cacar
Cacar biasanya muncul 10 hingga 14 hari selepas anda dijangkiti.

Cacar adalah bintik-bintik berwarna merah muncul di muka, tangan dan lengan bawah serta di bahagian badan anda telah wujud bertahun lamanya. Selama berabad-abad, ia telah membunuh berjuta orang di seluruh dunia. Tetapi kita harus berterima kasih kepada program imunisasi global kerana penyakit berjangkit yang membunuh ini telah berjaya dihapuskan pada akhir 1970-an.

Hari ini, para saintis hanya menyimpan sejumlah kecil virus hidup cacar, di bawah kawalan ketat oleh Amerika Syarikat dan Rusia, untuk tujuan penyelidikan perubatan.

Rutin Vaksin Cacar telah dihentikan di kebanyakan negara pada tahun 1972, dan di semua negara anggota Organisasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 1986. Ramai individu dewasa yang hidup hari ini mungkin telah mendapat vaksin semasa kanak-kanak.

Jenis Cacar

Terdapat dua jenis yang biasa berlaku. Kedua-dua bentuk tersebut biasanya dikenali sebagai variola minor dan variola major.

  • Variola minor adalah sejenis Cacar kecil. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan hanya 1 peratus daripada mereka yang dijangkitinya akan mati. Walau bagaimanapun, ia jarang berlaku berbanding variola major.
  • Variola major. Telah dianggarkan bahawa sebanyak 90 peratus kes Cacar adalah dari jenis variola major. Daripada segi sejarah, Cacar ini telah membunuh 30 peratus daripada mereka yang dijangkiti.

Manakala, terdapat 2 jenis cacar yang jarang berlaku dikenali sebagai hemoragik dan malignan. Kedua-dua bentuk yang jarang berlaku ini membawa kadar kematian yang sangat tinggi.

  • Cacar hemoragik menyebabkan organ-organ menolak darah ke dalam membran dan kulit mukus.
  • Cacar malignan. Luka yang disebabkan oleh Cacar malignan pula tidak berkembang menjadi pustula atau benjolan yang penuh dengan nanah pada kulit. Sebaliknya, ia tetap lembut dan rata selama jangkitan berlangsung.

Simptom Cacar

Simptom awal Cacar biasanya muncul 10 hingga 14 hari selepas anda dijangkiti. Semasa tempoh inkubasi selama 7 hingga 17 hari, anda kelihatan dan berasa sihat serta tidak boleh menjangkiti orang lain.

Sewaktu tempoh pengeraman, akan timbul pula tanda-tanda dan simptom seperti Selesema. Ini termasuklah:

  • Demam
  • Ketidakselesaan secara keseluruhan
  • Sakit kepala
  • Keletihan yang teruk
  • Sakit belakang yang teruk
  • Muntah

Beberapa hari kemudian, bintik-bintik berwarna merah muncul di muka, tangan dan lengan bawah serta di bahagian badan anda. Dalam satu atau dua hari kemudian, kebanyakan bintik-bintik ini akan menjadi lepuhan kecil yang penuh dengan cecair yang jelas dan seterusnya menjadi nanah. Kudis mula membentuk 8 hingga 9 hari kemudian dan akhirnya hilang, lalu meninggalkan parut-parut yang mendalam.

Punca Cacar

Virus variola merupakan punca utama Cacar

Diagnosis Cacar

Sekiranya berlaku penularan Cacar pada hari ini, ramai doktor tidak akan menyedari simptom yang berlaku pada peringkat awal sehingga membolehkan penyakit itu tersebar.

Malahan, walaupun hanya terdapat satu kes yang disahkan sebagai Cacar, ia boleh dianggap sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit boleh melakukan ujian muktamad menggunakan sampel tisu yang diambil daripada salah satu luka pada kulit individu yang dijangkiti.

Rawatan Cacar

Tiada ubat untuk virus Cacar. Namun, program vaksin akan sentiasa berulang sehingga virus variola dibasmi sepenuhnya.  Individu yang dianggap berisiko untuk mendapat Cacar adalah para penyelidik yang bekerja dengan virus ini di makmal.

Sekiranya berlaku kejadian pendarahan sewaktu penularan virus Cacar, vaksinasi dapat mencegah penyakit tersebut daripada menjadi teruk dalam masa satu hingga tiga hari. Di samping itu, antibiotik juga boleh membantu mengurangkan jangkitan bakteria yang berkaitan.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/smallpox

https://medlineplus.gov/smallpox.html

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/smallpox-causes-treatment

https://en.wikipedia.org/wiki/Smallpox

Summary
Cacar (Smallpox) - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Cacar (Smallpox) - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Cacar adalah bintik-bintik berwarna merah muncul di muka, tangan dan lengan bawah serta di bahagian badan anda telah wujud bertahun lamanya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: