bolehkah kanak-kanak menjangkiti coronavirus
Kanak-kanak boleh dijangkiti dan menyebarkan Coronavirus walaupun mereka tidak menunjukkan simptomnya.

Coronavirus dan perkaitan dengan kanak-kanak boleh berlaku walaupun anak-anak anda tidak menunjukkan simptomnya. Jadi, ibu bapa perlulah peka tentang keadaan anak anda. Berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia, ibu bapa yang cuba melindungi anak-anak mereka daripada penyakit tersebut kini boleh berasa sedikit lega kerana penyakit COVID-19 didapati hanya memberikan kesan sampingan yang ringan dalam kalangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak perkara yang masih belum diketahui mengenai Coronavirus dan kajian tentangnya masih berterusan. Berikut merupakan maklumat yang telah kami kumpul mengenai COVID-19 dan kesannya kepada kanak-kanak.

Bolehkah kanak-kanak mendapat Coronavirus?

Ya. Kanak-kanak boleh dijangkiti dan menyebarkan Coronavirus walaupun mereka tidak menunjukkan simptomnya. Oleh itu, ianya adalah amat penting bagi kanak-kanak untuk mengamalkan penjarakan sosial dan kaedah mencuci tangan dengan betul setiap masa.

Bagaimanakah Coronavirus menjejaskan kanak-kanak?

Secara umum, Coronavirus dipercayai boleh menyebabkan simptom ringan dalam kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan maklumat yang diketahui tentang Coronavirus adalah berdasarkan laporan dari China, di mana wabak tersebut bermula. Terdapat sebanyak 2.4% kes COVID-19 yang direkodkan berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 19 tahun. Manakala, seramai 2.5% kanak-kanak lain pula menunjukkan simptom yang serius. Tetapi, memandangkan wabak ini masih lagi baru tanpa begitu banyak maklumat, lebih banyak kajian diperlukan untuk mendapat gambaran yang jelas.

Mengapakah Coronavirus menjejaskan kanak-kanak dengan cara yang berbeza?

Hal itu masih belum diketahui. Seperti yang diketahui umum, individu berusia 60 tahun ke atas atau individu yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu adalah antara yang paling terjejas terhadap Coronavirus. Ini termasuklah individu yang mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser, penyakit kardiovaskular dan keadaan pernafasan yang kronik.

Namun bagi kanak-kanak, mekanisme jangkitan tersebut masih belum diketahui dan sedang dikaji.

Anak saya mempunyai keadaan kesihatan tertentu. Perlukah saya berasa bimbang?

Keadaan pernafasan seperti asma kebiasaannya memberikan kesan sampingan yang parah apabila seseorang dijangkiti sesuatu wabak seperti influenza. Tetapi, Coronavirus masih baru dan masih tidak diketahui sama ada kanak-kanak yang mempunyai asma berisiko tinggi mendapat komplikasi Coronavirus atau tidak.

Malah, belum ada bukti yang kukuh sama ada Coronavirus boleh memberi kesan negatif bagi kanak-kanak dengan penyakit lain seperti kencing manis, yang merupakan faktor risiko komplikasi COVID-19 bagi individu dewasa. Dengan itu, pihak pakar di John Hopkins University memberi amaran kepada ibu bapa supaya sentiasa berjaga-jaga.

Perlukah saya melarang anak dari pergi ke sekolah?

Di kebanyakan negara, keputusan itu telah dilakukan oleh pihak kerajaan yang bertindak menutup semua sekolah bagi mengekang penularan Coronavirus.

Walau bagaimanapun, jika anak anda berada di rumah, mereka masih perlu melakukan senaman secara berkala dan mengamalkan penjarakan sosial apabila berada di luar.

SUMBER

https://kidshealth.org/en/parents/coronavirus-child-is-sick.html

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/children.html

Summary
Bolehkah Anak Anda Dijangkiti Coronavirus?
Article Name
Bolehkah Anak Anda Dijangkiti Coronavirus?
Description
Coronavirus Kanak-kanak berlaku walaupun anak-anak anda tidak menunjukkan simptomnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: