubat ini.

Dos Calea Zacatechichi

Dos bagi suplemen apa pun memerlukan analisis menyeluruh mengenai pelbagai faktor termasuklah umur, jantina, keadaan kesihatan, DNA, dan gaya hidup anda.

Rujuk doktor anda untuk penggunaan ubat yang selamat dan dapatkan informasi yang tepat mengenainya.

Sumber:

https://vitagene.com/supplements/plants/calea-zacatechichi

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1270/calea-zacatechichi

Summary
Calea Zacatechichi : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Calea Zacatechichi : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Calea zacatechichi telah digunakan sebagai ubat tradisional selama ribuan tahun sebagai perangsang selera makan, agen pembersih, agen penenang, julap
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: