Buah Bidara
Ia merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang mudah didapati di negara Asia dan Kepulauan Pasifik seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Afrika dan India.

Buah bidara merupakan antara buah yang lama di atas muka bumi. Ia merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang mudah didapati di negara Asia dan Kepulauan Pasifik seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Afrika dan India. Berikut merupakan khasiat buah ini yang sangat baik untuk kesihatan.

1. Membantu mengatasi masalah insomnia

wanita yang belum tidur dan jam loceng

Kebiasaanya, perubatan Cina banyak menggunakan buah bidara untuk merawat masalah sukar tidur atau insomnia. Ia mengandungi sebatian flavonoid iaitu saponin dan polisakarida yang menggalakkan tidur dengan menenangkan seluruh sistem saraf.

2. Meningkatkan fungsi otak

Buah bidara melindungi dan mengelakkan kematian sel otak. Antara faktor penyakit Alzheimer dan Parkinson adalah tekanan pengoksidaan. Ekstrak air bidara mampu memberikan perlindungan kepada sel otak daripada kecederaan akibat pengoksidaan, selain membantu melindungi neuron daripada kerosakan aliran darah yang tidak cukup sampai ke otak.

3. Melegakan kebimbangan (Anxiety)

wanita sedang baring atas sofa

Kesan penggunaan buah bidara dalam perubatan merawat gangguan kebimbangan adalah sama dengan kesan ubat seperti Doxepin. Oleh itu, ia merupakan alternatif semulajadi yang selamat untuk merawat gangguan tersebut.

4. Merawat sembelit

Dalam 100 gm buah bidara, terkandung 10 gram serat. Ia membantu untuk melembutkan najis dan memudahkannya disingkirkan dari badan. Kandungan saponin dan triterpenoid membantu penyerapan nutrien dalam makanan dan melancarkan pergerakan makanan melalui usus.

5. Meningkatkan sistem imun

Terdapat kajian yang mendapati kandungan serat dalam buah bidara mampu meningkatkan penghasilan sel imun dan meneutralkan sebatian berbahaya dalam badan. Kajian terhadap haiwan pula menunjukkan ia meningkatkan sistem imun dan aktiviti antioksidan dalam badan.

6. Mengawal tekanan darah

lelaki yang ketegangan

Kaya dengan kalium dan rendah kandungan garam membolehkan badan berfungsi dengan baik dan merendahkan tekanan darah. Kalium juga mampu mengendurkan dinding pembuluh darah dan melindungi daripada kekejangan otot.

7. Kaya dengan antioksidan

Buah bidara juga mempunyai kandungan flavonoid dan vitamin C yang tinggi. Kedua-dua bahan ini merupakan bahan antioksida yang melawn radikal bebas berlebihan. Radikal bebas mampu menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung.

8. Mengatasi masalah mulut

Masalah mulut boleh berlaku akibat kurang penjagaan mulut. Masalah seperti gusi berdarah boleh diatasi dengan daun buah ini.

9. Merawat penyakit kencing manis

meter glukosa

Daun buah bidara mengandungi kandungan glikemik yang rendah. Maka ia sangat bagus diambil oleh mereka yang menghidap penyakit kencing manis tahap 1, 2 mahupun diabetis yang dihidap oleh ibu mengandung.

10. Mengatasi masalah kewanitaan

wanita dan kalendar

Masalah yang sinonim dengan kaum wanita seperti haid tidak teratur dan keputihan boleh diatasi dengan buah bidara. Pengambilannya juga mampu merawat masalah jerawat dan masalah kulit lain.

Cara Menggunakan Buah Bidara

Buah bidara bukan hanya mempunyai kegunaan pada buahnya, malah akar dan daunnya juga banyak kegunaan lain. Antaranya;

1. Pes dibuat dari akar digunakan untuk menampal bahagian sakit belakang yang menjejaskan bahagian lumbar; boleh disebabkan oleh ketegangan otot atau artritis atau kekurangan vaskular atau cakera intervertebralnya pecah (lumbago).

2. Biji dicampur minyak, diguna sebagai sapuan untuk sakit sendi

3. Boleh dimakan mentah atau dikeringkan terlebih dahulu.

4. Mengunyah daun membantu menghentikan pendarahan gusi.

Sumber

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-62/zizyphus

https://www.healthline.com/nutrition/jujube#1

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/multimedia/health-foods/sls-20076653

https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/food-news/5-amazing-benefits-of-eating-ber/articleshow/68270636.cms

Summary
Buah Bidara: 10 Khasiat dan Macam-mana Menggunakannya
Article Name
Buah Bidara: 10 Khasiat dan Macam-mana Menggunakannya
Description
Buah bidara merupakan antara buah yang lama di atas muka bumi. Ia merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang mudah didapati di negara Asia dan Kepulauan Pasifik seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Afrika dan India.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: