buah kurma
Kebiasaannya, buah kurma pasti menjadi makanan yang wajib bagi umat Islam semasa bulan puasa.

Kebiasaannya, buah kurma pasti menjadi makanan yang wajib bagi umat Islam semasa bulan puasa. Dengan rasanya yang manis serta khasiat yang ditawarkan, ia menjadi satu makanan yang “wajib” bagi waktu sahur dan waktu berbuka. Namun begitu, buah kurma boleh juga diambil pada bila-bila masa dengan tujuan berbeza.

Ia boleh dimakan begitu sahaja mahupun dijadikan sebagai jus atau bahan tambahan dalam masakan kerana rasanya yang manis dan enak.

Sekarang, jom kita lihat manfaat buah ini pada tubuh kita.

Khasiat buah kurma

1. Sumber tenaga yang baik

Buah kurma mengandungi kandungan glukosa yang tinggi dan amat baik untuk memulihkan tenaga yang hilang. Disebabkan itulah ia merupakan pilihan makanan yang baik semasa bulan puasa. Kandungan dalam kurma adalah lebih sihat berbanding mengambil minuman bertenaga dan suplemen lain kerana kandungannya bersifat semula jadi dan tidak memberi kesan sampingan yang buruk kepada badan.

2. Membantu mengawal kadar gula dalam darah

Rasa manis dalam buah ini dihasilkan melalui kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Kandungan gula secara semula ini bermanfaat untuk mengawal kadar gula dalam darah. Malah, ia juga sudah banyak digunakan sebagai pemanis semula jadi sebagai pengganti kepada gula putih biasa. Namun, sama seperti gula, pengambilannya haruslah dikawal agar tidak memberikan kesan sampingan yang buruk.

3. Meningkatkan kesihatan otak

Buah kurma dikatakan dapat membantu mengurangkan aktiviti protein beta-amyloid yang boleh membentuk plak di otak. Apabila plak terkumpul di dalam saluran darah otak, ia mungkin mengganggu komunikasi antara sel-sel otak dan seterusnya menyebabkan kematian sel otak ataupun penyakit Alzheimer.

4. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan

Buah kurma merupakan sumber serat yang baik bagi melancarkan proses pencernaan badan. Jadi, sekiranya anda mengalami sembelit atau kesukaran untuk mengeluarkan najis, ia adalah pilihan yang baik untuk mengambil buah ini.

5. Kaya dengan antioksidan

Antioksidan diperlukan untuk mengurangkan risiko bagi beberapa penyakit dan anda boleh mendapatkannya daripada buah kurma itu sendiri. Berbanding dengan jenis buah yang serupa seperti buah tin, kurma mempunyai kandungan antioksidan yang tertinggi. Ia juga boleh melindungi sel daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit.

6. Menjaga kesihatan tulang

Biasanya, kesihatan tulang selalu dikaitkan dengan pengambilan susu. Namun, buah kurma juga baik bagi tujuan yang sama kerana ia mengandungi mineral yang dapat mencegah penyakit tulang yang biasa memberi kesan kepada golongan lebih berusia seperti osteoporosis.

Sekarang, mari ketahui jenis-jenis kurma yang terkenal

1. Kurma Ajwa

Kredit: Gambar diambil daripada https://salaam.buzzkini.com/5-jenis-kurma-popular-di-malaysia-2/

Dalam agama Islam, kurma jenis ini merupakan kegemaran Nabi dan berasal dari Madinah. Ia juga adalah yang paling terkenal antara kurma yang lain kerana tekstur lembut dan rasanya yang manis. Di samping itu, ia mempunyai warna hitam yang manis dengan rasa buah yang segar.

2. Kurma Majdoul

Kredit: Gambar diambil daripada https://www.mingguanwanita.my/8-fakta-hot-tentang-kurma-manfaatnya/kurma-medjool-10_20_868277/

Kurma jenis adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam dan inilah yang menjadikannya jenis kurma paling mahal antara kurma-kurma yang lain. Ia mempunyai kulit berwarna kuning gelap hingga merah-coklat serta mempunyai rasa yang sangat manis seperti karamel.

3. Kurma Safawi

Kredit: Gambar diambil daripada https://salaam.buzzkini.com/5-jenis-kurma-popular-di-malaysia-2/

Kurma jenis ini adalah jenis kurma khas yang mana sebahagian besar jenis ini ditanam di Arab Saudi. Ia juga adalah jenis kurma yang lembut serta sedikit kering serta mempunyai persamaan dari segi rasanya dengan kurma Ajwa. Apa yang membezakan keduanya adalah kurma Safawi berbentuk lebih oblong berbanding kurma Ajwa.

4. Kurma Khodry

Kredit: Gambar diambil daripada https://www.facebook.com/watch/?v=385372302337125

Kurma jenis ini mempunyai warna yang agak terang berbanding kurma lain. Seterusnya, isinya adalah sedikit kenyal.

5. Kurma Mabroom

Kredit: Gambar daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/27/11-jenis-buah-kurma-popular-dan-paling-sedap-dijual-di-malaysia/

Kurma jenis ini adalah kurma kering dan lembut yang kebanyakannya ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi. Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat gelap. Selain itu, rasanya tidak begitu manis tetapi lebih kepada rasa yang unik dan isi yang kenyal.

6. Kurma Deglet Nour

Kredit: Gambar diambil daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/27/11-jenis-buah-kurma-popular-dan-paling-sedap-dijual-di-malaysia/

Kurma jenis ini juga dikenali sebagai kurma bertangkai serta berwarna kemerahan dan kekuningan. Ia tidak semanis dan selembab kurma Majdoul. Di samping itu, biji dalam buah kurma ini boleh dilihat sekiranya ia didekatkan dengan cahaya matahari.

SUMBER

https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2020/04/20/manfaat-kurma

https://www.vitdaily.com/8-jenis-kurma-popular-yang-mungkin-anda-pernah-makan-sebelum-ini/

https://salaam.buzzkini.com/5-jenis-kurma-popular-di-malaysia-2

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/27/11-jenis-buah-kurma-popular-dan-paling-sedap-dijual-di-malaysia

https://aafiyatlifestyle.com/8-manfaat-kurma-kepada-kesihatan-yang-perlu-anda-ketahui/

Summary
Article Name
Buah Kurma - Khasiat, Jenis dan Cara Memakannya
Description
Kebiasaannya, buah kurma pasti menjadi makanan yang wajib bagi umat Islam semasa bulan puasa. Ia juga diambil pada bila-bila masa dengan tujuan berbeza.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: