Bolehkah wanita menjadi hamil kerana sperma yang dilepaskan dalam kolam renang?
Anda pasti mengetahui bahawa kehamilan hanya boleh berlaku melalui konsepsi antara dua pihak (lelaki dan perempuan). Dalam banyak-banyak sperma yang dilepaskan, hanya satu yang akan menjadi pemenang dan berjaya mencapai telur.

Anda pasti mengetahui bahawa kehamilan hanya boleh berlaku melalui konsepsi antara dua pihak (lelaki dan perempuan). Dalam banyak-banyak sperma yang dilepaskan, hanya satu yang akan menjadi pemenang dan berjaya mencapai telur.

Namun, baru-baru ini terdapat satu kenyataan yang mengatakan bahawa wanita boleh hamil jika mandi di kolam mengandungi sperma lelaki. Ya, ini mungkin kelihatan mengarut buat anda namun itulah yang dikatakan oleh seorang profesor dan pesuruhjaya kesihatan, narkotik dan bahan ketagihan di Indonesia, Sitti Hikmawatty. Sperma dalam kolam renang? Bukankah keadaan itu sedikit janggal dan tidak menyenangkan apabila didengari?

Dalam temu bualnya bersama Tribun Jakarta (sumber daripada artikel ‘World of Buzz’), beliau memberi amaran kepada golongan wanita untuk berhati-hati ketika berenang di kolam renang yang mempunyai individu lelaki dewasa. Ini adalah kerana individu wanita dikatakan boleh hamil secara tidak langsung apabila terdapat medium yang membolehkan berlakunya pergerakan sperma seperti kolam renang.

Tambahnya lagi, terdapat sesetengah sperma yang sangat kuat dan ianya tidak mustahil jika individu lelaki berasa terangsang dan melepaskan sperma mereka dalam kolam renang.

Namun, adakah kenyataannya benar atau hanya satu pendapat yang ingin dimaklumkan kepada masyarakat sahaja? Sebelum kita mengupas hal ini dengan lebih lanjut, mari ketahui sedikit fakta tentang sperma.

Fakta tentang sperma

Sperma sememangnya diketahui mempunyai kekuatan untuk berenang yang luar biasa sebelum ia mencecah ke bahagian telur. Dalam berjuta sperma yang dilepaskan, hanya satu sahaja yang berjaya bergabung dengan telur bagi menghasilkan proses konsepsi. Bukankah ini suatu fenomena yang menakjubkan?

Sekarang, mari dapatkan lebih maklumat tentang sperma seperti di bawah berdasarkan sumber daripada laman web ‘The Daily Edge’.

  • Terdapat hampir 280 juta sperma yang dilepaskan bagi setiap proses ejakulasi.

  • Sperma mati lebih cepat sekiranya ia cepat menjadi kering.

  • Sperma boleh bertahan dalam badan individu sehingga lima hari tetapi ini bergantung kepada faktor-faktor tertentu seperti umur dan keadaan kesihatan individu tersebut.

  • Sperma dapat dihasilkan dengan lebih banyak sekiranya anda seorang yang aktif.

  • Cara pemakanan anda boleh memberi kesan kepada kelajuan sperma untuk berenang.

  • Purata ejakulasi yang berlaku adalah sebanyak satu sudu sperma.

Bolehkan sperma di kolam renang menyebabkan kehamilan?

Secara logiknya, ia adalah mustahil sekiranya seseorang wanita hamil setelah berenang di kolam renang yang mengandungi sperma. Cuba anda fikirkan bagaimana sperma yang hanya boleh hidup buat seketika di luar badan berupaya menyebabkan kehamilan? Walaupun kemungkinannya masih ada, tetapi sperma memerlukan keadaan yang sesuai untuk berenang mencecah ke telur dan itu tidak didapati dalam kolam renang.

Jadi, kenyataan bahawa hamil kerana sperma di kolam renang tidak dapat diterima. Ia mungkin adalah satu isu yang berbeza sekiranya dua orang individu berbeza jantina melakukan hubungan seksual di dalam kolam renang itu sendiri. Tetapi, ini sememangnya tidak berkaitan.

Kajian saintifik perlulah dilakukan dengan banyak sekiranya kenyataan ini dapat dipersetujui dan diterima oleh para saintis yang berkenaan.

JADI,

Tidak semua maklumat di Internet itu boleh diterima sebulat-bulat kerana ada yang mungkin tidak tepat ataupun sekadar satu pandangan sahaja. Jika anda ternyata mempunyai rasa ingin tahu akan sesuatu hal, lakukan pencarian info yang lebih mendalam sebelum mempercayai sesuatu yang dibaca atau didengari. 

SUMBER

  1. https://www.worldofbuzz.com/indonesian-official-men-have-super-sperm-that-can-impregnate-women-in-swimming-pools/
  2. https://www.dailyedge.ie/sperm-2-2189715-Jul2015/
Summary
Bolehkah wanita menjadi hamil kerana sperma yang dilepaskan dalam kolam renang?
Article Name
Bolehkah wanita menjadi hamil kerana sperma yang dilepaskan dalam kolam renang?
Description
Terdapat satu kenyataan yang mengatakan bahawa wanita boleh hamil jika mandi di kolam mengandungi sperma lelaki. Namun, adakah ia benar?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: