Botox adalah neuromodulator yang boleh disuntik yang berfungsi untuk merelakskan ketidakseimbangan otot saraf, ujar ahli dermatologi Los Angeles, Harold Lancer.
Dalam kata lain, apabila Botox disuntik pada badan akan menyebabkan otot berhenti bergerak untuk sementara. Apabila otot berhenti bergerak, kedutan anda berhenti terbentuk. Tapi adakah ia semudah itu, atau selamatkah ia?
Terapi tonik botulinum kosmetik, atau suntikan neurotoxin berfungsi membantu mengurangkan penampakkan garis halus dan kedutan dengan mengejangkan otot di bawah kulit anda.
Jenama Neurotoxin yang selalunya digunakan untuk membantu merawat garis kedutan, kedutan di hujung mata, hyperhidrosis (berpeluh berlebih – lebihan), seperti Dysport, Xeomin, Jeuveau dan paling dikenali iaitu Botox.
Anda mungkin pernah mendengar bahawa sesetengah individu menggunakannya sebelum mereka ada sebarang garis halus, bagi menghalang ia terbentuk pada awalnya.
Walaupun populariti Botox dan jenama lain berterusan dan meningkat, industri kosmetik suntikan masih tidak diketahui sama ada ia betul – betul selamat atau tidak.
Bagaimana ia berfungsi?
Botox adalah neurotoxin. Bahan – bahan ini menumpukan sistem saraf, menganggu isyarat pemprosesan saraf yang merangsang pengecutan otot. Ini adalah bagaimana botox menyebabkan kekejangan otot untuk sementara.
Untuk membuatkan otot anda mengecut, saraf akan menghantar penghantar kimia yang dipanggil acetylcholine di acetylcholine di mana hujung saraf bertemu dengan sel otot. Acetylcholine yang melekat pada reseptor sel otot dan menyebabkan sel mengecut atau memendek.
Suntikan botox menghalang pelepasan acetylcholine di mana menghentikan sel otot daripada mengecut. Dalam keadaan ini, toksin membantu otot untuk menjadi kurang tegang.
Penggunaan kosmetik
Penggunaan utama Botox adalah mengurangkan penampakan kedutan wajah. Berdasarkan American Board of Cosmetic Surgery, suntikan botox adalah prosedur kosmetik paling popular di seluruh dunia.
Pada 2016, sehingga 7 juta orang menjalani rawatan Botox. Kesannya adalah sementara, bertahan sehingga 3 – 12 bulan bergantung pada jenis rawatan. Mereka sering meminta suntikan dilakukan pada di tempat seperti berikut :
- Kedutan di antara kening (dikenali sebagai frown line, glabellar line, atau eleven)
- Kedutan di sekitar mata dikenali sebagai kedutan di hujung mata
- Lipatan melintang di dahi
- Garisan di hujung mulut
- Kulit berbatu pada dagu
Bagaimana prosedur botox dilakukan?
Mendapatkan suntikan botox mengambil masa hanya beberapa minit. Anda tidak memerlukan anesthesia. Jarum kecil digunakan untuk menyuntik botox pada otot tertentu dengan hanya ketidakselesaan kecil.
Ia selalunya mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk mendapatkan kesan sepenuhnya, adalah lebih baik untuk elakkan pengambilan arak bermula sekurang – kurangnya 1 minggu sebelum prosedur.
Anda juga mesti berhenti mengambil aspirin dan ubat anti radang selama 2 minggu sebelum rawatan untuk membantu mengelakkan bengkak.
Elakkan daripada menggosok bahagian yang disuntik untuk 24 jam jadi anda tidak menyebabkan Botox tersebar ke bahagian lain. Doktor anda juga akan memberitahu anda untuk kekal tegak untuk 4 jam selepas disuntik dan tidak bersenam untuk sehari.
Berapa lamakah suntikan botox boleh bertahan?
Kesan daripada botox akan bertahan sehingga 3 hingga 6 bulan. Dalam pada masa tindakan otot kembali, garis halus dan kedutan akan mula kelihatan dan perlu dirawat lagi.
Garis halus dan kedutan selalunya kelihatan kurang teruk dari semasa ke semasa disebabkan otot telah mengecut.
Kesan sampingan botox
Anda mungkin mengalami kesan sampingan sementara selepas mendapatkan suntikan botox. Ia termasuklah :
- Lebam. Kesan sampingan yang selalu berlaku dan akan hilang.
- Pening kepala. Ia jarang berlaku dan akan hilang dalam masa 24 hingga 48 jam.
- Kelopak mata tidak bermaya. Ia hanya berlaku pada peratus individu yang sangat sedikit dan selalunya ia hilang dalam masa 3 minggu. Ia selalunya berlaku apabila botox beralih, jadi jangan gosok di bahagian yang disuntik.
- Senyuman yang janggal atau tidak bermaya
- Mata kering atau berair dengan teruk
- Rasa sakit atau bengkak di sekitar bahagian yang disuntik
- Simptom seperti selesema atau rasa yang tidak sakit
- Sakit perut
- Kebas
- Rasa lemah di bahagian otot
Siapa yang tidak sepatutnya melakukan botox?
Individu yang mengandung, menyusu badan atau penghidap neurologikal tidak sepatutnya menggunakan botox. Disebabkan botox tidak berfungsi terhadap semua jenis kedutan, bertanyalah pada doktor anda dahulu.
Anda tidak sepatutnya mengambil suntikan botox jika anda alergik terhadap protein susu lembu.
Berhati – hati dalam memilih doktor
Botox mesti digunakan hanya di bawah pantauan doktor. Adalah sangat penting suntikan diberi dengan tepat bagi mengelakkan kesan sampingan. Terapi botox boleh jadi sangat berbahaya jika tidak dilakukan dengan betul. Dapatkan saranan daripada doktor anda atau cari doktor yang pakar dalam keadaan anda dan berpengalaman dalam melakukan rawatan dan pembedahan Botox.
Doktor yang bertauliah dan berkmahiran boleh menasihatkan anda tentang prosedur dan membantu menentukan jika ia baik dan sesuai untuk keadaan dan kesihatan anda.
Persediaan sebelum prosedur botox
Beritahu doktor jika anda pernah melakukan apa – apa suntikan botox dalam masa 4 bulan yang lalu. Beritahu juga pada doktor anda jika anda mengambil penenang otot, ubat tidur atau ubat alergik. Jika anda mengamil blood thinner, anda mungkin perlu berhenti mengambilnya dalam masa beberapa hari sebelum suntikan anda untuk mengurangkan risiko pendarahan atau lebam.
Apa yang anda boleh jangkakan
– Sebelum pembedahan
Kebanyakan individu tidak berasa selesa ketika pembedahan. Tetapi anda mungkin mahukan kulit anda dikebaskan sebelum pembedahan dilakukan, terutamanya jika tapak tangan atau tapak kaki yang hendak dirawat sangat berpeluh. Doktor anda mungkin mengunakan satu atau lebih kaedah yang ada untuk mengebaskan bahagian tersebut, seperti anesthesia am, ais dan anesthesia gegaran yang digunakan untuk mengurut bagi mengurangkan ketidakselesaan.
– Ketika pembedahan
Suntikan botox selalunya akan dilakukan di pejabat doktor. Doktor anda akan menggunakan jarum halus untuk menyuntik jumlah kecil toksin botulinum ke dalam kulit atau otot anda. Jumlah suntikan yang diperlukan bergantung kepada banyak keadaan termasuklah seberapa luas bahagian yang dirawat.
– Selepas pembedahan
Jangan gosok atau urut bahagian yang dirawat untuk 24 jam. Ia boleh membantu menghalang penyebaran toksin ke bahagian yang lain. Anda boleh mulakan rutin normal anda kembali selepas pembedahan.
– Hasil
Suntikan botox selalunya mula menunjukkan hasil pada hari pertama hingga hari ketiga selepas rawatan. Bergantung pada masalah yang dirawat, kesannya mungkin bertahan sehingga 3 bulan ke atas. Untuk mengekalkan kesan rawatan, anda perlu mendapatkan suntikan susulan secara berkala.
SUMBER
https://www.allure.com/gallery/botox-faq
https://www.medicalnewstoday.com/articles/158647#cosmetic-uses
https://www.webmd.com/beauty/cosmetic-procedures-botox#2
https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/botox/about/pac-20384658