Bunga Cengkih

Bunga cengkih merupakan antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan. Fungsi bunga cengkih yang utama dalam masakan adalah untuk menaikkan aroma wangi yang mampu menabat selera rasa sesiapa sahaja! Bunga cengkih juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional kerana terkenal dengan kelebihan dan kebaikan semula jadi. Walaupun bentuknya nampak sahaja kecil namun bau aromanya sangat kuat.

Beberapa kajian khusus untuk mengkaji kelebihan dan kebaikan bunga cengkih terhadap kesihatan telah dijalankan. Jadi dalam artikel ini kita akan membongkar rahsia kelebihan dan kebaikan bunga cengkih. Jom baca!

1. Mengandungi nutrien penting

Dalam bunga cengkih terdapat karbohidrat, serat, mangan dan vitamin K. Wah banyak sungguh khasiat semulajadi dalam bunga cengkih.

Satu sudu teh (2 gram) bunga cengkih mengandungi:-

Kalori: 6

Karbohidrat: 1 gram

Serat: 1 gram

Mangan: 55% dari Nilai Harian (DV)

Vitamin K: 2% daripada DV

2. Boleh membantu melindungi daripada barah

Penyelidikan khusus dalam mengkaji khasiat bunga cengkih ini telah membuktikan bahawa ianya mampu melindungi diri dari penyakit barah.

Satu kajian tabung uji mendapati bahawa ekstrak bunga cengkih membantu menghentikan pertumbuhan tumor dan mendorong kematian sel pada sel barah.

Satu lagi kajian tabung uji menunjukkan hasil yang serupa, menunjukkan bahawa jumlah minyak cengkih pekat menyebabkan kematian sel pada 80% sel barah esofagus.

Rempah ini mempunyai sifat antikanser kerana terdapat Eugenol di dalamnya.

Eugenol terbukti dapat membunuh sel-sel barah serviks dalam satu kajian tabung uji yang telah dijalankan.

Kajian ini telah menggunakan ekstrak bunga cengkih dan hasil daripada kajian ini jumlah minyak dan nilai Eugenol yang sangat pekat.

Penggunaan nilai Eugenol yang tinggi mampu menjadi racun yang mana boleh menyebabkan terjadinya kerosakan hati.

3. Boleh membunuh bakteria

Bunga cengkih terbukti mempunyai sifat antimikroba. Antimikroba dapat membantu menghentikan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria berbahaya.

Minyak pati cengkih telah mencatat di mana mampu membunuh tiga jenis bakteria dalam satu kajian tabung uji. Salah satunya adalah bakteria jenis E coli. E coli selalu menjadi punca keracunan makanan.

Tambahan pula, sifat antibakteria dalam minyak pati ini mampu meningkatkan kesihatan mulut

Penyakit gusi yang berpunca oleh pertumbuhan dua jenis bakteria dapat dihentikan oleh sebatian yang telah diekstrak dari cengkih dalam satu kajian tabung uji.

Satu kajian terhadap 40 orang telah dijalankan untuk menguji keberkesanan ubat kumur herba yang terdiri daripada cengkih, kemangi dan minyak pokok teh. Mereka dikehendaki menggunakan ubat kumur itu selama 21 hari. Selepas 21, keputusan membuktikan bahawa gusi 40 orang tersebut telah menunjukkan peningkatan yang positif serta pengurangan drastik terhadap jumlah plak dan bakteria dalam mulut.

4. Boleh meningkatkan kesihatan hati

Satu kajian makmal telah membuktikan bahawa sebatian ekstrak cengkih mampu meningkatkan kesihatan hati ke arah yang lebih positif.

Eugenol sebatian mungkin sangat bermanfaat untuk hati.

Tikus makmal telah diberikan campuran yang mengandungi minyak cengkih dan Eugenol dalam satu kajian khusus.

Kedua-dua campuran ini meningkatkan fungsi hati, mengurangkan keradangan, dan mengurangkan tekanan oksidatif.

Kajian makmal yang lain menunjukkan bahawa Eugenol yang terdapat pada cengkih membantu mengurangkan kebarangkalian mendapat sirosis hati.

Namun, uji kaji mengenai kesan-kesan cengkih dan Eugenol dalam melindungi organ hati di dalam badan manusia adalah terhad.

5. Boleh membantu mengawal gula dalam darah

Satu kajian makmal telah membuktikan bahawa sebatian ekstrak cengkih mampu mengawal paras gula dalam darah.

Satu kajian mendapati bahawa ekstrak cengkih membantu meningkatkan kenaikan gula darah pada tikus dengan diabetes.

Sebatian ekstrak cengkih dan Nigerisin dalam satu kajian tabung uji telah membuktikan bahawa sebatian tersebut baik untuk sel otot manusia serta baik pada tikus yang menghidap diabetes.

Hal ini kerana, sebatian ekstrak cengkih dan Nigerisin mampu meningkatkan rembesan insulin serta meningkatkan fungsi sel yang menghasilkan insulin.

Mari lah kita bersama-sama mengubah pemakanan dengan menambah pengambilan bunga cengkih ini supaya kita mendapat khasiat dan kebaikan daripadanya.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-cloves

https://www.verywellhealth.com/the-health-benefits-of-cloves-89050https://www.verywellhealth.com/the-health-benefits-of-cloves-89050

Summary
Bunga Cengkih, Ayuh Ketahui Manfaat Kelebihannya!
Article Name
Bunga Cengkih, Ayuh Ketahui Manfaat Kelebihannya!
Description
Bunga cengkih merupakan antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan. Fungsi bunga cengkih yang utama dalam masakan adalah untuk menaikkan aroma wangi yang mampu menabat selera rasa sesiapa sahaja! Bunga cengkih juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional kerana terkenal dengan kelebihan dan kebaikan semula jadi. Walaupun bentuknya nampak sahaja kecil namun bau aromanya sangat kuat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: