Bunion
Jika anda seperti orang lain, ibu jari kaki anda boleh bersandar sedikit ke arah jari kaki anda yang lain. Dari masa ke masa, pangkal ibu jari kaki boleh melonjak ke luar terhadap tulang metatarsal yang pertama, yang berada di belakangnya.

Jika anda seperti kebanyakan orang lain, kedudukan ibu jari kaki anda boleh bersandar sedikit ke arah jari kaki anda yang lain. Dari masa ke masa, pangkal ibu jari kaki boleh ditolak keluar terhadap tulang metatarsal yang pertama, yang berada betul-betul di belakangnya. Ini menyebabkan berlakunya Bunion, iaitu keadaan bengkak yang menyakitkan pada jari ibu kaki.

Masalah ini boleh terbentuk pada sendi. Di sinilah jari kaki membengkok sedikit biasanya ketika anda berjalan. Tetapi, sekiranya anda mempunyai Bunion, semua berat badan anda dipikul olehnya setiap kali anda melangkah. Ini boleh menyebabkan rasa sakit apabila anda berjalan. Memandangkan kasut anda boleh bergesel dengannya, Bunion juga boleh menyebabkan pembentukan kematu (calluses).

 

Punca Bunion

Masalah kaki biasanya bermula pada peringkat dewasa yang awal. Semakin umur kita bertambah, kaki kita membesar, masalahnya juga boleh menjadi lebih teruk.

Bunion boleh terjadi dalam keluarga. Mereka mungkin terjadi kerana satu daripada banyak masalah disebabkan oleh struktur kaki yang lemah. Kadang-kala, Bunion berkembang dengan artritis sekali. Sekiranya salah satu kaki anda lebih panjang daripada yang lain, anda boleh mendapat Bunion pada ibu jari kaki yang lebih panjang.

Selain itu, wanita dikatakan lebih cenderung untuk mendapatkannya berbanding lelaki. Ini terjadi kerana memakai kasut yang ketat – dan terutamanya kasut tumit tinggi boleh menolak tulang kaki menjadi bentuk yang tidak wajar dari semasa ke semasa.

 

Simptom Bunion

Cuba lihat pada kaki anda. Lihat di mana bahagian jari kaki anda bersambung? Sekiranya anda melihat ada benjolan dan keadaan ibu jari kaki anda mengarah ke arah yang bertentangan, anda mungkin mempunyai Bunion. Ia kadang-kadang boleh membengkak, bertukar menjadi kemerahan, berasa lembut apabila disentuh, atau juga rasa sakit. Dari masa ke masa, ia juga boleh menjadi berkilat dan berasa hangat apabila anda menyentuhnya.

Tanda-tanda dan gejala bunion termasuklah:

  • Benjolan di bahagian luar pangkal jari kaki anda
  • Bengkak, kemerahan atau rasa sakit di sekitar sendi ibu jari kaki anda
  • Belulang (corn) atau kematu (calluses) – ini sering berlaku di mana jari kaki pertama dan kedua bertindih
  • Kesakitan berterusan atau terputus-putus
  • Pergerakan jari kaki anda terhad jika artritis menjejaskan kaki

 

Faktor Risiko Bunion

Faktor-faktor ini mungkin meningkatkan risiko anda mendapat Bunion:

  • Kasut yang tidak sesuai – Orang yang memakai kasut yang terlalu ketat, terlalu sempit atau terlalu tajam lebih mudah terdedah kepada Bunion.
  • Artritis reumatoid – Mempunyai keadaan keradangan ini boleh membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada bengkak tersebut.
  • Keturunan – Kecenderungan untuk mendapat Bunion mungkin disebabkan oleh kecacatan struktur kaki yang diwarisi.

 

Rawatan Bunion

Pilihan rawatan adalah berbeza bergantung pada betapa teruknya Bunion anda dan jumlah kesakitan yang berlaku disebabkannya.

 

– Rawatan konservatif

Rawatan yang tidak memerlukan pembedahan dan boleh melegakan kesakitan dan tekanan keadaan bengkak tersebut termasuklah:

  • Gunakan lapisan, ‘taping’ atau ‘splinting’ – Gunakan pad Bunion yang tidak berubat. Doktor anda juga boleh membantu anda ‘tape’ kaki anda dalam kedudukan normal. Ini dapat mengurangkan tekanan pada bengkak berkenaan dan mengurangkan kesakitan anda.
  • Pengambilan ubat-ubatan – Acetaminophen (Tylenol, yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin IB, yang lain) atau natrium naproxen (Aleve) dapat membantu anda mengatasi kesakitan penyakit tersebut. Suntikan kortison juga mungkin membantu.
  • Alat atau barang yang diletakkan dalam kasut – Alat atau barang yang boleh membuatkan kasut menjadi empuk dapat membantu mengedarkan tekanan secara rata apabila anda menggerakkan kaki anda. Ia juga dapat mengurangkan gejala anda dan mencegah benjolan anda menjadi lebih buruk. Sokongan yang melengkung dapat memberikan kelegaan bagi sesetengah orang; manakala ada juga memerlukan preskripsi alat orthotic.
  • Menyapu ais – Menyapu ais pada Bunion selepas kaki anda bergerak terlalu lama atau jika ia mengalami keradangan boleh membantu melegakan rasa sakit dan keradangan tersebut.

 

– Pembedahan

Jika rawatan konservatif tidak memberikan kelegaan pada gejala anda, anda mungkin memerlukan pembedahan. Walau bagaimanapun, pembedahan tidak disyorkan kecuali Bunion menyebabkan anda sering berasa sakit atau mengganggu aktiviti harian anda.

Terdapat banyak prosedur pembedahan untuk Bunion, dan tiada satu teknik yang dilihat terbaik untuk setiap masalah. Prosedur pembedahan untuk bunion mungkin melibatkan:

  • Mengeluarkan tisu yang bengkak dari sekitar sendi ibu jari anda.
  • Meluruskan ibu jari anda dengan mengeluarkan sebahagian tulang.
  • Menyusun semula tulang panjang di antara bahagian belakang kaki dan ibu jari anda, untuk meluruskan sudut yang tidak normal pada ibu jari tersebut.
  • Menyatukan tulang sendi anda yang terjejas secara kekal.

Terdapat kemungkinan bahawa anda boleh berjalan kaki dengan segera selepas prosedur Bunion dibuat. Walau bagaimanapun, pemulihan penuh boleh mengambil masa selama beberapa minggu hingga beberapa bulan.

SUMBER

https://www.medicinenet.com/bunions/article.htm

https://www.healthline.com/health/bunions

Summary
Bunion (Bunions) - Punca, Simptom, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Bunion (Bunions) - Punca, Simptom, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Jika anda seperti orang lain, ibu jari kaki anda boleh bersandar sedikit ke arah jari kaki anda yang lain. Dari masa ke masa, pangkal ibu jari kaki boleh melonjak ke luar terhadap tulang metatarsal yang pertama, yang berada di belakangnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: