bubur nasi

Bubur nasi merupakan makanan yang nampak mudah dan mengenyangkan. Berbekalkan ayam sebagai sumber protein, bubur nasi ayam sangat enak dimakan panas-panas pada waktu hujan bersama kicap manis.

Bubur nasi ayam adalah makanan yang selalu dihidangkan buat mereka yang sedang demam atau sakit, dan juga sebagai santapan untuk anak kecil. Ia juga sering dihidangkan untuk orang tua-tua yang mempunyai kesukaran untuk menguyah, kerana tekstur bubur yang lembut memudahkan mereka untuk makan. Namun begitu, orang yang sihat juga boleh menikmatinya pada bila-bila masa.

Selain itu, ia juga adalah makanan yang mengenyangkan kerana terdiri daripada sumber karbohidrat, iaitu nasi, dan juga ayam sebagai sumber protein. Ia bukan saja enak, malah ia dapat membekalkan tenaga buat sesiapa jua yang menikmatinya. Anda boleh cincangkan sedikit cili untuk menaikkan lagi rasa umphhh bubur ini.

Hanya mengambil masa 55  minit untuk dihidang, sudah semestinya bubur nasi ayam menjadi penyelamat anda ketika lapar. Anda hanya memerlukan rice cooker atau pun dapur biasa untuk menghasilkan makanan ini. Resipi bubur nasi ayam ini standing dengan bubur di Marrybrown!

Apa lagi, mari kita cuba resepi yang dokongsikan di bawah.

Jumlah peruntukan masa:

Masa untuk penyediaan bahan: 10 minit

Masa untuk memasak: 45 minit

Jumlah Masa: 55 minit

Jumlah kalori setiap hidangan: 333 kalori

Saiz hidangan untuk resipi bubur ayam ini adalah untuk 6 hidangan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan beras (400g)
  • 10 cawan air (2.4 liter)
  • 2 bahagian dada ayam (kulit dikeluarkan)
  • Garam dan lada secukup rasa
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang hijau (dihiris halus)
  • Minyak bijan
  • Sos soya

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam periuk besar, bilas beras menggunakan air sehingga bersih, kira-kira 3 hingga 4 kali, kemudian toskan.
  2. Masukkan 10 cawan air (2.4 liter) ke dalam nasi dan letakkan di atas dapur sehingga mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, angkat penutup, masukkan dada ayam. Didihkan semula.
  4. Sebaik sahaja air kembali mendidih, tambahkan garam dan lada dan kecilkan api hingga mendidih selama kira-kira 30 minit. Sekiranya bubur menjadi terlalu pekat, tambahkan 1/2 cawan air (120ml) sehingga cair dan kacaukan.
  5. Keluarkan dada ayam dari periuk dengan penyepit. Cincang dada ayam dan masukkan kembali daging ayam yang telah dicincang ke dalam periuk.
  6. Masukkan halia dan satu hingga dua sudu teh minyak bijan ke dalam bubur. Matikan api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Bubur bukanlah makanan untuk orang sakit. Kadang-kadang orang sihat juga teringin untuk menikmatinya. Jadi ini kami telah sediakan resipi mudah untuk di masak di rumah tanpa memerlukan banyak ramuan dan cara penyediaan yang susah. Anda boleh menambahkan telur rebus untuk lebih banyak protein. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Sumber:

1) https://www.rotinrice.com/top-commenter-chinese-comfort-food-and-award/

2) https://whattocooktoday.com/chicken-porridge.html

Tagged: