buka akaun asb

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah dana unit amanah dengan harga tetap RM1 seunit. Setiap pelabur yang layak terhad kepada pelaburan maksimum sebanyak 200,000 unit. Terdapat pelabagai cara jika anda ingin buka akaun ASB. ASB menyediakan ruang untuk warga Bumiputera untuk menyimpan dan melabur dalam instrumen pelaburan yang berisiko rendah dalam jangka masa panjang, dengan pulangan pelaburan yang konsisten dan kompetitif.

Ia merupakan satu kaedah penyimpanan untuk jangka masa yang panjang. Anda perlu membuat bayaran bulanan selama tempoh yang anda pilih. Pada akhir tahun, anda akan diberikan dividend mengikut peratusan semasa.

Mengapa anda perlu melabur dalam ASB?

Terdapat beberapa kelebihan untuk melabur dalam ASB, yang pertama, ASB tidak mempunya yuran pendahuluan dan yuran pengurusannya adalah rendah sebanyak 0.35% jika nak dibandingkan dengan unit amanah ekuiti lain sebanyak 1.5%.

Bukan itu sahaja, anda akan mendapat pulangan yang konsisten dengan dividen sebanyak 5% hingga 14% sejak tahun 1990. Jika anda ingin memohon kemudahan overdraf, iaitu sejenis pinjaman di bank yang membolehkan anda mengeluarkan wang lebih dari baki akaun anda, anda boleh gunakan ASB anda sebagai cagaran

Cara Buka Akaun ASB Di Kaunter ASNB

Bagi membuka akaun di kaunter ASNB, anda perlu mendapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di cawangan ASNB berdekatan dan kemudian mengisi borang tersebut. Setelah mengisi borang ASNB DF tersebut, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Bawa borang yang telah diisi dengan lengkap ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB yang sah serta membawa kad pengenalan dan sejumlah wang yang ingin dilaburkan sebagai permulaan mengikut tabung unit amanan yang dipilih. Bagi setiap tabung unit amanah, jumlah pelaburan permulaan adalah berjumlah RM10 sahaja.
  2. Membawa borang yang telah diisi dengan lengkap ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB yang sah serta membawa kad pengenalan dan sejumlah wang yang ingin dilaburkan sebagai permulaan mengikut tabung unit amanan yang dipilih. Bagi setiap tabung unit amanah, jumlah pelaburan permulaan adalah berjumlah RM10 sahaja.
  3. Membawa borang yang telah diisi dengan lengkap ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB yang sah serta membawa kad pengenalan dan sejumlah wang yang ingin dilaburkan sebagai permulaan mengikut tabung unit amanan yang dipilih. Bagi setiap tabung unit amanah, jumlah pelaburan permulaan adalah berjumlah RM10 sahaja.

RM200,000 adalah had bagi setiap pelaburan iaitu bersamaan dengan 200,000 unit. Perkara di atas adalah bagi pembukaan Akaun Dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

Cara Daftar Akaun ASB Remaja/Bijak:

  1. Sebagai langkah pertama, anda perlu mendapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen ASNB yang sah. Isi borang tersebut, kemudian membuat salinan.
  2. Bersama-sama borang tersebut, sertakan kad pengenalan anak anda. Sekiranya anak anda belum mempunyai kad pengenalan, anda boleh membawa sijil kelahiran mereka. Dokumen ini perlu disertakan salinan.
  3. Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar bersama salinannya.
  4. Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  5. Ambil nombor giliran, kemudian apabila giliran anda tiba, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
  6. Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

Cara Buka Akaun ASB Di Pejabat Pos

Anda bukan sahaja dapat membuka akaun ASNB, malah anda juga dapat membuka akaun di Pejabat Pos yang berdekatan. Pejabat Pos di Malaysia merupakan ejen yang sah kepada ASNB. Oleh itu, anda boleh mendapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF di mana-mana pejabat pos di seluruh Malaysia.

Anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut setelah mendapatkan borang pendaftaran :

  1. Isi Borang Pendaftaran (ASNB DF) tersebut.
  2. Fotostat setiap helaian borang ini, dan buat juga salinan kad pengenalan anda.
  3. Bawa borang ini ke mana-mana pejabat pos yang berdekatan. Bawa sekali kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  4. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
  5. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

RM200,000 adalah had bagi setiap pelaburan iaitu bersamaan dengan 200,000 unit. Perkara di atas adalah bagi pembukaan Akaun Dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

Cara Daftar Akaun ASB Di Cawangan Bank

Selain daripada membuka akaun ASNB melalui kaunter ASNB dan di pejabat poslaju, anda juga boleh mendapatkan borang ASNB DF di mana-mana bank terpilih di Malaysia. Bank-bank ini juga merupakan ejen yang sah kepada ASNB. Bank-bank ini ialah:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB Bank
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic
  • Affin Bank
  • Bank Muamalat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Bank Islam
  • Affin Islamic

Berikut adalah cara membuka akaun ASB di Maybank. Cara ini sama sahaja dengan bank-bank lain yang disenaraikan seperti di atas.

  1. Mengunjungi mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan dan mendapatkan borang pendaftaran ASNB DF.
  2. Anda akan diberi pilihan daripada pihak bank untuk melabur menggunakan simpanan anda sendiri, ataupun membuat pinjaman daripada bank tersebut untuk membuat pelaburan, dengan syarat terdapat pembayaran yang perlu dibuat secara bulanan sekiranya anda memilih untuk membuat pinjaman.
  3. Isi borang tersebut dan buat salinan pada borang tersebut serta salinan untuk kad pengenalan anda.
  4. Bawa borang ini ke bank tersebut bersama kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  5. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
  6. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan.
  7. Wang tersebut akan dideposit dan pembukaan akaun ASB anda selesai.

Perkara di atas adalah bagi pembukaan Akaun Dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

Bolehkah Rakyat Bukan Bumiputera Melabur Dalam Akaun ASB ?

Warganegara bukan Bumiputera tidak boleh melabur dalam ASB, kecuali jika mereka menjadi warganegara Malaysia yang berketurunan Siam/Thai/Portugis/Serani, atau jika mereka seorang mualaf yang bukan Bumiputera Islam.

Jika anda tidak termasuk dalam kategori ini, anda masih boleh melabur dalam Amanah Saham Malaysia (ASM). Dana unit amanah ini mempunyai strategi pelaburan yang sama dengan ASB, tetapi ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Seperti ASB, ia dianggap sebagai pelaburan berisiko rendah dengan pulangan yang konsisten.

Walau bagaimanapun, ASM telah menyampaikan dividen yang lebih rendah daripada ASB, dan mempunyai yuran pengurusan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 1% berbanding dengan ASB iaitu 0.35%. Anda mungkin perlu menyemak dengan ejen ANSB atau memuat semula portal myASNB beberapa kali sebelum anda berjaya mendapatkan unit.

Semoga perkongsian maklumat ini bermanfaat untuk anda semua.

Sumber:

https://www.imoney.my/articles/everything-you-need-to-know-about-amanah-saham-bumiputera-asb

http://edubestari.com?cara-mi=udah-buka-akaun-asb

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.imoney.my%2Farticles%2Feverything-you-need-to-know-about-amanah-saham-bumiputera-asb&psig=AOvVaw2jSnz1dytZpNDDkqIxy92Q&ust=1621482635020000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNDQ1trr1PACFQAAAAAdAAAAABAD

Summary
Buka Akaun ASB Dengan Cara Yang Mudah
Article Name
Buka Akaun ASB Dengan Cara Yang Mudah
Description
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah dana unit amanah dengan harga tetap RM1 seunit. Setiap pelabur yang layak terhad kepada pelaburan maksimum sebanyak 200,000 unit. Terdapat pelabagai cara jika anda ingin buka akaun ASB.ASB menyediakan ruang untuk warga Bumiputera untuk menyimpan dan melabur dalam instrumen pelaburan yang berisiko rendah dalam jangka masa panjang, dengan pulangan pelaburan yang konsisten dan kompetitif.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: