duit sebar coronavirus
Duit sebar Coronavirus? Tidak dinafikan bahawa duit adalah sangat kotor. Namun begitu, perlukah anda menyahkuman semua wang anda?

Duit sebar Coronavirus? Tidak dinafikan bahawa duit adalah sangat kotor. Namun begitu, perlukah anda menyahkuman semua wang anda?

Pihak kerajaan negara China telah mengambil langkah drastik bagi mencegah penularan novel Coronavirus seperti menyekat perjalanan dan membina sebuah hospital baru dalam masa 10 hari. Namun kini, menurut sidang akhbar yang dikeluarkan oleh kerajaan China, bank-bank di seluruh China sedang menjalankan proses pembersihan duit secara mendalam termasuklah memusnahkan duit yang telah tercemar.

Di bawah undang-undang yang berkuatkasa baru-baru ini, setiap bank di China perlu menyahkuman wang menggunakan sinaran ultraviolet dan suhu yang tinggi serta menyimpannya selama 7 hingga 14 hari sebelum mengeluarkannya kepada orang awam. Tujuannya adalah untuk membendung penularan novel Coronavirus, yang telah menjangkiti lebih 418, 935 orang seluruh dunia dan mengakibatkan sebanyak 18, 727 kematian. Majoriti kes tersebut berlaku di China, tempat asal virus tersebut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), walaupun masih ramai pakar tidak tahu mengenai bentuk Coronavirus ini, ia seakan-akan boleh hidup selama sekurang-kurangnya beberapa jam pada permukaan. Selain itu, ia juga diketahui boleh merebak melalui titisan pernafasan daripada individu yang dijangkiti.

Hingga hari ini, terdapat 1796 kes yang telah dikenalpasti di Malaysia dan pihak pakar menegaskan bahawa kes-kes tersebut masih berada dalam keadaan terkawal.

Berapa banyakkah kuman yang berada pada duit?

Tiada siapa yang menuntut duit adalah bersih, malah kajian telah mengatakan bahawa ia boleh membawa pelbagai jenis kuman. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2017 dan diterbitkan oleh Frontiers in Microbiology telah mengumpulkan duit kertas $20 daripada 12 hospital dan 3 stesyen metro di Hong Kong. Mereka kemudian mengambil sampelnya untuk melihat sekiranya kuman tertentu boleh hidup pada permukaannya. Pihak penyelidik turut mengambil sampel daripada tangan manusia, udara dan air minuman.

Apa yang mengejutkan, pihak penyelidik telah mendapati duit kertas yang dikumpul itu mengandungi pelbagai jenis bakteria dalam jumlah yang banyak berbanding permukaan-pemukaan lain yang juga dikaji. Bahkan, 36% daripada semua bakteria dan kuman tersebut boleh menyebabkan anda sakit. Dalam pada itu, mereka juga menemui bakteria E.coli dan Clostridium difficile, yang mana kedua-duanya boleh mengakibatkan cirit-birit dan penyakit serius lain.

Bolehkah duit sebar Coronavirus dan penyakit sehingga anda sakit?

Ya dan tidak. Secara umumnya, anda boleh menemui pelbagai jenis kuman pada duit, dalam erti kata lain apa sahaja yang ada pada tangan anda boleh berada pada duit.

Namun itu tidak bermakna kuman-kuman tersebut boleh membuatkan anda jatuh sakit apabila dikatakan duit sebar Coronavirus. Sebagai contoh, virus selesema boleh hidup di permukaan yang keras selama 24 jam, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 15 minit pada permukaan seperti tisu. Di tangan anda pula, masanya adalah lebih singkat. Jadi, adalah penting untuk anda tahu bahawa kajian berdasarkan makmal tidak semestinya melambangkan keadaan dalam sesuatu komuniti, maksudnya ia bukanlah mekanisme utama bagi penularan wabak.

Jadi, ia kurang berisiko untuk membuatkan anda jatuh sakit, kecuali jika anda menjilat duit anda atau meletakkan tangan ke dalam mulut selepas memegang duit yang diberikan oleh seseorang yang mengalami demam atau selesema.

Dalam kes Coronavirus, membersihkan duit tidak mengubah impak penularan virus tersebut. Proses penukaran duit dari seseorang individu ke individu yang lain bukanlah sebab utama penularan Coronavirus. Begitu juga dengan virus lain seperti selesema dan demam.

Sebaliknya, Coronavirus (dan penyakit lain seperti demam dan selesema) selalunya disebarkan daripada individu yang dijangkiti kepada individu lain melalui titisan pernafasan dalam udara apabila mereka batuk atau bersin. Malah, penyakit-penyakit ini juga boleh disebarkan melalui hubungan rapat seperti menyentuh seseorang atau bersalaman, atau menyentuh permukaan yang dicemari virus tersebut dan kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata anda sebelum membasuh tangan dengan air dan sabun.

Kesimpulannya,

Sekiranya anda ingin mengambil langkah berjaga-jaga ketika memegang duit, anda disyorkan untuk mengamalkan penjagaan kebersihan tangan yang betul (basuh tangan selama 20 minit menggunakan sabun dan air) selepas anda menyentuh duit.

Jadi, perlukah anda menyahkuman duit anda? Itu mungkin agak ekstrem, akan tetapi tiada halangan untuk anda melakukannya. Walau bagaimanapun, ia tidak mengubah apa-apa.

SUMBER

https://www.cnbc.com/2020/03/06/what-you-need-to-know-about-handling-cash-amid-coronavirus-spread-who.html

https://www.marketwatch.com/story/who-we-did-not-say-that-cash-was-transmitting-coronavirus-2020-03-06

https://theconversation.com/you-dont-need-to-worry-about-spreading-the-coronavirus-with-cash-137865

Summary
Bolehkah Duit Menyebarkan Coronavirus?
Article Name
Bolehkah Duit Menyebarkan Coronavirus?
Description
Duit sebar Coronavirus? Tidak dinafikan bahawa duit adalah sangat kotor. Namun begitu, perlukah anda menyahkuman semua wang anda?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: