buah-buahan
Kumpulan buah-buahan terdiri daripada buah-buahan segar dan produk buah termasuklah buah-buahan kering, sejuk beku, dalam tin dan jus buah 100%.

Buah-buahan terdiri daripada buah-buahan segar dan produk buah termasuklah kering, sejuk beku, dalam tin dan jus buah 100%. Beri dan tembikai yang cenderung padat dengan nutrien merupakan sub-kumpulan penting.

Anda disyorkan untuk makan sebanyak separuh pinggan buah-buahan pada setiap hidangan.

Walau bagaimanapun, porsi buah-buahan yang perlu diambil bergantung pada umur, jantina dan tahap aktiviti yang dilakukan.

Lelaki yang sederhana aktif pada pelbagai peringkat umur dan wanita yang sederhana aktif yang berumur lingkungan 30 tahun perlu mengambil sebanyak 2 cawan buah-buaham setiap hari.

Manakala, wanita sederhana aktif yang berumur lebih 30 tahun perlu mengambil sebanyak 1/2 cawan buah-buahan.

Apakah nutrisi yang boleh dijumpai dalam kumpulan buah-buahan?

Nutrien

  • Majoriti adalah rendah lemak, garam dan kalori. Tiada buah yang mengandungi kolesterol.

  • Sumber pelbagai nutrien penting yang kurang dimakan, termasuklah kalium, serat, vitamin C dan asid folik.

  • Diet tinggi dengan kalium boleh membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat. Sumber kalium boleh didapati daripada pisang, buah prun, jus prun, pic kering an aprikotm tembikasi susu, dan oren jus.

  • Serat daripada buah-buahan boleh membantu mengrurangkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, serat juga penting untuk melancarkan sistem pencernaan anda dan mengurangkan sembelit dan divertikulosis. Makanan yang mengandungi serat boleh memberikan rasa kenyang dengan kalori yang sedikit. Buah-buahan segar memberi sumber serat yang banyak, sebaliknya, jus buah hanya mengandungi sedikit serat.

  • Vitamin C penting untuk pertumbuhan dan memperbaiki semua tisu dalam badan. Ia juga membantu menyembuhkan luka dan mengekalkan kesihtan gigi dan gusi.

  • Asid folik membantu badan membentuk sel darah merah. Wanita yang boleh hamil perlu mengambil asid folik dalam jumlah yang sepatutnya melalui makanan atau suplemen. Ini boleh mengurangkan risiko kerosakan tiub neural, spina bifida dan anencephaly sewaktu perkembangan janin.

Apakah yang terdapat dalam buah-buahan?

Malaysia dipenuhi dengan buah-buahan tropika yang ditanam secara meluas di negara ini. Bagaimanapun, buah bermusim juga diimport dan boleh didapati di kebanyakan pasaraya dan kedai buah di Malaysia.

Seperti sayur, memilih buah yang berbeza dari segi warna dan jenis boleh meningkatkan variasi nutrien dan mengawal kesihatan anda!

Pilih buah-buahan daripada kategori ini:

  • Pome seperti epal dan pir
  • Citrus seperti oren, limau mandarin, dan limau gedang
  • Buah berbiji (stone fruit) seperti aprikot, ceri, pic, dan plum
  • Buah-buahan tropika seperti pisang, rambutan, betik, mangga, nanas dan tembikai
  • Beri
  • Buah-buahan lain seperti anggur dan buah markisa

Bahayanya pengambilan buah-buahan secara berlebihan

Walaupun buah-buahan adalah sihat bagi kebanyakan individu, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang individu perlu menjauhinya.

Intoleransi

Sebagai contoh, makan buah boleh menyebabkan masalah usus dalam kalangan individu yang mempunyai masalah usus radang.

Gula dan jus buah

Kebanyakan jus buah di pasaraya bukanlah jus buah yang sebenar. Ia mengandungi air yang dicamur dengan beberapa keperkatan buah-buahan dan kuantiti gula tambahan yang banyak.

Walaupun anda mengambil jus buah 100% yang dibeli di kedai pastikan anda mengambilnya dalam jumlah yang sederhana.

Ini kerana terdapat banyak gula dalam jus buah, sama seperti minuman bergula. Selain itu, buah-buahan kering juga mempunyai kuantiti gula yang tinggi. Manakala smoothies pula berada di tengah-tengah antara jus dan buah kering.

Namun, jika anda memesin buah segar dalam pengisar, ia adalah lebih baik daripada meminum jus buah.

Sumber:

Summary
Article Name
Buah-buahan dalam kumpulan makanan
Description
Buah-buahan terdiri daripada buah-buahan segar dan produk buah termasuklah kering, sejuk beku, dalam tin dan jus buah 100%.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: