Bolehkah Rakyat Malaysia Melancong Sewaktu Penularan Wabak Coronavirus?
Keadaan di Malaysia boleh dikategorikan masih terkawal, namun, wajarkah rakyat Malaysia melancong ke luar negara?

Lantaran penularan Coronavirus atau Covid-19, orang ramai dinasihatkan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghindari dan menangani virus yang mengancam nyawa ini. Sehingga hari ini, sebanyak 6,779 kes telah direkodkan di Malaysia dan pihak kerajaan masih bertungkus-lumus untuk menanganinya. Keadaan di Malaysia boleh dikategorikan masih terkawal, namun, wajarkah rakyat Malaysia melancong sewaktu Coronavirus ke luar negara? Mari baca pendapat Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Orang awam perlu menjaga kesihatan masing-masing ketika melancong – Pertubuhan Kesihatan Sedunia

https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2020/02/29/should-malaysians-be-travelling-amid-the-covid-19-coronavirus-outbreak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO – World Health Organisation) menerangkan bahawa pelancong antarabangsa perlu sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga.

The World Health Organization (WHO), in a statement, says international travellers should practise the usual precautions. Bagi kes yang melibatkan simptom pernafasan akut sebelum, semasa atau selepas melancong, pelancong digalakkan untuk mencari perhatian perubatan dan berkongsi sejarah pelancongan mereka kepada pembekal penjagaan kesihatan.

Tanda dan simptom klinikal utama yang dilaporkan dalam wabak ini termasuklah demam, kesukaran bernafas dan radiografi dada yang menunjukkan bendasing. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, halangan trafik antarabangsa yang sia-sia adalah tidak perlu. Walau bagaimanapun, ia menawarkan cadangan piawai bagi orang awam untuk berada dalam keadaan sihat ketika melancong sewaktu Coronavirus. Ini termasuklah menutup mulut dan hidung apabila bersin, mengekalkan jarak 1m antara diri anda dan orang lain dan mengelakkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut.

Apa kata menteri Kementerian Kesihatan Malaysia?

https://www.cnbc.com/2020/02/19/coronavirus-spread-in-malaysia-is-no-cause-for-panic-health-minister.html

Menurut pendapat Dzulkefly Ahmad, menteri kesihatan Malaysia, virus ini masih lagi terkawal dan orang ramai tiada sebab untuk panik. Namun, pihak kerajaan masih lagi menjalankan langkah berjaga-jaga untuk menangani isu ini.

Pintu masuk antarabangsa di Malaysia kini dilengkapi dengan beberapa imbasan haba untuk mengesan kes yang berpotensi bagi penyakit seperti selesema tersebut yang bole mengakibatkan Pneumonia. Kerajaan Malaysia turut melarang aktiviti pelancongan pelancong dari China dan menyekat kemasukan pelancong dari MS Westerdam.

Namun, negara ini masih lagi belum sampai ke tahap penutupan sekolah, tetapi rakyat perlu menjaga kebersihan diri dan memakai topeng muka sekiranya mereka mempunyai simptom berkaitan jangkitan pernafasan.

SUMBER

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/28/dos-and-donts-of-work-and-travel-during-mco

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/22/airtravel-operations-during-the-mco-period

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/07/pm-malaysians-still-cant-leave-country-under-recovery-mco-till-aug-31/1873242

https://www.osac.gov/Country/Malaysia/Content/Detail/Report/d3b1d3f2-0714-49b0-adae-186f5104f3ae

Summary
Bolehkah Rakyat Malaysia Melancong Sewaktu Penularan Wabak Coronavirus?
Article Name
Bolehkah Rakyat Malaysia Melancong Sewaktu Penularan Wabak Coronavirus?
Description
COVID-19: Wajarkah rakyat Malaysia melancong ke luar negara? Mari baca pendapat Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan KKM.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: