bisolvon
Bisolvon adalah sejenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang digelar bromhexine.

Pengenalan

Bisolvon adalah sejenis ubat yang mengandungi bahan aktif sintetik yang didapati daripada sejenis tumbuhan yang digelar bromhexine. Mekanisme tindakan ubat ini berdasarkan degradasi mukus jadi, ia bertindak memudahkan fungsi ekspektoran.

Kegunaan Bisolvon

Bisolvon dipreskripsi untuk batuk dengan cara mencairkan kahak yang pekat.

  • Secara umum, diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah pernafasan dan mempunyai masalah untuk mengusir mukus (kahak). Memecahkannya akan menjadikan mukus lebih kecil dan senang diuruskan, yang bermaksud pesakit boleh bernafas tanpa sekatan di saluran udara dan pada masa yang sama melegakan batuk.
  • Ia digunakan dalam keadaan di mana bernafas adalah sukar, kerana terdapat banyak lendir mukus (kahak( dalam saluran udara. Seperti dalam kes jangkitan saluran pernafasan, demam dan selesema.
  • Bisolvon bertindak dalam masa lima jam. Ubat ini boleh digunakan untuk batuk yang disebabkan oleh influenza, bronkitis, penyakit pulmonari obstrtuktif (COPD – chronic obstructive pulmonary disease) atau cystic fibrosis (CF).

Langkah Berjaga-Jaga Dan Amaran Penggunaan Bisolvon

Ubat ini perlu dielakkan dengan keadaan berikut:

Jika anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif bromhexine atau ubat-ubatan lain yang serupa. Hubungi doktor anda dengan segera sekiranya anda mengalami simptom alahan seperti berikut:

Ubat ini boleh menjurus kepada gangguan kulit yang boleh mengancam nyawa yang dicirikan dengan lecet yang akan hilang dan meninggalkan kudis. Lecet selalunya bermula di muka dan kemudiannya merebak ke dada dan bahagian badan lain. Beritahu doktor anda jika anda menyedari sebarang perubahan pada kulit.

Ia perlu dielakkan bagi pesakit yang mempunyai gastrik atau ulser duodenal kerana ia boleh merosakkan membran mukus dalam perut dan memburukkan keadaan ulser.

Selain itu, pesakit yang mempunyai masalah hati atau pundi kencing juga hari berhati-hati ketika menggunakan ubat ini.

Kesan Sampingan Bisolvon

Bisolvon mungkin mengakibatkan kesan sampingan berikut:

  • Loya
  • Muntah
  • Penyempitan brokus dan kesukaran bernafas
  • Cirit-birit
  • Kesakitan abdomen
  • Demam
  • Sindrom Stevens-Johnson
  • Alahan dan lain-lain

Beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan.

Kontraindikasi Bisolvon

Kehipersensitifan terhadap eliksir ubat ini adalah satu kontraindikasi. Sebagai tambahan, eliksirnya tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan berikut:

  • Hipersensitif

Interaksi Bisolvon

Anda perlu memeriksa interaksi yang berkemungkinan dengan doktor anda sebelum mengambil ubat ini.

Pengambilan ubat-ubatan lain bersama ubat ini mungkin mengubah cara ubat yang mengandungi bromhexine bertindak. Bahkan, ia boleh meningkatkan kesan sampingan tidak diingini atau menjejaskan fungsi ubat anda. Beritahu doktor anda tentang semua sejarah kesihatan anda supaya dapat melindungi diri anda dari interaksi ubat-ubatan.

Setiap kali anda mengambil lebih dari satu ubat, atau bersama makanan atau minuman tertentu, anda mempunyai risiko interaksi perubatan.

Malah, sesetengah ubat herba dan suplemen boleh berinteraksi dengan Bisolvon.

Dos Bisolvon

Dewasa dan kanak-kanak >12 tahun: Dos yang dicadangkan ialah sebanyak 10 mL (8 mg).

Kanak-kanak:

  • 7-12 tahun: 5 mL (4 mg)
  • 2-6 tahun: 2.5 mL (1 mg)
  • <2 tahun: 1.25 mL (1 mg)

Bisolvon boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet

Jika terdapat kes kecemasan atau terlebih dos, hubungi perkhidmatan kecemasan segera atau pergi ke pusat kecemasan berdekatan.

Jika anda terlepas dos Bisolvon, ambilnya secepat mungkin. Walau bagaimanapun sekiranya menghampiri tempoh dos seterusnya, ambil dos seperti yang dijadualkan. Jangan gandakan dos.

SUMBER

https://www.drugsbanks.com/bisolvon/

https://hellodoktor.com/drugs-herbals/drugs/bisolvon/

https://pharmacybook.net/bisolvon/

https://www.tabletwise.com/egypt/bisolvon-elixir?#contraindications

Summary
Bisolvon
Article Name
Bisolvon
Description
Bisolvon adalah sejenis ubat yang mengandungi bahan aktif sintetik yang didapati daripada sejenis tumbuhan yang digelar bromhexine.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: