bonjela
Bonjela adalah gel mulut yang digunakan untuk melegakan kesakitan dan keradangan yang berkaitan dengan ulser mulut biasa dan luka sejuk (cold sores).

Pengenalan

Bonjela adalah gel mulut yang digunakan untuk melegakan kesakitan dan keradangan yang berkaitan dengan Ulser mulut biasa dan luka sejuk (cold sores).

Kegunaan Bonjela

Biasanya, gel Bonjela digunakan untuk rawatan, kawalan, pencegahan, dan penyembuhan, keadaan dan gejala berikut:

  • Kerengsaan gusi
  • Ulser mulut
  • Sakit gigi
  • Hakisan
  • Sakit ringan kerana artritis
  • Kesakitan otot
  • Sakit gigi
  • Pengawet untuk produk farmaseutikal
  • Sakit kepala
  • Kesakitan semasa haid
  • Sakit dan demam selesema

Ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan di sini.

Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Bonjela

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini adalah kerana, semasa anda menunggu untuk bersalin atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan berdasarkan cadangan doktor sahaja.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain. Ini termasuklah apa-apa ubat yang ada tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif. Bonjela atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai ulser perut aktif.
  • Anda alah kepada salicylates contohnya, aspirin.

– Adakah ia selamat diambil semasa hamil atau menyusu?

Tiada maklumat mencukupi tentang cara yang selamat untuk menggunakan ia semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila terus berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui manfaat dan risiko tertentu sebelum mengambil Bonjela.

Kesan Sampingan Bonjela

Berikut adalah senarai kesan sampingan yang berkemungkinan berlaku dari semua bahan yang terdapat dalam bahan Bonjela Gel. Namun, ini bukanlah senarai yang komprehensif. Kesan sampingan ini berkemungkinan, tetapi tidak selalunya berlaku. Sesetengah kesan sampingan pula mungkin jarang berlaku tetapi boleh menjadi serius. Rujuk doktor anda jika anda melihat mana-mana kesan sampingan berikut, terutamanya jika mereka tidak hilang.

  • Loya
  • Muntah
  • Kegatalan kulit
  • Perdarahan perut

Selain itu, gel ini juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak disenaraikan di sini.

Kontraindikasi Bonjela

Hipersensitiviti adalah kontraindikasi bagi penggunaan gel ini. Di samping itu, ia tidak boleh digunakan jika anda mempunyai syarat seperti berikut:

  • Mempunyai reaksi alergi terhadap ubat tahan sakit atau ubat kurangkan demam.
  • Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 16 tahun.
  • Pesakit yang mengalami ulserasi peptik aktif.

Interaksi Bonjela

Bonjela mungkin boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain yang anda sedang ambil. Ini boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapatkan kesan sampingan yang serius. Bagi mengelakkan sebarang interaksi ubat yang berpotensi, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) serta maklumkan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, hentikan atau mengubah dos bagi sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Ini adalah penting terutama jika anda mengambil warfarin.

– Adakah makanan atau alkohol berinteraksi dengan Bonjela?

Bonjela boleh berinteraksi dengan makanan atau alkohol iaitu dapat mengubah fungsi ubat atau meningkatkan risiko berlakunya kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang mana-mana interaksi makanan atau alkohol yang berpotensi sebelum menggunakan ubat ini.

– Apakah keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan Bonjela?

Bonjela boleh berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memburukkan keadaan kesihatan atau mengubah fungsi ubat. Jadi, ianya adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi akan semua keadaan kesihatan anda sekarang.

Dos Bonjela

Maklumat yang diberikan bukanlah pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakannya.

– Apakah dos Bonjela untuk orang dewasa?

Sapukan jumlah kecil ke kawasan yang terjejas, dan diulangi selepas 20 minit kemudian bagi setiap 3 jam.

– Apakah dos untuk kanak-kanak?

  • Di bawah umur 3 bulan, penggunaan ubat ini tidak digalakkan.
  • Lebih 3 bulan, sapukan jumlah kecil ke kawasan yang terjejas, diulangi selepas 20 minit kemudian bagi setiap 3 jam.

– Apa yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan?

Sekiranya berlaku kecemasan atau dos yang berlebihan, hubungi perkhidmatan kecemasan setempat atau pergi ke bilik kecemasan terdekat anda.

– Apa yang perlu saya lakukan jika saya melangkau dos?

Sekiranya anda terlepas pengambilan gel, ambilnya secepat mungkin. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir masa untuk dos anda yang seterusnya, langkau dos terlepas dan ambil dos biasa seperti yang dijadualkan. Jangan ambil dos yang berganda.

SUMBER

https://www.tabletwise.com/uae/bonjela-gel?#side-effects

https://www.patientslikeme.com/treatments/detail/bonjela

https://www.tabletwise.com/uk/bonjela-gel?#contraindications

https://hellodoktor.com/drugs-herbals/drugs/bonjela/

Summary
Article Name
Bonjela
Description
Bonjela adalah gel mulut yang digunakan untuk melegakan kesakitan dan keradangan yang berkaitan dengan ulser mulut biasa dan luka sejuk (cold sores).
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: