Mencegah Buasir
Mencegah buasir dengan mengenali konsistensi najis anda untuk mengurangkan ketidakselesaan akibat buasir dan mencegah masalah buasir yang berulang.

1. Kenali Konsistensi Najis Anda

Mencegah buasir (hemorrhoid) dengan mengenali konsistensi najis anda untuk mengurangkan ketidakselesaan akibat buasir dan mencegah masalah buasir yang berulang.

Dua masalah najis ini merupakan punca utama bagi Buasir:

  • Najis terlalu keras. Sekiranya najis anda terlalu keras, ia boleh menyebabkan sembelit, penegangan dan buasir. Cari cara untuk melembutkan najis anda jika ia kelihatan terlalu keras atau kental sehingga sukar dikeluarkan dari dubur.

  • Najis terlalu lembut. Jika najis anda terlalu lembut, ia boleh menyebabkan pengosongan yang tidak sempurna atau cirit-birit, sekaligus meningkatkan tekanan pada saluran dubur anda.

Seeloknya, najis anda haruslah tidak terlalu lembut atau tidak terlalu keras. Konsistensi najis seperti ini adalah ideal kerana ia terbentuk dengan elok dan boleh melalui dubur anda dengan lancar.

Pergerakan atau pengosongan usus biasanya perlu dilakukan sebanyak 3 kali sehari hingga 3 kali seminggu.

2. Buang air tanpa perlu meneran

Kedudukan

Mempunyai kedudukan yang betul semasa membuang air dapat membantu mengurangkan dan menyembuhkan kesakitan kerana buasir. Ia juga malah dapat mencegah peneranan buat jangka panjang. Ikuti langkah berikut:

  1. Duduk di atas tandas (bukannya mencangkung di atas tandas).
  2. Letakkan tangan anda pada paha untuk menyokong bahagian atas badan.
  3. Buka kaki anda sehingga pinggang anda dilebarkan.
  4. Bongkok ke hadapan sambil mengekalkan lengkungan ke dalam di bahagian bawah belakang anda.
  5. Sesetengah wanita mendapati bahawa kedudukan lutut lebih tinggi daripada pinggul, iaitu dengan meletakkan setiap kaki pada tisu tandas yang dibungkus dengan plastik dapat membantu mengosongkan usus. Namun, cara ini mungkin berbeza bagis setiap individu, jadi lakukan apa yang terbaik untuk tubuh anda.
  6. Lakukan teknik membuang air yang betul bagi mengosongkan usus anda dengan meminimumkan ketidakselesaan dan tidak meneran

Teknik ‘Brace and Bulge’

Teknik ‘Brace and Bulge’ adalah teknik yang paling berkesan untuk merehatkan otot dubur bagi mengurangkan kesakitan dan mencegah dari meneran ketika mengalami buasir.

Apabila anda merasakan keinginan untuk mengosongkan perut anda, lakukan teknik ini dengan cara berikut:

  1. Duduk di atas tandas dengan membongkokkan badan ke hadapan.
  2. Gunakan teknik pernafasan yang betul sewaktu berada dalam kedudukan ini. Bernafas sebanyak 4 hingga 5 kali untuk membantu melegakan otot-otot di dalam dan sekitar dubur anda.
  3. Luaskan pinggang anda dan tolak perut (perut bahagian bawah) ke hadapan. Ini akan menonjolkan perut ke hadapan dan membuka ‘sphincter’ dubur. Jika anda menarik abdomen ke dalam, ‘sphincter’ dubur akan menjadi ketat dan  memburukkan lagi masalah buasir

3. Lakukan rutin membuang air besar yang betul

Tabiat membuang air besar yang betul adalah penting untuk mencegah dan menguruskan buasir.

– Elakkan meneran

Meneran boleh meningkatkan tekanan pada urat di rektum yang menyebabkan buasir dan menangguhkan penyembuhan.

Jika usus anda tidak bergerak dalam beberapa minit, berhenti buang air. Kemudian, berdiri dan teruskan aktiviti biasa anda. Elakkan duduk atau meneran yang berpanjangan.

Penyelesaian jangka pendek bagi isu ini adalah dengan minum minuman hangat dan berjalan-jalan. Jika anda masih tidak boleh membuang air besar dengan lancar, berbincanglah dengan ahli farmasi atau pengamal kesihatan anda untuk mendapatkan bantuan.

– Ikuti perasaan anda

Anda perlu sentiasa peka mengenai keinginan anda untuk membuang air besar. Elakkan menahan dan menangguhkan keinginan untuk mengosongkan usus anda.

Apabila berasa seperti mahu membuang air besar, pergilah ke tandas dengan segera (kecuali jika menghidap inkontinensi ‘fecal’ dan mempunyai usus hipersensitif yang dibenarkan untuk menangguhkan keinginan itu).

– Jangan duduk terlalu lama

Jika usus anda masih tidak kosong dalam masa beberapa minit, teruskan aktiviti normal anda. Duduk yang berpanjangan di tandas boleh menyebabkan dan memburukkan lagi buasir.

Cadangan rutin membuang air besar

Cuba lakukan rutin membuang air besar yang normal.

  • Ambil masa yang diperlukan dan berada dalam keadaan tenang apabila membuang air besar. Jangan lakukannya secara tergesa-gesa atau menangguhkan keperluan untuk ke tandas  jika anda sibuk. Sekiranya anda tidak mempunyai rutin membuang air besar dan tidak mengosongkan usus selama 3 hari, maka ubat yang sesuai mungkin diperlukan untuk membantu masalah ini.

  • Ramalkan makanan tertentu yang menyebabkan perubahan dalam tabiat dan rutin pembuangan air besar anda. Sebagai contoh, makanan yang boleh membuatkan anda sembelit atau cirit-birit. Jika anda tahu bahawa makanan sebegini tidak sesuai dengan perut anda, ambil tindakan yang sesuai untuk mengelakkan pengambilannya.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/73938

https://www.brunet.ca/en/health/health-tips/8-tips-to-prevent-and-treat-hemorrhoids/

https://www.everydayhealth.com/news/six-easy-ways-prevent-hemorrhoids/

https://health.clevelandclinic.org/5-simple-ways-you-can-prevent-hemorrhoids/

Summary
Buang Air Besar Dengan Cara Yang Betul Boleh Mencegah Buasir
Article Name
Buang Air Besar Dengan Cara Yang Betul Boleh Mencegah Buasir
Description
Mencegah buasir dengan mengenali konsistensi najis anda untuk mengurangkan ketidakselesaan akibat buasir dan mencegah masalah buasir yang berulang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: