Blackmores Glucosamine

Glucosamine ialah gula amino di dalam badan yang bantu pembentukan dan pembaikan tulang rawan. Hari ini, kita borak pasal Blackmores Glucosamine.

Tulang rawan manusia mengandungi glucosamine sulphate. Membran kenyal, keras dan licik yang menutupi permukaan tulang dan membenarkan pergerakan sendi yang lancar dikenali sebagai rawan.

Kenapa Blackmores Glucosamine?

glucosamine

Makanan tambahan telahpun digunakan untuk merawat osteoarthritis atau OA kepada kuda dan anjing bertahun lamanya. Di Eropah, mereka menggunakan glucosamine untuk merawat penyakit OA pada manusia untuk bertahun-tahun.

Lebih daripada satu dekad, mereka menggunakan makanan tambahan ini untuk cuba merawat OA. Dan ia hanya digunakan untuk mereka yang menghidapi OA.

Apa yang glucosamine boleh buat?

Beberapa kajian menunjukkan penggunaan makanan tambahan ini mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan fungsi sendi pada seseorang yang menghidapi OA ringan ke sederhana. Senang kata, ianya setanding dengan ubat anti-radang nonsteroid (NSAIDs).

Ia bukan sahaja bermanfaat untuk melegakan sakit, malah untuk memperlahankan kemerosotan tulang rawan kepada pesakit OA lutut. Oh ada lagi. Chondroitin sulphate juga bantu hentikan kemerosotan tulang rawan.

Di dalam kajian untuk OA lutut ni, mereka tengok dua perkara yang khusus: jika glucosamine mungkin kurangkan dan perlahankan pemecahan tulang rawan di bahagian lutut.

Gabungan kedua-dua makanan tambahan ini juga mengurangkan kesakitan yang ketara dalam aspek yang lebih kecil bagi orang yang menghidapi OA lutut sederhana hingga teruk, berdasarkan kajian yang telah dilakukan.

Kesimpulannya, gabungan glucosamine dan chondroitin sulphate yang terkandung di dalam Blackmores ternyata berkesan sebagai sebahagian daripada rancangan rawatan keseluruhan.

glucosamine

Cara terbaik untuk mengambil Blackmores Glucosamine

Sebaiknya anda mengambil jumlah glucosamine yang telah digunakan dalam kebanyak kajian klinikal iaitu sekitar 1500 mg (2000 mg untuk anda yang mempunyai berat lebih dari 200 paun). Ambil dos yang disarankan pada botol sebagai peraturan umum.

Untuk Blackmores sendiri, seorang dewasa perlu mengambil 1 biji tablet setiap hari bersama makanan atau seperti yang telah disyorkan oleh doktor. Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun pula perlu mengambil Blackmores mengikut arahan doktor.

Jika gejala yang dialami tidak berkurangan, sila berjumpa doktor. Biasanya makanan tambahan ini mengambil masa minimum 6 ke 8 minggu sebelum ia mula menunjukkan kesan, tetapi 12 minggu percubaan mungkin diperlukan.

Seeloknya anda ambil vitamin bersama dengan ubatan yang sedia ada semasa mengambil makanan tambahan ini. Kalau sakit anda semakin membaik, bincang dengan doktor untuk kurangkan dos ubat, nak tengok tahap kesakitan berubah ke tak.

Kalau anda tak nampak perubahan di dalam gejala selepas 3 ke 6 minggu penggunaan makanan tambahan ini, seeloknya hentikan pengambilan serta-merta.

Sesetengah orang mungkin nampak macam dengan mengambil suplemen ini mungkin membantu, tapi mereka mungkin masih perlu mengambil ubat lain untuk mencapai kelegaan maksima.

Kelebihan BLACKMORES GLUCOSAMINE

Mengurangkan sakit dan Meningkatkan Fungsi

Para pengkaji tidak menjangkakan perubahan sehingga 6 bulan, tetapi sangat terpegun kerana ia mula menunjukkan perubahan hanya selepas 3 bulan, dengan 18% perbezaan dalam pengurangan rasa sakit antara kajian dan kawalan kumpulan.

Hanya beberapa kes kecil sahaja yang menunjukkan gejala ringan seperti ketidakselesaan gastrousus.

Mengurangkan keparahan cacat tangan

Peserta di dalam sebuah kajian dikehendaki mempunyai skor kesakitan 40 atau lebih tinggi pada skala analog visual (VAS). Rata-rata kesakitan para peserta menurun sebanyak 20 mata selepas rawatan dengan glucosamine dan terapi konvensional.

Penilaian skor berfungsi emnunjukkan bahawa tangan boleh bekerja dengan lebih baik dalam kumpula terapi.

Keradangan mungkin berkurang

Gabungan glucosamine dan chondroitin dapat bantu mengurangkan keradangan kronik, di dama ia berkait dengan pelbagai isu kesihatan termasuklah penyakit jantung, kencing manis dan arthritis. Ini boleh menjelaskan mengapa glucosamine sangat berkesan dalam merawat sakit arthritis.

Tambahan glucosamine biasa ada dikaitkan dengan penurunan keradangan dalam kajian. Mengambil makanan tambahan secara berkala dapat membantu kurangkan risiko anda menghidap pelbagai penyakit kronik lain.

Taraf kesihatan tulang meningkat

Makanan tambahan ini juga dapat mengelakkan progress osteoporosis selepas menopaus. Nampaknya ia sangat membantu dalam mencegah kerosakan tulang dengan mendorong perkembangan tulang yang sihat.

Maka, produk kita hari ini sangat bermanfaat bagi anda yang berisiko menghidap osteoporosis ketika usia tua nanti.

Rawatan fizikal untuk kesihatan sendi sahaja tidak mencukupi, ia mestilah disokong dengan ubat-ubatan daripada hospital mahupun makanan tambahan yang anda boleh dapati dengan mudah melalui farmasi. Blackmores Glucosamine ialah makanan tambahan popular yang anda boleh cuba.

Kenapa? Sebab majoriti dari kita sudah sedia tahu bahawa keberkesanan tidak diragui. Apa lagi, pergi beli sebotol sekarang. Jangan lupa kongsikan kebaikan Blackmores bersama keluarga dan rakan selepas mencubanya ya.

Summary
Blackmores Glucosamine, Yang Terbaik Dari Ladang
Article Name
Blackmores Glucosamine, Yang Terbaik Dari Ladang
Description
Glucosamine ialah gula amino di dalam badan yang bantu pembentukan dan pembaikan tulang rawan. Hari ini, kita borak pasal Blackmores Glucosamine.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: