bulimia
Bulimia (boo-LEE-me-uh) atau bulimia nervosa adalah gangguan makan yang boleh meragut nyawa dan serius. Individu yang mengalami bulimia mungkin binge dalam diam, makan dengan jumlah makanan yang banyak tanpa kawalan

Bulimia atau bulimia nervosa adalah gangguan makan yang boleh meragut nyawa dan serius. Individu yang mengalami bulimia mungkin binge dalam diam, makan dengan jumlah makanan yang banyak tanpa kawalan dan kemudian memuntahnya semula, cuba untuk membuang kalori tambahan dalam cara atau kaedah yang salah serta tidak sihat.

Untuk membuang kalori dan mengelakkan daripada naik berat badan, individu yang mengalami bulimia mungkin menggunakan cara yang berbeza. Contohnya, anda mungkin secara berkala memaksa diri muntah atau salah guna julap, suplemen menurunkan berat badan, diuretic atau enema selepas makan dengan banyak.

Selain itu, mereka juga mungkin menggunakan pelbagai cara lain untuk membuang kalori dan mengelakkan daripada naik berat badan seperti berpuasa, diet yang ketat atau senaman yang berlebihan.

Jika anda seorang individu dengan bulimia, anda mungkin terlalu taksub tentang berat dan bentuk badan anda. Anda mungkin mengkritik diri sendiri dengan teruk dan kasar pada kekurangan diri yang dirasakan.

Hal ini kerana ia berkait dengan imej diri dan ia bukan hanya tentang makanan. Pastinya bulimia boleh jadi sukar untuk ditangani tetapi rawatan yang efektif boleh membantu anda untuk rasa lebih baik tentang diri anda, mendapatkan dan mengamalkan corak pemakanan yang lebih sihat dan mengelakkan sebarang komplikasi serius.

Jenis Bulimia

Terdapat 2 jenis umum bulimia seperti berikut :

  • Purging – Bulimia jenis ini berlaku pada hampir semua individu yang mengalami gangguan pemakanan. Dalam bentuk ini, seseorang akan secara berkala memaksa diri mereka untuk menjolok keluar makanan atau memuntah kembali dan mengambil terlalu banyak julap, diuretik atau enema selepas tempoh binge (makan dengan banyak)
  • Non–purging – Bagi bulimia jenis ini, individu tersebut akan menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk menebus kembali waktu mereka makan dengan banyak, seperti senaman atau puasa yang berlebihan. Dalam keadaan ini, menjolok keluar makanan atau memuntahkan kembali makanan yang selalunya berlaku tidak dilakukan oleh individu ini dengan kerap.

Simptom

Jika anda peduli tentang orang yang anda sayang atau pada diri anda sendiri yang mengalami bulimia adakah anda mengetahui tanda – tanda atau simptom bulimia?

Ia sering terjadi pada individu yang bulimia untuk selalu makan dengan banyak dan memuntahkan kembali dalam diam.

Tidak seperti anoreia, individu yang mengalami bulimia mungkin tidak menurunkan berat badan yang banyak, jadi ia sukar untuk mengenalpasti apa sebenarnya yang berlaku.

Berdasarkan National Institutes of Health, anda mempunyai gangguan pemakanan ini jika anda melakukan perkara berikut sekurang – kurangnya 2 kali seminggu selama 3 bulan :

Makan dengan banyak. Anda makan dengan banyak lebih daripada biasa, melebihi rasa kenyang dalam jangka masa yang pendek. Terutama sekali jika anda makan snek atau makanan lain yang tinggi kalori. Ketika binge, anda berasa cara pemakanan anda di luar kawalan.

Anda menjolok keluar makanan. Selepas binge, anda cuba untuk mengelakkan daripada berat badan naik disebabkan oleh semua makanan yang anda ambil. Anda mungkin membuatkan diri anda muntah atau mengambil julap, diuretik, enema atau ubat – ubatan lain. Anda mungkin juga berpuasa atau melakukan senaman yang berlebihan sebagai sebahagian strategi berbahaya anda.

Jika anda mengalami bulimia, fikiran dan pandangan anda pada badan anda berubah. Pemikiran anda tentang berat badan dan bentuk badan menentukan bagaimana anda berfikir secara keseluruhannya.

Anda mungkin juga mempunyai perasaan yang sama seperti individu yang mengalami anorexia rasakan. Contohnya, bagi anda yang normal anda mungkin takut berat badan anda bertambah dan selalu mahu menurunkan berat badan. Tetapi individu bulimia sangat risaukan berat mereka seperti individu anorexia.

Ia boleh jadi sukar untuk anda ketahui daripada luaran sama ada individu tersebut mengalami bulimia. Tidak seperti individu anorexia, anda mungkin boleh mengekalkan berat badan anda pada tahap normal dengan cara makan dengan banyak dan menjolok semula makanan dalam diam.

Tetapi bagi anda yang normal, makan dengan banyak boleh jadi memalukan manakala menjolok makanan keluar sukar dilakukan kerana anda rasa bersalah ingin melakukannya.

Simptom dan tanda fizikal gangguan makanan ini adalah :

  • Berat badan yang kerap kali turun naik
  • Elektrolit yang tidak seimbang menyebabkan cardiac arrhythmia, cardiac arrest atau kematian yang mengejut
  • Pembuluh darah pecah di bahagian mata
  • Kelenjar yang membesar pada leher dan di bawah dagu
  • Kecedaraan oral seperti luka, melecet di lapisan mulut atau tekak disebabkan oleh muntah yang berulang kali
  • Dehidrasi kronik
  • Keradangan pada esophagus
  • Refluks gastrik kronik selepas makan atau ulser peptik
  • Ketidaksuburan

Punca

Punca sebenar bulimia masih tidak diketahui; ia dikatakan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya gangguan pemakanan termasuklah genetik, persekitaran, psikologi dan pengaruh budaya. Sesetengah punca utama termasuklah :

  • Perubahan hidup yang memberikan tekanan
  • Mempunyai sejarah di dera atau trauma
  • Negatif pada imej badan              
  • Keyakinan diri yang rendah
  • Pekerjaan atau aktiviti yang fokus pada penampilan atau prestasi

Faktor Risiko

Faktor risiko mengalami bulimia termasuklah:

  • Sejarah berdiet
  • Terdedah pada majalah fesyen
  • Gangguan keresahan atau kegelisahan yang sering berlaku
  • Kemahiran komunikasi yang rendah
  • Obses pada sesuatu (secara genetik)
  • Sejarah keluarga yang bulimia atau berdiet

Diagnosis

Jika doktor anda mengesyaki anda bulimia, beliau akan selalunya :

  • Bercakap dengan anda tentang tabiat makan anda, cara anda menurunkan berat badan dan simptom fizikal
  • Melakukan ujian fizikal
  • Ujian darah dan air kencing
  • Ujian untuk mengenalpasti masalah pada jantung anda (electrocardiogram)
  • Melakukan penilaian psikologi, termasuklah berbincang tentang tingkah laku anda terhadap badan dan berat badan anda

Doktor juga mungkin akan melakukan ujian tambahan bagi membantu mendapatkan kepastian diagnosis, serta menentukan punca perubatan untuk perubahan berat badan dan memeriksa apa-apa komplikasi berkaitan.

Rawatan

Rawatan utama bulimia selalunya dengan menggabungkan psikoterapi, anti depresan dan kaunseling nutrisi.

Ia membantu untuk anda dapatkan psikologi atau psikiatri yang berpengalaman dalam gangguan pemakanan. Begitu juga dengan sesi kaunseling nutrisi, sama ada pesakit akan berjumpa dengan doktor keluarga atau pakar kesihatan yang lain.

Klinik yang pakar dalam gangguan pemakanan selalunya boleh menyediakan pakar psikiatri, pakar psikoterapi dan pakar nutrisi. Kesemua pakar terapi ini akan terlibat dan bekerja bersama – sama.

– Psikoterapi dan Bulimia

Rawatan psikologi bagi bulimia mungkin melibatkan individu, keluarga dan sekumpulan psikoterapi. Tingkah laku atau terapi kognitif selalunya dipreskripkan juga.

Terapi tingkah laku akan fokuskan pada perubahan tabiat (seperti binge dan purge). Sesi selalunya tertumpu pada analisis tingkah laku dan cara merancang untuk mengubahnya dan pesakit mengikuti arahan spesifik di antara sesi.

Terapi kognitif menumpukan pada pengenalan dan cara menghadapi pandangan negatif yang mendasari tabiat yang merosakkan anda. Individu atau sekumpulan psikoterapi fokus pada pengalaman emosi dan hubungan yang menyebabkan atau mempengaruhi bulimia.

– Ubat – ubatan Bulimia

Anti depresan seperti selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) termasuklah Prozac, Zoloft, Celexa dan Lexapro. Ia merupakan kombinasi terapi psikologikal yang sekarang menjadi ubat utama bagi terapi bulimia.

Anti depresan Wellbutrin, popular disebabkan oleh risiko rendah menyebabkan berat naik dan selalunya dielakkan disebabkan ia boleh meningkatkan risiko sawan di kalangan pesakit dengan ketidaknormalan elektrolit disebabkan muntah.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bulimia/diagnosis-treatment/drc-20353621

https://americanaddictioncenters.org/bulimia-treatment/health-risk

https://www.eatingdisorderhope.com/information/bulimia

https://www.webmd.com/mental-health/eating-disorders/bulimia-nervosa/understanding-bulimia-symptoms#1

Summary
Bulimia : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Bulimia : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Bulimia atau bulimia nervosa adalah gangguan makan yang boleh meragut nyawa dan serius. Individu yang mengalami bulimia mungkin binge dalam diam, makan dengan jumlah makanan yang banyak tanpa kawalan
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: