bisoprolol
Bisoprolol adalah sejenis beta-blocker yang memberi kesan kepada hati dan peredaran darah melalui arteri dan urat.

Pengenalan

Bisoprolol adalah sejenis beta-blocker yang memberi kesan kepada hati dan peredaran darah melalui arteri dan urat.

Ia digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan masalah-masalah lain.

Kegunaan Bisoprolol

Bisoprolol digunakan dengan atau tanpa ubat-ubatan lain yang merawat tekanan darah tinggi (hipertensi). Menurunkan tekanan darah tinggi boleh mengelakkan strok, serangan jantung, dan masalah buah pinggang.

Ubat ini terdiri daripada kumpulan ubat-ubatan yang digelar penghalang beta (beta-blocker), Ia bertindak dengan menghalang tindakan kimia semulajadi tertentu dalam badan seperti epinephrine yang terletak di jantung dan pembuluh darah. Kesan ini mengurangkan kadar jantung, tekanan darah dan bebanan/tekanan pada jantung.

Cara menggunakan Bisoprolol:

Ambil ubat ini secara oral dengan atau tanpa makanan, sehari sekali atau seperti nasihat doktor.

Dosnya begantung pada keadaan perubatan dan tindak balas anda terhadap rawatan.

Gunakan ubat ini secara berkala untuk mendapat kesan yang optimum. Ambilnya pada waktu yang sama setiap hari.

Bagi merawat tekanan darah tinggi, ia mungkin memerlukan beberapa minggu sebelum anda menerima kesan daripada ubat ini. Adalah penting untuk mengambilnya secara berterusan walaupun anda sudah berasa sihat. Kebanyakan individu dengan darah tinggi tidak berasa sakit.

Beritahu doktor anda sekiranya keadaan anda tidak berubah atau semakin buruk (contohnya, bacaan tekanan darah anda masih tinggi atau meningkat)

Langkah Berjaga-Jaga Dan Amaran Penggunaan Bisoprolol

Sebelum mengambil Bisoprolol, beritahu doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mempunyai alahan terhadapnya atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alahan atau masalah lain. Beritahu ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Ubat ini tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan perubatan tertentu. Sebelum menggunakan ubat ini, berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi sekianya anda mengalami kegagalan jantung serius atau masalah denyutan nadi seperti:

  • Denyutan nadi yang perlahan
  • Atrioventricular block peringkat kedua atau ketiga

Selain itu, beritahu doktor anda tentang sejarah perubatan terutamanya jika anda mempunyai:

  • Asma
  • Bronkitis kronik
  • Emfisema
  • Penyakit hati
  • Penyakit tiroid terlebih aktif
  • Alahan serius
  • Masalah peredaran darah
  • Penyakit Raynaud
  • Penyakit vaskular periferal
  • Gangguan mental atau mood (seperti kemurungan)
  • Penyakit otot tertentu (myasthenia gravis)

Sekiranya anda menghidap kencing manis, ubat ini mungkin mempercepatkan denyutan nadi anda, seperti simptom kurang gula darah. Periksa bacaan gula darah anda secara berkala seperti nasihat doktor dan beritahu doktor hasilnya. Beritahu doktor segera juga anda mempunyai simptom gula darah tinggi seperti peningkatan rasa haus/air kencing. Doktor anda mungkin perlu melaraskan ubat kencing manis, program senaman atau diet anda.

Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi anda bahawa anda sedang mengambik ubat ini.

Ubat ini mungkin membuatkan anda pening kepala. Jangan memandu, menggunakan mesin atau melakukan sebarang perkara yang memerlukan daya tumpuan. Jika anda mengambil alkohol atau menggunakan ganja, anda akan menjadi lebih pening. Hadkan pengambilan alkohol, dan beritahu doktor anda jika anda menggunakan ganja.

Sewaktu hamil, ubat ini hanya boleh digunakan apabila perlu. Ia boleh membahayakan janin anda. Berbincanglah dengan doktor tentang risiko dan kelebihannya terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, adalah tidak pasti sama ada ubat ini boleh melalui susu ibu atau menjejaskan bayi yang disusukan. Berbincanglah dengan doktor anda mengenai risiko dan kelebihannya sebelum menyusukan bayi.

Kesan Sampingan Bisoprolol

Keletihan, denyutan nadi yang perlahan, cirit-birit dan pening kepala mungkin berlaku dengan pengambilan ubat ini. Jika sebarang kesan ini berterusan atau menjadi semakin teruk, beritahu doktor atau ahli farmasi segera.

Untuk mengurangkan risiko pengin dan ringan kepala, bangun dan berdiri secara perlahan-lahan.

Ubat ini mungkin mengurangkan aliran darah ke tangan dan kaki, menyebabkan kedua-duanya berasa sejuk. Malah, merokok mungkin memburukkan lagi kesannya. Pakai pakaian yang bersesuaian dan jauhi tembakau.

Ingatlah bahawa doktor memberi preskripsi ubat ini kerana beliau telah menilai kelebihannya adalah lebih banyak berbanding risikonya terhadan diri anda. Ramai yang menggunakan ubat ini tidak mengalami kesan sampingan yang serius.

Beritahu doktor anda segera jika anda mengalami sebarang kesan sampingan seperti:

  • Denyutan nadi yang perlahan
  • Pening kepala yang teruk
  • Pengsan
  • Jari kaki/tangan kebiruan
  • Kesukaran bernafas
  • Perubahan mental/mood (seperti kekeliruan atau kemurungan)

Walaupun ubat ini boleh digunakan untuk merawat kegagalan jantung, segelintir individu jarang membangunkan simptom baru kegagalan jantung atau simptom yang semakin parah. Beritahu doktor segera jika anda mengalami simptom-simptom tersebut:

  • Kesukaran bernafas
  • Kaki/tumit bengkak
  • Letih yang luar biasa
  • Kenaikan berat badan luar biasa atau tiba-tiba

Reaksi alahan yang serius dengan penggunaan ubat ini jarang berlaki. Namun begitu, dapatkan bantuan perubatan segera jika anda menyedari simptom tersebut:

  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Pembengkakan (muka, lidah, tekak)
  • Pening kepala yang teruk
  • Kesukaran bernafas

Sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan yang tidak dinyatakan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.

Kontraindikasi Bisoprolol

Kehipersensitifan terhadan tablet Bisoprolil adalah satu kontraindikasi. Sebagai tambahan, tablet Bisoprolol tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan berikut:

  • Reaksi alahan
  • Denyutan jantung yang perlahan

Interaksi Bisoprolol

Jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat sebelum memeriksanya dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Sebelum menggunakan Bisoprolol, beritahu doktor atau ahli farmasi tentang semua ubat yang anda ambil, terutamanya fingolimod.

Sesetengah produk mengandungi bahan yang boleh meningkatkan kadar jantung atau tekanan darah. Beritahu doktor anda tentang produk yang anda gunakan dan tanya mereka mengenai penggunaan yang betul.

Jadi, sebelum menggunakan produk ini, beritahu doktor atau ahli farmasi serta senaraikan semua produk yang anda gunakan dan kongsi kepada mereka.

Dos Bisoprolol

Bisoprolol adalah sejenis antihypertensive yang digelar penghalang beta (beta-blocker) yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Bisoprolol tersedia di bawah jenama yang berbeza seperti: Monocor dan Zebeta.

Tablet Bisoprolol disediakan dalam kuantiti:

  • 5 mg
  • 10 mg

Dos yang disyorkan:

Kanak-kanak

  • Keselamatan dan keberkesanan masih belum diketahui.

Tekanan darah tinggi

  • 2.5-5 mg diambil secara oral sehari setiap hari, ia mungkin ditingkatkan ke 10 mg atau 20 mg sekali setiap hari jika perlu.

Kegagalan jantung

  • 1.25 mg diambil secara oral sekali dalam sehari, ia mungkin ditingkatkan secara berturut-turut tidak melebihi 10 mg/hari.

Masalah buah pinggang

  • Melebihi 40 mL
  • Kurang daripada 40 mL: peringkat awal – 2.5 mg/hari  

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-14206/bisoprolol-fumarate-oral/details

https://www.drugs.com/bisoprolol.html

https://www.rxlist.com/consumer_bisoprolol_monocor_zebeta/drugs-condition.htm

https://www.tabletwise.com/canada/bisoprolol-tablet?#contraindications

Summary
Bisoprolol
Article Name
Bisoprolol
Description
Bisoprolol adalah sejenis beta-blocker yang memberi kesan kepada hati dan peredaran darah melalui arteri dan urat. Ia digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan masalah-masalah lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: