buah tin
Buah tin adalah sangat biasa bagi umat Islam kerana ia banyak disebutkan dalam Al-Quran.

Buah tin adalah sangat biasa bagi umat Islam kerana ia banyak disebutkan dalam Al-Quran. Dari segi ilmiah pula, ia sememangnya terbukti mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat bagi tubuh kita.

Biarpun buah tin kering boleh didapati sepanjang tahun, buah tin yang segar memiliki rasa unik dengan tekstur segar yang lebih menarik perhatian. Malah, ia juga sememangnya sejenis buah yang digemari ramai sejak zaman dahulu sehinggakan bangsa Rom purba menganggapnya sebagai buah suci.

Buah ini memiliki warna berbeza mengikut jenisnya dan kebanyakan yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk kering agar ia tidak rosak dan boleh dinikmati sepanjang tahun.

Seterusnya, ia tidak hanya bermanfaat bagi membantu dengan masalah pencernaan, namun buah tin juga menawarkan pelbagai kelebihan lain yang akan dibincangkan di bawah.

Khasiat buah tin

1. Mencegah dan mengatasi sembelit

Kandungan serat yang tinggi dalam buah tin iaitu kira-kira 5gram bagi tiga biji buah tin boleh membantu melancarkan fungsi usus dan membantu mengelakkan masalah sembelit. Ia bukan sahaja membantu usus menjadi lebih sihat, malah ia juga berguna untuk merawat masalah cirit-birit atau ketidakselesaan perut.

2. Menurunkan berat badan

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, buah tin pastinya adalah antara pilihan makanan yang baik buat anda. Selain membantu melancarkan proses penghadaman, ia juga dapat membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Ini adalah suatu perkara yang bagus kerana ia bermakna bahawa anda akan kurang mengambil makanan kerana masih berasa kenyang.

3. Membantu mencegah kanser

Kanser kolon boleh dicegah dengan kehadiran serat dalam buah tin yang merangsang penyingkiran radikal bebas dan bahan lain yang boleh menyebabkan kanser tersebut. Malah, ia juga boleh mencegah kanser payudara yang merupakan antara kanser dengan kadar kematian paling tertinggi di dunia.

4. Menguatkan tulang

Dengan kandungan kalsium, kalium dan magnesium, pengambilan buah tin sememangnya dilihat bermanfaat untuk menjaga dan menguatkan tulang. Justeru itu, kanak-kanak yang sedang membesar serta individu dengan masalah tulang digalakkan untuk mengambilnya atas tujuan ini.

5. Merawat masalah disfungsi seksual

Buah tin telah banyak digunakan untuk merawat masalah berkaitan seksual seperti kemandulan, daya tahan hubungan seksual yang lemah serta disfungsi ereksi. Ini menjadikan ia sebagai satu kaedah yang berkesan dalam meningkatkan tenaga yang diperlukan berkaitan hubungan seksual.

6. Mencegah hipertensi

Buah tin mempunyai banyak kandungan potassium dan kurang kandungan sodium yang mampu mengatasi hipertensi. Mineral potassium diperlukan untuk membantu mengawal tekanan darah. Memandangkan kita lebih mudah terdedah dengan pemakanan berasaskan kandungan garam yang boleh meningkatkan tekanan darah, pengambilannya sememangnya disyorkan.

7. Mengawal diabetes

Ekstrak dari daun pohon tin ternyata dapat meningkatkan pengeluaran insulin dalam badan. Malah, Persaturan Diabetes Amerika telah mengesyorkan pengambilan buah tin sebagai makanan berserat tinggi bagi membantu mengawal kadar gula darah pada pesakit diabetes.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.honestdocs.id/manfaat-buah-tin

SUMBER

https://www.honestdocs.id/manfaat-buah-tin

https://www.merdeka.com/jatim/8-manfaat-buah-tin-untuk-kesehatan-salah-satunya-dapat-cegah-hipertensi-kln.html

https://www.hmetro.com.my/node/32563

https://news.detik.com/berita/d-4705519/13-manfaat-buah-tin-yang-disebutkan-dalam-al-quran

https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/manfaat-buah-tin/

Summary
Article Name
Buah tin - Adakah ianya Berkhasiat Seperti Buah Segar?
Description
Buah tin adalah sangat biasa bagi umat Islam kerana banyak disebutkan dalam Al-Quran. Dari segi ilmiah, ia terbukti mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: