Borang Permit BKSS 2021

Borang permit BKSS 2021 adalah untuk penjaja dan peniaga kecil sementara atau tidak mempunyai lesen bagi memohon geran khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) berjumlah RM1,500 bermula 1 hingga 30 Jun ini.

Terdapat dua pilihan untuk membuat permohonan geran khas tersebut iaitu melalui dalam talian (https://community-service.sarawak.gov.my) atau secara manual di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhampiran.

Penjaja dan peniaga kecil penerima sebelum ini, perlulah mengemas kini status akaun SarawakPay di PBT tanpa perlu memohon permit perniagaan.

Bantuan kewangan ini akan diberikan dalam dua fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM750 pada Julai ini dan selebihnya pada bulan Disember melalui akaun SarawakPay.

Semua penjaja atau peniaga gerai makan, tepi jalan, kios, pasar, kedai kampung atau pedalaman, tukang gunting rambut, pemilik kantin dan berusia 18 tahun ke atas adalah layak untuk menerima bantuan tersebut.
Namun pemohon mestilah peniaga yang berniaga secara fizikal sebelum 1 Jun 2021 serta berdaftar dengan PBT dan memiliki permit perniagaan yang sah untuk tempoh Jun hingga November 2021. Geran khas ini tidak diperuntukkan kepada peniaga dalam talian.

SYARAT BAGI PERMOHONAN BKSS

  • Pemohon HENDAKLAH warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.
  • Pemohon juga mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemohon mestilah merupakan peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall / kiosk / di bahu jalan sebelum 1 Jun 2021.
  • Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi juga layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan yang berkaitan.
  • Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan.
  • Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan perniagaan masing-masing.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.
  • Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.
  • Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar.
  • Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
  • PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.

CARA PERMOHONAN BORANG PERMOHONAN PERMIT BKSS

Jika anda ingin membuat permohonan BKSS, berikut merupakan Langkah-langkah cara membuat permohonan

  • Anda perlu melayari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  • Klik pada pilihan butang Borang Permohonan Permit
  • Sila penuhkan ruangan maklumat yang disediakan dengan lengkap (Ruangan bertanda * wajib diisi)
  • Anda hendaklah menyediakan lampiran yang perlu dimuat naik semasa permohonan
  • Kemudian tandakan pada butang Setuju
  • Anda seterusnya perlu klik pada pilihan butang Hantar
  • Kini permohonan anda telah selesai.
Borang Permit BKSS 2021

SENARAI LAMPIRAN YANG PERLU DIMUAT NAIK

Seperti yang dinyatakan sebelum ini anda perlu menyediakan beberapa dokumen sebagai untuk dimuat naikkan semasa membuat permohonan, sebagai bukti dan rujukan permohonan. Untuk memuat naik lampiran tersebut, saiz fail mestilah maksimum 4 MB sahaja. Format file mestilah dalam jpg, jpeg, png dan bmp sahaja.

Senarai dokumen yang perlu dimuat naik:

  • Gambar Mykad
  • Gambar Mykad/passport pasangan
  • Gambar terkini permohonan
  • Gambar gerai / tempat perniagaan
  • Lesen dan permit
  • Bil utiliti

Ini pula adalah panduan bagi penjaja / peniaga kecil / gerai makanan yang tidak berlesan untuk
memohon permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
.

  • Anda dikehendaki untuk muat turun borang permohonan. Mulakan dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi Majlis Perbandaran Sibu.
  • Anda mestilah melengkapkan borang permohonan.
  • Semak borang permohonan dan pastikan semua maklumat adalah BENAR dan LENGKAP. Hal ini kerana, borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Anda perlulah turunkan tandatangan di bahagian perakuan bagi mengesahkan semua maklumat adalah BENAR dan LENGKAP.
  • Borang permohonan yang LENGKAP berserta salinan dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat sebelum dimasukkan ke dalam peti yang disediakan di lobi Wisma Sanyan pada waktu bekerja sahaja (Isnin – Jumaat) dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

*PERINGATAN

  • Dokumen yang diperlukan :
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
    • Gambar gerai / tempat perniagaan (jika ada)
    • Gambar terkini pemohon
    • Gambar lesen komposit / permit (jika ada)
    • Dokumen sokongan yang lain (jika ada)

a) Surat pengesahan dari pemilik premis / pemilik Kedai Kopi (untuk gerai di
dalam Kedai Kopi)

b. Penerima bantuan BKSS untuk penjaja/peniaga kecil/ gerai makanan tidak berlesen pada tahun 2020 tidak perlu mengemukakan permohonan lagi.
c. Permohonan boleh juga dibuat melalui online : (https://community-service.sarawak.gov.my)

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMIT BKSS 2021

Permohonan anda akan diproses sebaik sahaja anda selesai memohon. Anda kemudiannya boleh membuat semakan status permit BKSS dengan cara di bawah.

  • Anda perlu melayari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  • Setelah laman utama terpapar klik pada pilihan butang Semak Status
  • Anda hendaklah mengisi nombor kad pengenalan pada ruangan yang telah disediakan.
  • Status permohonan anda akan terpapar pada skrin anda.

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapatkan sebarang maklumat yang lebih lanjut tentang permohonan permit BKSS 2021, dia talian Talikhidmat
Talian : 082-555 999 atau
Email : [email protected]

Jangan lepaskan peluang yang ada. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://smc.gov.my/

https://sarawakvoice.com/2021/06/04/oopeniaga-kecil-penjaja-boleh-mohon-bkss-6-0-rm1500-mulai-1-hingga-30-jun-ini/

https://ecentral.my/borang-permit-bkss-2021/

Summary
Borang Permit BKSS 2021: Geran  Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)
Article Name
Borang Permit BKSS 2021: Geran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)
Description
Borang permit BKSS 2021 adalah untuk penjaja dan peniaga kecil sementara atau tidak mempunyai lesen bagi memohon geran khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) berjumlah RM1,500 bermula 1 hingga 30 Jun ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: