buds

The Everyday Organics Infant Cream daripada BUDS sememangnya tulen dan semula jadi untuk membantu melindungi kulit bayi anda yang lembut dan halus. Krim bayi ini diperbuat daripada ekstrak daun aloevera, minyak jojoba, minyak bunga matahari dan ekstrak tumbuhan dan bunga lain.

Bahan semula jadi ini akan memastikan kulit bayi anda dicantikkan dengan baik dan tetap dilindungi sepanjang hari. Krim ini selamat digunakan oleh bayi kerana diperbuat daripada 100% bahan semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, pengawet tiruan, pewangi tiruan, dan sebarang pewarna.

Selain produk yang bebas bahan kimia, ia juga sebuah produk yang mesra alam kerana boleh terbiodegradasi iaitu dapat dilupuskan. Anda tidak perlu risau mengenai pengilang produk ini, kerana ia dikilangkan di bawah lesen Bio Harvest Cosmoceutical Laboratory Pty. Ltd, Australia. Krim bayi ini sesuai digunakan oleh bayi yang berumur dalam lingkungan 0-6 bulan.

Ciri Produk:

  • Produk organik yang diperakui oleh Ecocert
  • Bebas dari bahan kimia berbahaya
  • Selamat, Ringan dan Berkesan

 

Bahan dari Pertanian Organik:

  • 99.6% dari keseluruhan ramuan berasal dari Natural Origin.
  • 21.5% daripada keseluruhan ramuan adalah dari Pertanian Organik.
  • 99.3% ramuan tanaman berasal dari Pertanian Organik.

Cara penggunaan produk:

Manjakan bayi anda dengan menyapukan krim pada bayi sambil memberi urutan lembut untuk kelegaan dan keselesaan bayi. Urutan bayi oleh ibu bapa sangat bermanfaat dan berguna untuk bayi pra-matang. Untuk sentuhan akhir, sapukan sedikit krim pada wajah bayi anda.

Jenis Produk Penjagaan Kulit Bayi Lain:

Sabun dan syampu bayi: Pembersih dan pencuci lembutaadalah selamat untuk bayi baru lahir. Tetapi pastikan anda menggunakan sabun bayi dengan berhati-hati, kerana ia dapat mengeringkan kulit yang baru lahir.

Losyen bayi: Membantu melembapkan kulit bayi yang baru lahir. Gunakan dengan berhati-hati pada bayi baru lahir.

Petroleum jelly: Boleh digunakan untuk merawat ruam akibat penggunaan lampin. Ia memberikan kulit pelindung terhadap lampin lembap.

Salap ruam lampin: Melindungi kulit bayi yang baru lahir agar kesan lampin basah tidak merengsakan kulit bayi.

Pencuci pakaian bayi: Cari pencuci bayi yang bebas daripada minyak wangi dan pewarna. Pencuci pakaian biasa terlalu keras untuk kulit bayi yang baru lahir.

Bedak bayi: Sekiranya menggunakan bedak bayi, pastikan bedak yang digunakan bebas daripada talcum dan jangan gunakannya pada wajah dan alat kelamin bayi. Talcum atau tepung jagung dalam bedak boleh menyebabkan masalah pernafasan bayi.

Tips memilih krim bayi yang sesuai dan selamat:

  • Baca label dengan teliti. Elakkan meilih produk penjagaan kulit bayi yang mengandungi bahan seperti pewarna, wangian, dan bahan kimia kerana ia boleh merengsakan kulit dan pernafasan bayi.
  • Pilih produk penjagaan kulit bayi dengan bahan semula jadi kerana ia selamat untuk kebanyakan bayi. Walau bagaimana pun, jika anda mempunyai alahan atau asma dalam keluarga, bayi anda yang baru lahir juga mungkin sensitif terhadap bahan botani dan ramuan dalam beberapa produk.
  • Teliti label “hypoallergenic” kerana ia boleh mengelirukan. Istilah ini bermaksud bahawa produk tersebut cenderung menyebabkan reaksi alergi, tetapi ia tidak bermakna produk tersebut lebih lembut pada kulit berbanding produk lain.
  • Cari produk yang bebas phthalate dan paraben kerana ahan kimia tersebut berpotensi membahayakan bayi dan merengsakan kulit bayi.
Tagged: